Pages

Rabu, 26 Jun 2013

Ayam Gerang Asam

Bertemu kembali setelah beberapa hari menyepikan diri.... dan bukan juga melarikan diri tapi mula menyibukkan diri dengan pelbagai aktiviti sekolah. Sesibuk mana pun di sekolah, masak tetap diutamakan apabila berada di rumah. Cukuplah mukadimahnya untuk kali ini ye... dan Amie terus paparkan menu Ayam Gerang Asam, menu makan malam kami sebentar tadi.


Resepi : Ayam Gerang Asam ( Resepi Asal : Ikan Gerang Asam)
Sumber : Chef Florence
    Bahan-bahan: (Amie ubahsuai mengikut keperluan masakan)
    175ml minyak
    0.5 liter air
    35 gram asam jawa - bancuh dengan sedikit air
    1kg daging ayam - 10 keping
    3 tangkai daun kesum
    1 kuntum bunga kantan
    2 sudu teh gula
    1.5 sudu makan serbuk ikan bilis

    Bahan kisar halus:
    25 tangkai cili kering
    300 gram bawang merah
    3 ulas bawang putih
    7 biji buah keras
    2 cm kunyit hidup
    2.5cm lengkuas
    4 batang serai
    1.5 sudu teh serbuk belacan
    Hiasan: daun limau purut, daun bawang & hirisan cili

    Cara:
    1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar halus sehingga wangi.
    2. Masukkan air asam dan biarkan bahan-bahan tersebut mendidih.
    3. Selepas itu masukkan daun kesum dan bunga kantan dan renihkan selama 8 minit.
    4. Besarkan api dan masukkan perasa serta ayam. Biarkannya sehingga daging ayam empuk atau masak.
    5. Tutup api dapur setelah kepekatan kuah memenuhi citarasa masing-masing.



Sebelum ini  Amie pernah masak resepi ini DI SINI. Sebab apa Amie masak lagi? Sebab sedaplah... kan!


Resepi nyonya ini memang sedap! Cukup lengkap dengan pelbagai perencah dan tumbuhan herba. Siap masuk belacannya lagi! Ingin tahu sedap tidaknya, kenalah cuba sendiri... ahaksss... nak hulur jauh sangatlah! Ajak-ajak ayam bolehlah... jemput teman-teman he he hehh.

8 ulasan:

  1. salam kak amie..

    menggiurkan la menu akak ni..lapar perut ni tengok..

    BalasPadam
  2. Amie....memalam singgah sini jap...tgk menu ni lapo la pulak rasanya...tadi rasa tak mo makan nasi..la ni cam dipanggil2 suh makan...kalau dapat seketul ayam ni lagila bestnya kan...:)

    BalasPadam
  3. Assalam kak amie..sekali pandang cam asam pedas..
    Banyak jugak bahan2 yg digunakan tu...best ni kalau kuah pekat2 camni.
    Nanti ada kerajinan boleh cuba gak..guna daging tetel best kot kak amie?

    BalasPadam
  4. Bestnya Amie..terliur ummi tengok, insyaAllah nak cuba juga nanti.

    BalasPadam
  5. Dappp nya kak...suka kuah yg kaw2 ni.

    BalasPadam
  6. dah kembali sekolah dah k.amie...kjap je rasa cutinya...

    sy pnh tgk chef florence msak gereng asam ni dlu kat ada show msk di tv...mmg le nmpk sdapnya...

    BalasPadam
  7. assalam amie, sedapnya kaler merah2 mcm ni, mesti best ni

    BalasPadam
  8. Salam kak amie.. wahh.. sedap! mcm ayam asam pedas je nmpk.

    BalasPadam