Pages

Ahad, 23 Jun 2013

Agar-Agar Jelly Cinta Bersemi


Selamat berhujung minggu buat rakan-rakan pengunjung yang dihargai. Kelmarin Amie sudah kembali ke sekolah! Sudah cukup tempoh 3 bulan bercuti. Kelmarin juga merupakan hari penyampaian rekod kemajuan pelajar dan ceramah keibubapaan. Rupanya..... ada program Hari Bersama Komuniti Pendidikan PPD Lahad Datu diadakan selama 2 hari berturut-turut mulai 22 - 23 Jun (kelmarin dan hari ini). Patutlah ketika Amie sampai di sekolah, terdengar keluhan.... kerja 7 hari seminggu! Benar... hari ini seawal pukul 7 pagi Amie sudah berada di Dewan Sri Perdana untuk mengikuti Program Hari Bersama Komuniti Pendidikan PPD Lahad Datu. Setelah acara selesai, Amie terus memandu pulang tanpa mengisi perut walaupun makanan sudah disediakan. Apa ceritanya anak-anak dan Encik Suami yang belum makan tengahari? 



Agar-Agar Jelly Cinta Bersemi ini Amie cipta sendiri nama dan bentuknya malam tadi. Di bahagian dalamnya Amie bubuh jelly perisa kiwi, manakala bahagian luarnya Amie salur dengan agar-agar santan.

Resepi : Agar-Agar Jelly Cinta Bersemi
Sumber : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
10 gram agar-agar
550ml air
80ml santan pekat
1 biji telur
6 sudu makan gula pasir
secubit garam
setitik pewarna hijau

Jelly kiwi  bentuk hati secukupnya.

Cara:
1. Didihkan agar-agar bersama 550ml air sehingga larut.
2. Masukkan gula pasir serta setitik pewarna hijau dan kacau sehingga larut.
3. Pukul telur dan masukkan ke dalam santan. Tapis. Kemudian masukkan ke dalam adunan agar-agar di dalam periuk. Kacau perlahan-lahan. Tutup api.
4. Masukkan seketul jelly kiwi ke dalam acuan bentuk hati.
5. Tuangkan adunan agar-agar ke dalam acuan tadi dan biarkan sejuk.

Untuk membuat Kiwi Jelly bolehlah klik di SINI.  Walaupun resepi asalnya Mango Konnyaku Jelly tapi tukarkan saja bahan dengan menggunakan kiwi.



Selepas mengisi perut seadanya, Amie duduk berbual-bual dengan Encik Suami sambil menikmati seketul dua Agar-Agar Jelly Cinta Bersemi. Tapi rasa tak berapa berselera sebab... teringat rakan-rakan lain yang terpaksa mengikuti program di dewan sehingga pukul 4.30 nanti. Esok... awal pagi, datang ke sekolah. Hari Selasa dan seterusnya... berjemur di padang kerana ada sukan. Sabtu hadapan...  wajib menghadiri sambutan hari guru peringkat daerah pula!
Teringat ceramah pagi tadi yang bertajuk : Saya Akur Pekeliling.... hmmm... apa nak buat, siapa suruh pilih profession yang sedang disandang ini kalau sudah tahu bahawa.... saya yang menurut perintah!

Tidak ingin membayangkan apa akan berlaku esok dan seterusnya... fikirkan saja tentang hari ini, dan lebih baik segera bersiap-siap untuk mengambil Firdaus di kampung! Anak kecil memang jadi terapi minda!

Jumpa lagi.

12 ulasan:

  1. wahh sejuk lalu kt tekak..kak amie klu nk cuba respi agar2 santan bes cer cuba respi kak yatimemories..

    BalasPadam
  2. cantik nye kak amie..sedap ni kalau dapat..zila tekak tgh perit je rasa..meh la sikit nak rasa..kang zila blas akak kari tongkol..leh mkn dgn lempeng..

    BalasPadam
  3. Musim panas membara ni memang la sesuai makan agar2. hantar sikit.

    BalasPadam
  4. memang cocok kak makan agar agar dengan cuaca yang sedang panas begini.. cantik agar agar nya.. selamat bertugas kembali menjadi cik Gu.. ;)

    BalasPadam
  5. Aslmkum Amie
    comei agar dlm bekas love tu....mkn sejuk nyamannya.
    slmt memulakan tugas kembali.cikgu skrg mmg sibukkan mcm2 xtvt.
    re; tkasih Amie wish bday Syakirah dan mamanya. Syakirah numbuk btg sayur tu...hi..hi..

    BalasPadam
  6. Mmmm..sampai gitu sekali tajuk ceramahnya..takutnye..hehehe..ckgu ni mmg kena ikut arahan memanjang..kan..kan..kami pon sukan next week..mggu ni di pdg aje..panas..kalo ada agar agar sdp kaler ijau takpe la kan..

    BalasPadam
  7. cute jer agar2 tu kan...mmng dah jatuh cinta ni..heheheh...

    BalasPadam
  8. cntik amie, sedp tu utk buka puasa....

    BalasPadam
  9. salam kak amie..

    cantik la agar-agar tu..warna pun menarik..yang penting nampak sedap tu..

    BalasPadam
  10. aduh sedapnya nama seenak rasanya...boleh dicuba nanti

    BalasPadam
  11. Sukn kt sek ank zils bln lps dh habis kak amie..ndib timevtu x jerebu..puding cantik..seindah namanya kak..time cuaca pns sgt sesuai hidgn niekn..

    BalasPadam