Assalamualaikum.
Putera kesayangan kami ini hadir dalam hidup kami bersamaan dengan tarikh kelahiran Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee pada 22 Mac 2013, dan sudah berusia 8 hari. Encik Suami memilih nama Mohamad Firdaus untuknya. Alhamdulillah, petang tadi kami telah menyempurnakan majlis 'guntingan' - merujuk kepada istilah Melayu Cocos di sebelah Encik Suami, dan juga kenduri aqiqah. Tidak lupa... juga majlis kesyukuran sempena keputusan SPM putera sulung kami, Mohd. Faridzuan yang diumumkan sehari sebelum kelahiran Mohd Firdaus.
Tidak banyak gambar yang sempat dirakam kerana sibuk dengan urusan majlis. Bagaimana pun Amie sangat bersyukur kerana kenduri aqiqah ini dilakukan dengan begitu sempurna sekali atas bantuan sepenuhnya dari awal hingga akhir majlis oleh semua ahli keluarga Encik Suami. Mohamad Firdaus pun tidak cerewet, tapi sayangnya sepanjang majlis matanya tertutup rapat kerana tidur. Ketika upacara belah mulut dan juga potong jambul, Mohamad Firdaus nampak begitu lena di lengan Encik Suami.
Syoknya Mohamad Firdaus tidur! Mungkin kenyang menyusu, kerana beberapa hari sebelum ini Mohamad Firdaus kurang selesa disebabkan susu badan baru saja berfungsi dengan lancar. Dan Alhamdulillah, putera kecil kami bebas dari penyakit kuning.
Siapa sanggup mengejutkan lena tidur si kecil ini?
Biarpun bunyi kompang dan gendang dipalu semasa majlis berlangsung, namun sedikit pun tidak mengganggu tidurnya! Sewaktu rambutnya digunting dari satu tangan ke satu tangan yang lain, pun tidak dihiraukannya!
Inilah antara saudara mara yang hadir memeriahkan majlis petang tadi.
Amie hanya paparkan sedikit gambar sahaja memandangkan masa amat terbatas, dan perlu banyak dihabiskan bersama Mohamad Firdaus terutama di sebelah malam kerana si kecil kami ini kuat menyusu di malam hari dan tidurnya pula di siang hari!
Melihat wajahnya yang tenang ketika tidur, Amie teringat lagu Madah Ibu alunan Habibah Yaakob yang pernah membuatkan air mata ini mengalir tidak berhenti selama 3 hari berturut-turut pada Mac 2012. Ketika itu lagu ini membawa makna yang berbeza disebabkan INI, INI, INI dan INI. Di kesempatan ini Amie ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan moral rakan-rakan sekalian, dan alhamdulillah sesungguhnya Allah Maha Pengasih dan Penyayang, diberinya kami kesempatan untuk menerima anugerah-Nya yang tidak ternilai ini di ketika ini!
Tidurlah anakku tidurlah..
esok kau akan dewasa
alam ini untuk mu merangkumnya
Bahagia untukmu menghirupnya
Penuhkan dadamu dengan ilham
Untuk mengharung hidup berliku
bajai hatimu dengan kasih
biar hidupmu senyaman syurga
Tapi sebelumnya tidurlah
pejamkan mata hai sayang
biar ku hantar kau ke alam mimpi
di alam peri bermain kecapi
comelnya baby!
BalasPadamSinggah jap sebelum tido.
BalasPadamAmie terasa sebak membaca luahan hati Amie pasal keguguran tu. Ummi pun pernah 3 kali keguguran, faham sangat apa yang Amie rasa.
Alhamdulillah, akhirnya Allah kurniakan Amie putera yang comel, kegembiraan dan rahmat setelah diuji.
Ummi tumpang gembira sama.,2
tahniah kak amie.. semoga kehadiran putera bongsu ini menambahkan lg seri & kebahagiaan kak amie sekeluarga..
BalasPadamalhamdulillah..tahniah!!
BalasPadamalala comelnya... cium cikit.
BalasPadamAssalamualaikum tahniah kak...betambah lg ahli baru..comelnye...
BalasPadamWahh...kuat bobok oo
BalasPadamcomeinya firdaus... tahniah kak amie, tak sempat nak wish haritu, salam peluk cium buat baby ya...
BalasPadamAs-salam kak Amie....nak riba bolehh???? geramnya....
BalasPadamGeram nya tengok
BalasPadamcumilnya muhd firdaus! geramnya..tringin plak nk berbaby..hehehe..baik pla tu..tidur aje ye...kuning pon takde..kalo anak saya semua 4 org kena kuning...selamat menghabiskan pantang ye kak Amie!
BalasPadamaslmkum amie.. tahniah diucapkan dgn kehadiran org baru ini.. smga mjadi anak yg soleh.. n selamat berpantang yer.. seronoknya klau dpt cium baby ni.. wangi
BalasPadamkak...
BalasPadammarem nyanding babykan..seronok kayanei..
kak, tarikh hari ni mengingatkan aku peristiwa setahun yg lepas..
bezanya akak dah diberi rezki awal olehNya..alhamdulillah..teruskan berpantang dengan sebaiknya ya kak..
Salam Amie,
BalasPadamlama tak berblog, rupa-rupanya Amie dpt baby baru, tahniah diucapkan, comel sungguh! Awal 8 hari drp birthdate saya hehe...
Moga kedua-duanya ibu & baby sihat. Selamat berpantang!
comel sangat!!
BalasPadamAssalam Amie,
BalasPadamcomelnya baby amie ni..tahniah dear..baru tahu diam2 berisi rupanya ya..:)
salam kak amie,
BalasPadamlama xjengguk sini rupanya dapat baby comel baru..tahniah kak :)
Awwww he's so adorable dear! Thanks ya sudi share gambar2 ni...wonderful!!!
BalasPadamCongrats to your eldest prince too! Take care dear ;)
Isk isk isk comey tul anak Amie nie geram tgk pipi dia hehhehe :)
BalasPadamAssalamamie, sukanya bila bby takkena kuningkan.Itu yg paling risau selepas bersalin. Comeyy bby firdaus, sekejap dh berisi
BalasPadamsalam rindu amie..alahai akak ketinggalan ketapi..rupanya dh bersalin ye..alhamdulillah & tahniah wat amie sekeluarga ye atas kehadiran baby firdaus yg tomei banget! waduh mesti seronokkan..
BalasPadamsubanallah indah nya ciptaaNYA dan tahniah buat ibu serta anak yg cemerlang dlm keputusan baru2 ini.
BalasPadamAssalamualaikum Amie,
BalasPadamTahniah di atas kelahiran cahayamata baru, maaf baru sempat nak berkunjung, harap Amie, baby sekeluarga sihat diberikan Allah hendaknya. Sebenarnya akak agak bingung bila baca n3 terbaru Amie ttg menu dlm pantang, terus undur kebelakang cari cerita panasssss....waaaaa rupanya Amie dapat baby baru........alhamdulillah, semuga kelahiran ini membawa seribu rahmat dan kebahagiaan, insyaAllah...