Pages

Isnin, 11 Februari 2013

Pizza (Resepi Lengkap Dayang Jack Style)

Assalamualaikum dan selamat petang.
Nampak sepi benar dapur hari ini sebab tak berasap. Encik Suami belanja minum pagi dan makan tengahari di luar. Anak-anak pula nampak bertungkus-lumus membantu Encik Suami membersihkan kolam ikan dan mengemas mana yang patut. Sebagai penghargaan, Amie cuba buatkan pizza untuk mereka. Alhamdulillah, percubaan pertama ini menjadi juga. Nampaknya selepas ini tak perlulah asyik mengunjungi Pizza Hut! Terima kasih buat Dayang Jack dari Dapurku Sayang kerana sudi berkongsi resepi pizza yang lazat ini. Dayang Jack sangat bermurah hati kerana mengongsikan dua jenis pizza, yang sangat lembut dan gebu dan satu lagi pizza yang nipis dan krispi. Minta izin kongsi resepinya di sini ye Dayang Jack.


Resepi : Pizza (Resepi Pizza Lengkap My Style)

Pizza base I : 
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil yis segera mauripan
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 160 ml air suam
  • 1 sudu besar gula halus
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu besar bread softener (pelembut doh)
  • 1 sudu besar olive oil atau marjerin/mentega cair
Cara-cara :
  1. Rendam yis bersama air suam selama 10 minit. (Yis yang baik akan mengeluarkan buih)
  2. Dalam mangkuk/bekas berasingan, campurkan kesemua bahan yang selebihnya dan gaul/ramas dengan hanya menggunakan jari. Kemudian, buatkan lubang di tengah-tengahnya dan tuangkan yis tadi perlahan-lahan. Uli sehingga menjadi doh yang elastik.
  3. Simpan doh di dalam satu bekas yang agak besar dan tutup kemas dgn kain lembab. Rehatkan doh selama 45-50 minit.
  4. Panaskan oven pada suhu 180C. Sediakan acuan/loyang/pan pizza. Lengserkan sedikit dengan minyak zaitun.
  5. Keluarkan doh dari bekasnya. Tumbuk-tumbukkan sedikit untuk keluarkan angin. Kemudian letakkan doh di dalam pan dengan hanya menekan dengan telapak tangan sahaja. Tidak perlu dicanai (tapi kalau nak, boleh juga). Ratakan doh sehingga padat.
  6. Cucuk permukaan doh dengan garpu dan sapukan dengan minyak zaitun di tepi-tepi doh dengan berus pastri(supaya ia akan kelihatan cantik dan berkilat setelah masak). Biarkan ia rehat selama lebih kurang 10 minit.
  7. Bakar doh selama 7-10 minit. Kemudian keluarkan dari oven.
  8. Akhir sekali ratakan dengan sos tomato, mayonis dan bahan-bahan topping yang lain. Tuangkan sos keju dan taburkan keju parut.
  9. Bakar selama 20 minit atau hingga keperangan.



Amie ikut resepi  Pizza Base II.
Pizza di atas ini untuk memenuhi citarasa anak-anak yang hanya berminat dengan daging cincang, dan hirisan sosej. Tapi Amie bubuh juga cendawan, hirisan nanas dan capsicum dalam kuantiti yang sedikit.


Puaslah anak-anak makan pizza. Amie dapat hasilkan 2 dulang. Yang di atas ini saiz dulang agak kecil.


Pizza base II :
  • 2 cawan tepung roti
  • 2 sk yis mauripan
  • 90 ml air suam
  • 70 ml susu segar suam
  • 1 sk garam halus
  • 2 sb gula
  • 1 sb marjerin
  • 1 sb susu tepung
Cara-cara : 
Satukan kesemua bahan (kecuali susu segar dan air) di atas ke dalam satu bekas besar dan gaulkan rata. Kemudian tuangkan susu segar dan air. Uli sehingga menjadi doh yang elastik. 
Kemudian rehatkan doh (tutup dengan kain lembab) selama 1 jam. 
Panaskan oven pada suhu 180C. Sesudah itu, tumbuk-tumbukkan doh tadi dan canaikan mengikut saiz dulang/pan yang digunakan. Sapukan sedikit minyak zaitun/minyak masak pada dulang tersebut dan ratakan dengan doh tadi. Cucuk-cucukkan doh dengan garpu. Bakar selama 5 minit. Keluarkan.

Untuk menyusun topping : Sapukan sos tomato dan mayonis di serata doh pizza, diikuti dengan toppingnya. Kemudian tuangkan sos keju di atasnya dan taburkan dengan keju parut dan oregano. Bakar selama 20 minit atau sehingga keperangan.




Saiz pizza yang ini pula agak besar, Amie bubuh hirisan bawang dan pelbagai lagi. Tabur serbuk oregano lebih sedikit sebab suka baunya yang harum!

Topping/Filling : (2 large pizza)
  • 400 g daging cincang (dicincang/minced)
  • 3 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 labu bawang besar (dihiris dadu kecil)
  • 1/2 botol sos spagetti lada hitam (lain-lain pun boleh) 
  • sedikit garam dan gula
  • 3 sudu besar mentega
Untuk hiasan :
  • sedikit oregano kering
  • cendawan shitake
  • hirisan nenas
  • hirisan kapsikum
  • hirisan bawang besar
  • keju parut
  • lain-lain ikut suka
Cara-cara : Panaskan mentega di dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang besar sampai perang. Masukkan minced beef/chicken dan kacau rata-rata. Biarkan ia kering seketika. Kemudian masukkan bahan-bahan selebihnya. Kacau hingga pekat/kering.

Untuk Sos Keju :

* 1 1/2 cawan susu segar
* 1 sudu besar mentega
* 1 sudu besar tepung gandum (dibancuh dgn sedikit air)
* 100g cream cheese
* sedikit lada sulah
* sedikit gula dan garam

Cara-cara : Cairkan mentega di dalam periuk/saucepan. Masukkan susu dan krim keju. Kacau hingga keju hancur. Masukkan bancuhan tepung, lada sulah, gula dan garam. Kacau lagi hingga pekat.

***Jika tak nak menggunakan sos keju, boleh je skip, ok. Tapi kalau letak, lagilah makan bertambah-tambah. Enak bangat!



Amacam? Ada rupa pizza sebenar tak? He he hehh..... Seronok rasanya dapat menghasilkan pizza mengikut citarasa sendiri.


Apalagi... marilah makan sama, ambil sekeping seorang ye!

10 ulasan:

  1. Salam k.amie,
    sy bru je simpn resepi kak Dj nie....plan nak buat sok ptng....hehe...tu pun klau smpt....:)

    BalasPadam
  2. Selamat malam kak amie...sedap tu makan pizza, ngam ni makan pizza time lapar2,hehe

    BalasPadam
  3. emm..bestnya .semenjak anak2 besar ni dia orang suka pula makan pizza.tapi tu lah setiap kali buat pizza beli roti pizza ready made.kalau buat macam Amiey ni kan best!

    BalasPadam
  4. mamamia.. sedapnya.. tengok pun tau..

    BalasPadam
  5. rajin sungguh adik sorang ni masak pelbagai. macamanalah agakmya amie mencuri2 masa ya..
    bundo dah lama betul tak buat piza ni sebab asek takde masa je haha

    BalasPadam
  6. Asyifa,
    kami pun tak puas makan ni Syifa.. buat lebih ye, Kak Amie nak seloyang he he hehh!

    Evelyn,
    betul tu Evelyn... lagilah kalau baru keluar oven... wangi je!

    Suzana,
    anak-anak pun suka makan pizza, rasanya dah cuba sekali ni lain kali nak buat sendiri je, puas makan & boleh pilih topping yang disukai anak-anak!

    BalasPadam
  7. May,
    memang sedap...sedap!!!

    Ibundo,
    he he ehh... memang pakar mencuri masa ni Bundo... he he heh!

    BalasPadam
  8. dapat pizza pun best juga pagi-pagi ni.

    BalasPadam