Pages

Sabtu, 29 Disember 2012

Popia

Assalamualaikum. 
Selamat berhujung minggu buat semua. Pagi ini kita alas perut dengan Popia dan secawan minuman panas. Gara-gara menyiapkan popia inilah yang menyebabkan Kek Mentega Pandan Amie jadi hitam manis menawan DI SINI. Ada pun kisahnya pada malam membakar kek mentega tu, Amie siapkan sekali popia untuk sarapan anak-anak keesokan paginya sebab Amie kena awal keluar untuk menghadiri mesyuarat di sekolah. Leka menggulung popia, terlupa pula ada benda yang sedang dibakar dalam oven! Nasib baik Encik Suami yang baru masuk ke dapur menegur, katanya bau kek sampai ke luar rumah! Barulah kelam-kabut......


Popia yang Amie sediakan untuk keluarga kecil Amie ini jenis biasa saja. Walaupun popia biasa tetapi selera anak-anak termasuk Amie dan Encik Suami memang sungguh luar biasa. Kalau boleh tak mahu berhenti mengunyah popia!

Resepi : Popia
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
50 keping kulit popia saiz sederhana
sebiji telur
minyak
sos cili pilihan

Bahan inti:
1 cawan isi udang - cincang
1 cawan isi ayam - cincang
1 tin jagung - toskan airnya
2 biji lobak merah - hiris halus
2 biji sengkuang - hiris halus
3 biji bawang putih - hiris halus
1/2 labu bawang besar - cincang
1 sudu makan serbuk pati ikan bilis

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan goreng bawang putih dan bawang besar hingga wangi.
2. Masukkan ayam dan udang. Gaul sebati.
3. Masukkan lobak merah, sengkuang dan jagung.
4. Masukkan serbuk pati ikan bilis. Gaul hingga mesra.
5. Angkat bahan tumis dan masukkan ke dalam mangkuk penapis.
6. Biarkan seketika supaya kuahnya kering.
7. Letakkan inti di atas kulit popia. Lipat dan gulung. Lekatkan dengan putih telur di bahagian hujungnya.
8. Goreng hingga kekuningan / garing.
9. Angkat dan toskan minyaknya.
10. Hidangkan bersama sos cili pilihan.



Menyediakan popia memakan masa, tetapi makan dan menghabiskan popia tak perlukan masa yang lama!

7 ulasan:

  1. selamat pagi akak. hehe. pagi2 lagi dah jengah dapur akak ye.

    akak faa nak tanya, kenapa kalo faa buat popia, selalu tak bulat, gebu bersilinder macam akak punya? faa selalu leper je lepas goreng. frust jugak.

    akak ada tips x?hehehe
    btw nampak sedap sangat popia akak. inti pon macam2.nyumnyum

    BalasPadam
  2. Petang Faa,
    nanti kakak bawa tips ke dapur Faa ye...

    BalasPadam
  3. Teruja tgk popia K.amie...lama xmakan popia..adda selalu beli jer..malas betul nk membuatnya...ehheheh

    BalasPadam
  4. Adda,
    kakak pun suka beli tapi kadang2 intinya seco'et je... tak puas makan he he hehh.

    BalasPadam
  5. Assalam Amie.
    Nampak pun dah tahu sedap.

    BalasPadam
  6. Popia ni kalau sy, 10 batang baru cukup, hihi

    BalasPadam