Pages

Sabtu, 29 Disember 2012

Ikan Siakap Kukus Asam Boi

Assalamualaikum.
Jom sesekali sediakan menu Ikan Siakap Kukus Asam Boi untuk keluarga kita. Menu ini sesuai untuk dihidangkan sebagai santapan di tengahari.



Terima kasih buat Hana Memories kerana sudi kongsi resepi yang sungguh enak ini. Amie gunakan 2 jenis asam boi, merah dan putih dan jumlahnya 10 biji. Benarlah kata Hana, taklah masam manapun bila banyak asam boi yang digunakan.

RESEPI IKAN KUKUS ASAM BOI
Sumber: hanamemories.blogspot.com


Bahan-bahan

  • Ikan yang sesuai untuk kukus (siakap, kerapu etc )
  • 1/2 biji bawang besar - hiris
  • 2 ulas bawang putih - ketuk
  • 1-2 batang serai - hiris
  • 1 inci halia - hiris memanjang halus
  • 5 biji asam boi putih atau lebih
  • 1/4 batang carrot - hiris memanjang halus
  • Tomato cherry @ biasa - belah 4
  • Daun ketumbar
  • 1 sudu sos ikan
  • 1 sudu kicap cair
  • 1 sudu sos tiram - (optional)
  • Hirisan limau atau jusnya
  • Cili padi dan cili merah - ikut kepedasan masing2 - hiris@ketuk
  • Garam - jika perlu - hana tak letak sbb sos ikan dah masin.
  • Tepung jagung+air sedikit (jika ingin kuah pekat) - hana tak letak - Amie pun tak letak


Cara-cara
  • Rendam asam boi dgn air panas (air paras asam boi,jangan banyak sangat) sehingga kembang. Kemudian kikiskan sedikit.
  • Basuh ikan dengan limau kemudian cuci bersih. Letak ke dalam pinggan@mangkuk tahan panas yang sesuai.
  • Susun@taburkan bahan2 lain ke atas ikan.Satukan dalam mangkuk kecil sos ikan, kicap cair, sos tiram, garam jika perlu. Kemudian curahkan ke atas ikan.
  • Akhir sekali masukkan asam boi dengan air rendaman asam boi sekali.
  • Kukus ikan selama 15min atau hingga masak.
  • Angkat dan hidangkan dengan menaburkan daun ketumbar lagi sekali.

Tak rugi mencuba resepi ini. Sedap! Kuahnya tu warna merah oren sebab Amie lebihkan penggunaan asam boi merah. Walaupun resepi ini sudah agak lama diperkenalkan, tapi apa salahnya bagi yang baru tahu terus mencubanya! Memang sedap!

7 ulasan:

  1. terus berair mulut..tng siakap posing gitu..sedap tu kak..lama tak jengah dapur akak..mcm2 yg buat kita terliur

    BalasPadam
  2. wow..akak..macam kat kedai punye..sedapnya...

    BalasPadam
  3. nampak sedapnya, satu pinggan nasi sure tak cukup, hehehe..Happy New Year 2013 to you.

    BalasPadam
  4. Menu sihat ni kak amie....satu ekor ikan mana cukup...hahaha

    BalasPadam
  5. Ikan siakap ada dalam peti tu..rasa-rasanya kena buat ni!

    BalasPadam
  6. mm..sedapnya amie..terasa masam asam boi dgn manis isi ikan di anak tekakku..hehe :)

    BalasPadam
  7. Aduh, kecur pulak tengok gambar siakap kukus Kak Amie

    BalasPadam