Pages

Rabu, 12 Disember 2012

Blueberry Pancakes

Assalamualaikum.
Jom sarapan lempeng blueberry... nampak comot aje gambar terutama taburan gula icingnya tu. He he hehh..... patutnya guna ayakan supaya sekata tapi pengayak pulak baru dicuci, masih basah... jadi tabur-tabur je gitu. Yang penting, anak-anak suka dan habis dah 20 keping lempeng comel yang kecil-kecil saiznya tu!


Resepi : Blueberry Pancakes
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
2.5 cawan tepung pau (guna tepung gandum pun boleh, ni sebab nak habiskan tepung pau dalam simpanan)
2 biji telur
1 cawan air
3/4 susu cair
4 sudu makan minyak canola
6 sudu makan blueberry filling
secubit garam
gula icing secukupnya

Cara:
1. Pukul telur hingga kembang. Masukkan air dan susu cair. Pukul lagi.
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit diakhiri dengan minyak canola.
3. Boleh tapis adunan untuk menghilangkan ketulan tepung sekiranya ada.
4. Masukkan blueberry filling dan kacau sebati.
5. Panaskan kuali non stick dan tuangkan satu senduk adunan. 
6. Terbalikkan pancake supaya masak kedua-dua belah.
7. Masak adunan sehingga habis.
8. Untuk menikmatinya, taburkan icing di atas permukaan pancake tadi.



Sekian, hidangan ringkas untuk alas perut kami sekeluarga pada pagi Selasa yang mendung ini.


13 ulasan:

  1. Hello Amie, ini la sedap best for breakfast. Agak2 nya saya boleh habis lima keping, ha ha.
    Very nice, Amie.
    Tu blueberry mahal ke? Where I am if we go up north kalau nampak ni blueberries, nak jaga sikit sebab tentu ada bear, they love these berries...

    Have a nice day.
    Lee.

    BalasPadam
  2. Salam Kak Amie...amboiihhhhh...siap berbintang-bintang lagi tuuuuuuu....Pancake gebussss 2 pcs..pleaseeeee......

    BalasPadam
  3. 2 hari lepas ada beli fresh blueberries, tengah fikir nak buat apa.

    BalasPadam
  4. amboi bf menu omputihlah Amie, sedap tuuuu..Yatie wat lempeng pisang je...nak tukar tak...tentu takmo kan sbb dah biasa makan pisang kan..he3...

    BalasPadam
  5. Salam Amie.Apa kabar?Terima kasih rajin singgah ke 'umah' atie ya..walupon kdg kala tuan umah ttp pintu :D
    Klu kat umah atie....pancake cicah ngan susu(^_^)

    BalasPadam
  6. saya bangun2 tadi pekena teh o dengan biskut kering aje kat amie... :)

    BalasPadam
  7. sedapnya kak amie

    pes beri biru tu blueberry paste ke blueberry filling ye

    BalasPadam
  8. hujung minggu ni leh wat ni, klu ri bekerja cm xsempat je..lgpun klu makan benda alah ni kene menikmati btl2..br syok..:)

    BalasPadam
  9. Sedapnya lempenggg tapi nak makan kampung style, mkn cicah ikan bilis. Heheh

    BalasPadam
  10. sedapnya kalo dpt mkn ngan fresh cream / ice cream..nyumnyum

    BalasPadam
  11. Uncle Lee,
    boleh 5 keping... kecik2 aje pun lempeng tu Uncle Lee ha h hahahh...jangan lupa bagi sikit kat bear yea...

    Sue,
    boleh Sue... ada 20 keping ni...marilah makan sama.

    Hazila,
    bestnya ada blueberry segar!

    BalasPadam
  12. Yatie,
    lempeng pisang pun sedap apa.... he he heh yuk tukar2, lempeng blueberry dengan lempeng pisang.. kang adalah tu yang tertukar warna matanya ...

    Atie,
    khabar baik Atie...pancake ni cicah apa pun sedapkan Atie, lagilah kalau perut tengah keroncong!

    Cheq Sue...
    alhamdulillah... ni ada kerajinan sikit godek2 tepung buat lempeng Sue...jom makan sama.

    BalasPadam
  13. Tina,
    sorry... silap... tengok balik kat bekas tu tadi, blueberry filling... tq Tina.

    KunangKunang,
    memang kena nikmati betul2... baik2 ye KK nanti bertukar warna mata pulak he he hehh

    SweetOney,
    boleh makan dengan sambal ikan bilis... tapi dah habis (kelmarin buat nasi lemak sambal ikan bilis).

    Faa,
    betul Faa... lagilah lekat kat kerusi tak leh bangun ha ha ha ahh

    BalasPadam