Assalamualaikum.
Dah makan tengahari? Kalau belum jom makan sama di dapur Amie. Hari ini Amie hidangkan Ikan Layar Panggang & Sambal Bambangan serta sayur bayam merah masak sup dengan hati ayam.... Wah! Sayur bayam boleh tambah darah bagi sesiapa yang menghadapi masalah kurang darah.
Resepi : Ikan Layar Panggang
Olahan : Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
2 kepingan ikan layar
1 sudu makan serbuk kunyit
1 sudu teh pati asam jawa
garam / perasa pilihan
aluminium foil / daun pisang
Bahan kisar:
3 biji cili kering
5 ulas bawang putih
3cm halia
Cara:
1. Perapkan kepingan ikan layar bersama kesemua bahan di atas kecuali aluminium foil / daun pisang selama 10 minit.
2. Bungkus ikan layar dalam aluminum foil / daun pisang. Panggang hingga masak.
3. Biasanya ikan layar yang segar akan mengeluarkan minyak ketika dipanggang. Jadi tidak perlu bubuh minyak lain.
Sebelum ini Amie telah paparkan beberapa kali resepi ikan layar tapi tentu ada di antara rakan-rakan pengunjung yang belum mengenali ikan layar. Walaubagaimanapun dengan segala senang hati Amie kongsikan sekali lagi info tentang ikan layar. Bukannya susah pun, copy & paste saja dari entri Amie yang lepas DI SINI. Bagi yang tidak berkesempatan untuk klik ke entri tersebut, di bawah ini Amie salin semula tentang ikan layar tersebut.
Amie tidak ada gambar ikan layar sebab yang kami beli di pasar hanyalah kepingan ikan layar yang sudah dipotong. Kalau beli 1 ekor, memang tak habis makan setahun, barangkali boleh habis makan untuk majlis kenduri! Jadi, di bawah ini Amie kongsikan bersama rupa bentuk ikan layar yang Amie dapatkan dari Encik Google. Ikan layar juga dikatakan mengandungi Omega 3.
Ini gambar keseluruhan ikan layar. Ikan layar boleh mencapai berat lebih 90kg dan panjangnya boleh melebihi 3 meter. Ikan ini boleh berenang sejauh 110km sejam. Nampak tak muncungnya yang panjang seperti muncung ikan todak? FIL & MIL Amie (berasal dari Kepulauan Cocos-Keeling), selalu bercerita tentang ikan layar yang mereka temui di tengah lautan. Kata mereka, ada 2 jenis ikan layar iaitu ikan layar daging warna putih dan satu lagi warna kekuningan. Yang berwarna kekuningan mempunyai rasa yang lebih sedap! Tapi, kalau jumpa di pasar Amie tak peduli warna kuning atau putih, beli saja. Terima kasih MIL & FIL kerana memperkenalkan ikan layar kepada Amie walaupun dalam setahun hanya terjumpa sekali atau dua kali sahaja di pasar!
Besar sungguh ikan layar! Cuba lihat sirip di bahagian belakangnya yang tegak hampir menyerupai kapal layar. Satu lagi Amie ingin kongsikan bersama tentang sisik ikan layar. Ikan layar mempunyai sisik yang berbeza sama sekali dengan ikan-ikan lain. Sisik ikan layar sangat tajam seperti jarum, dan bukannya kembang seperti bulu landak! Sisiknya tersembunyi bersama kulitnya yang tebal! Bahagian ikan layar yang paling Amie suka sudah tentulah bahagian tepinya sebab banyak lemak di situ!
Okey, kita beralih pula kepada Sambal Bambangan. Masyarakat Kadazan - Dusun mengolah buah ini menjadi Noonsom Bambangan atau dalam bahasa kita disebut sebagai jeruk bambangan. Isi buah bambangan akan dihiris manakala biji buahnya pula diparut dan dibubuh sedikit garam. Setelah itu bahan tadi disimpan di dalam botol atau tajau kecil dan dibiarkan lebih kurang seminggu sebelum dimakan. Amie pula tidak biasa makan jeruk bambangan atau Noonsom Bambangan, sebaliknya menjadikan isi buah bambangan sebagai pengganti buah mangga untuk dijadikan sambal. Di bawah ini Amie kongsikan keratan rentas buah bambangan yang Amie ambil dari entri Amie yang lepas. Senang saja buat sambal bambangan, kerana bahannya sama seperti kita buat sambal belacan atau sambal mangga!
Aduhai.... tiba-tiba teringinlah pulak makan ikan talapia goreng! Di sini susah sangat nak dapat ikan talapia hitam atau talapia merah sebab tiada bekalan ikan air tawar. Yang warna merah bersebelahan sambal bambangan itu ialah durian merah.
tak penah dengar nama sambal bambangan tu.selalu dengar nama org Bambang je hihi
BalasPadamassalamualaikum amie...
BalasPadamsaya tak penah makan lagi ikan layar.. tapi mak penah cakap, hari tu abah gi laut dapat ikan tu, diorang dah makan.. mmmmm. biasa tengok pemancing2 tegar yg dapat ikan besor2 ni.. kat tv.. kan
mcm sedap je sambal bambangan tu...
BalasPadamada ya durian merah? ingat dlm cite upin ipin je ada durian tu..rupanya yg real memang wujud..waaa..unik laa
Lamanyer x terjah sini
BalasPadamRinduuuuuu
Perhhh meleleh ayaq lioq cheq tgk ni
Mcm nk p singgah umah nk mkn sekali ngeeee
Salam Kak Amie..wow menariknya ikan ni, teringin plak nak cuba tapi kat sini mana ada jual ikan ni...Errrkkk atau Sue yang tak jumpa...Pasal buah bambangan pun menarik juga..Macam2 ya buah yang ada kat sana tapi takde kat sini..untuk Kak Amie boleh belajar banyak benda baru bila berada di sana...
BalasPadamikan ni slalu tgk dalm tv je klu ada rancangan memancing..jgn nnt sy termengidam ikan ni dah le..parah2..he3
BalasPadam1st time ni dengar buah bambangan. Kena cari ni. Kat sini ada durian warna oren. Unik!Lain tempat, lain warna duriannya ^^
BalasPadampetang2 mcm ni ucu nak mentong lauk layar pangganglah..boleh kan k.amie....hihihi....
BalasPadambaru kenal ikan layar..sirip macam layar gitu hihi
BalasPadamamie kerap berkongsi masakan yg unik2 dari sana... seronok madihaa kutip byk ilmu & resepi2 yang tak pernah dikenali sebelum ini.. t.kasih ye amie..
BalasPadamInazamri,
BalasPadamtak pernah dengar ye... takpe, di sini kita kongsi info ye.
Jassnani,
waalaikumussalam...
kita belajar makan ikan layar ni dari belah Encik Suami, dan kebetulan memang ada ikan tu di sini.
Faa,
Encik Suamimkata sambal tu sedap... lebih kurang sambal mangga tapi bambangan ada sedikit aroma yang berbeza berbanding mangga,
Memang ada durian merah.
Lady Ayu,
BalasPadammemang lama tak jumpa ye Ayu... kak Amie pun takleh masuk blog Ayu...
Sue,
Kak Amie pun tak pernah jumpa lagi ikan layar kalau balik kampung, begitu juga buah bambangan....
KunangKunang,
he he he heh... dah ada little one on the line ke KK...
Mel,
BalasPadamdi Sarawak ye...durian oren cantiklah warnanya!
Ucu,
ayok mentong... malam nanti jangan makan ye Ucu.
Qema,
agaknyalah sebab siripnya tu macam layar, jadi namanya pun ikan layar...
Madiha,
sama-sama kasih Madiha, alhamdulillah... Amie diberi peluang dan kesempatan untuk kongsi pelbagai keunikan dari Negeri di Bawah Bayu.
owh ikn tu namanya ikan layar hehe... nampak sedap sgt lauk akk...
BalasPadamsambal bambangan...pestime dgr ni kak.. mesti sdp tu...
adusss..terliur tgk ikan yg posing dlm plate duet ngan sambal bambangan tu kak amie..tapi bila tgk ikan yg real kat tgh laut tu rasa ngeri plak..hehehe
BalasPadamAmie, akk x penah mkn ikan ni. Sedap agknya ya.
BalasPadam