Pages

Rabu, 12 Disember 2012

Ban Jagung

Assalamualaikum.
Selamat petang semua.... Dah minum petang ke? Cuaca dingin sepanjang hari menyebabkan perut terasa cepat lapar. Bersama si bongsu Amie cuba godek-godek tepung di dapur untuk buat Ban Jagung resepi dari Sajian Istimewa Masterchef Shahriah Abdullah. Oleh kerana kepalan doh Amie bersaiz kecil, jadi tidaklah naik menggunung setelah dibakar. Lain kali kena buat kepalan besar sedikit supaya naiknya cantik melebihi paras cawan yang digunakan. Terima kasih Sha, kerana hadiah buku resepi yang Sha kirim sentiasa membantu Kak Amie untuk mencuba hidangan-hidangan ringan dan mudah buat sajian keluarga.


Amie gunakan 1/2 adunan daripada bahan yang tertera dalam buku resepi. Kita lihat resepi mudah dan penggunaan bahan yang ringkas seperti di bawah ini.

Resepi : Ban Jagung
Sumber : Buku Masakan Sajian Istimewa Masterchef Shahriah Abdullah

Bahan-bahan:
1kg tepung gandum
100gm mentega
2 biji telur
1 sudu besar soda bikarbonat
100gm gula kastor
200mp susu segar
garam secukup rasa
6 sudu besar krim jagung

Cara:
1. Campurkan tepung gandum, serbuk soda bikarbonat, gula dan garam. Gaul rata.
2. Lubangkan di tengah adunan dan masukkan telur, susu segar, mentega dan krim jagung. Uli sehingga menjadi doh.
3. Sapukan sedikit mentega di atas doh dan biarkan sehingga adunan naik dua kali ganda.
4. Setelah adunan naik, uli lagi dan kepalkan doh sebesar bola golf. Masukkan ke dalam acuan mufin.
5. Bakar di dalam oven pada suhu 150'C selama 25-30 minit.

19 ulasan:

  1. kak amie ..sedap ..rase macam nak duduk serumah dengan kak amie je ..dapat makan macam macam :) ..

    BalasPadam
  2. Jangan begitu bah Kak Amie...bikin baliur-liur jak ni...petang2 ni memang sesuai la klu menghadap nescafe nai sma ban jagung...ambik dua ya...

    BalasPadam
  3. woaahhh sedapnyaa....saya mmg suka jagung!

    BalasPadam
  4. wah kak Amie...mcm2 makanan..bikin lapar n teruja je lah nak buat tp oven rosak lak haru ;0...

    BalasPadam
  5. Salam kak amie, thnks 4 ur greeting, sedapkan makan ban jagung petang2 ni, yang paling penting boleh buat sendiri : )

    BalasPadam
  6. wah ada bun jagung disini bak satu Mie nk tukar dgn nougat hahaa sedap nampaknya tu

    BalasPadam
  7. best ni mkn panas2 buat minum ptg ;)

    BalasPadam
  8. wahh kak amie cuti2 sek nie..rajin btl melayan selera ank2 kan..nampak sedap kak:)

    BalasPadam
  9. sedapnya..mcm nk mintk jer 2-3 ketul...teringin nk wat jgk tp takut xmenjadi jer..

    BalasPadam
  10. Sure wangi satu rumah waktu bakar...sedap Dan menarik

    BalasPadam
  11. Rindu Kak Amie cayanggg ^__^

    bau wangi ban jagung dh smpai sini.. sedapnyaa..kat umah ni semua suka jagung

    BalasPadam
  12. Rindu Kak Amie cayanggg ^__^

    bau wangi ban jagung dh smpai sini.. sedapnyaa..kat umah ni semua suka jagung

    BalasPadam
  13. salam dari oman Amie ...follower ke 803

    BalasPadam
  14. Sis pun suka resepi dari buku Sha,resepinya senang dan bahan yg digunakan pun mudah didapati.Nampak sedaplah amie.

    BalasPadam
  15. sedapnya ..rasa jagung n comel2 pulak tu..

    BalasPadam
  16. Olala!!!, sodapnya, terliur nengok.

    BalasPadam