Assalamualaikum.
Apa khabar rakan-rakan pengunjung yang disayangi? Selamat berhujung minggu bersama keluarga tercinta. nampaknya cuaca agak mendung petang ini. Elok benarlah ambil sebiji bantal dan rebahkan kepala....... he he he sesekali layan mata apa salahnya! Sekali lagi Amie paparkan resepi Udang Kam Heong yang Amie adaptasi dari resepi Ketam Kam Heong hasil air tangan Chef Wan. Namun untuk hari ini, sebenarnya Amie menyediakan sebanyak 5 kg Udang Kam Heong atas permintaan Kak Siti, sebagai salah satu menu sempena majlis pernikahan anak perempuannya yang diadakan secara kecil-kecilan tepat pukul 10.30 pagi tadi. Semasa majlis doa selamat tempohari, Kak Siti berkenan dengan hidangan Udang Kam Heong di rumah kami. Apa istimewanya Udang Kam Heong? Sesiapa yang belum cuba... silakan, pasti anda ingin menikmatinya buat kali kedua.....
Gambar di atas merupakan resepi Udang Kam Heong Amie yang lepas dari SINI, tetapi gambar di bawah, lain pula rupa parasnya apabila masak dalam kuantiti yang banyak! Pada masa inilah peranan campak-mencampak berlaku! Tak payah sukat garam gula lagi, ambil saja serbuk pati ayam Maggie Secukup Rasa dan terus tabur ikut suara hati! Alhamdulillah, rasanya pun okey dan diterima ramai.
Untuk sukatan 5 kg udang, Amie gunakan 1/2 kg bawang putih cincang, 1/2 kg udang kering tumbuk, 1 botol kecil sos tiram serta tiga tangkai rimbun daun kari. Amie tidak gunakan cili padi sebab rasanya yang pedas dan memikirkan mungkin ada tetamu yang akan tergigit cili atau yang tidak tahan dengan cili padi, jadi Amie gantikan dengan 30 tangkai cili kering yang digunting sepanjang 1cm. Memandangkan kepala udang ada yang mula tanggal sewaktu membersihkannya, jadi Amie tanggalkan kesemua sekali kepala udang tersebut!
Resepi Asal : Ketam Kam Heong
Sumber : Selera Malaysia Chef Wan
Bahan-bahan:
3 ekor ketam - Amie gantikan dengan 5kg udang kertas - bersihkan (tidak perlu buang kulit) dan belah belakang
5 ulas bawang putih cincang - Amie gunakan 1/2 kg bawang putih cincang
2 sudu besar udang kering - Amie gunakan 1/2 kg udang kering, rendam dan tumbuk kasar
2 sudu besar serbuk kari - Amie gunakan 8 sudu besar
3 tangkai daun kari - Amie gunakan 3 tangkai rimbun daun kari
6 biji cili padi dihiris- Amie gunakan 30 biji lada kering, gunting sepanjang 1cm
2 sudu besar sos tiram - Amie gunakan 1 botol kecil sos tiram
1 sudu teh lada hitam - kisar - Amie gunakan 2 sudu makan lada hitam tumbuk
garam & gula - Amie gantikan dengan 3 sudu besar serbuk pati ayam Maggie Secukup Rasa
minyak
Cara:
1. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng terendam ketam / udang selama 5 minit atau sehingga masak. Ketepikan.
2. Panaskan 1.5 cawan minyak dan tumiskan bawang putih sehingga wangi.
3. Masukkan udang kering dan goreng sehingga udang masak.
4. Masukkan serbuk kari, daun kari serta cili padi dan goreng kacau selama beberapa minit.
5. Tambah sos tiram dan lada hitam dan gaul sebati.
6. Masukkan udang dan balik-balikkan supaya disaluti dengan sos.
7. Taburkan serbuk pati ayam Maggie Secukup Rasa. Gaul beberapa kali.
8.Angkat dan hidangkan - Amie masukkan dalam bekas yang Kak Siti sediakan dan siap untuk dibawa ke rumah beliau!
Untuk mempercepatkan proses menggoreng udang, Amie gunakan dua buah kuali, dan ketika menumisnya pula Amie bahagikan kepada dua bahagian, bermakna 2 kali tumisan dalam kuali besar supaya semuanya tergaul sama rata!
nyum2...bestnya nampak lauk akak ni..
BalasPadamkak amie..banyaknya masak udang kam heong...ni kalau dapat mieza ratah je ni..kak amie tak balik bercuti ke semenanjung ke sempena cuti skolah ni?
BalasPadamTerbau harumnya sampai ke Bangi ni Amie..nak jugak!!
BalasPadamWahhh sama ler pulak. Saya pun masak udang hari ni, cumanya menu beza. Saya suka udang, nanti nak belajar masak menu ni pula.
BalasPadam*saya sedang belajar masak salah satu menu dari blog Amie, tapi belum start goreng lagi. Nanti saya citer ya... itupun kalu menjadi. hehehe
sedapnyer! tak mkn nsi lg ari ni..
BalasPadamWEWIIITTT! SEDAPNYA!
BalasPadamAmie akak belum lagi tebuat si Kam Heong ni Amie rasanya dah banyka kali kan mesti sedap ni selalu beli udang anak2 suruh buat samballllllllll je aduiii
BalasPadamnak rasa xboleh. ambik bau pun xboleh. tengok gambar je lah.huhu
BalasPadamWahhh kak...klu udang ni kat depan kite mmg dh pndg lauk lain dh...sedapp ni..ratah2 bergitu sja....:-)
BalasPadamsalam ..kak..bolehlah cuba resepi ni memandang stok udang bnyk lagi
BalasPadamperghhh
BalasPadamAssalamualaikum.
BalasPadamtak boleh bayangkan le kalau saya kena masak 5kg udang. hehehehe memang haru jadinya.
Nampak sedap ni..lapar kak ros
BalasPadamkalau ada udang nak cuba jugak..
BalasPadamSaya dah cuba resipi Amie, Peparu Goreng Berempah tuh. hehehehe Terimakasih ya!
BalasPadamDapur Merah Ibu,
BalasPadammemang sedap... harum wangi!
Mieza,
tak apa Mieza, sesekali bantu memasak untuk majlis,
Cuti ni nampaknya tak baliklah Mieza, sebaik bujang sulung habis SPM, kak Amie ada komitmen pula dengan kerja2 Seri Paduka Baginda.
Ummiross,
memang harum baunya Ummi... semerbak satu rumah!
Azieazah,
BalasPadamhe he hehh suka dengar pasal yang nak digoreng tu... mudah-mudahan menjadi ye Azie..
Whitecappuccino,
jemput makan sama WC.
ckLah,
terima kasih ckLah...
Kak Noor,
BalasPadamkalau kakak dah cuba sekali, gerenti kakak nak buat kali kedua kak...
Hnahdy,
apa nak buat... memang dah gitu hukumnya dalam alam maya ye Hnahdy he he ehh...
Sury,
betul tu Sury... udang memang sedap!
Azumaya,
BalasPadamsilakan Azu... memang sedap!
Aeinio,
he he he ehh...
Kak Sam,
Amie sediakan lebih awal semua bahannya Kak Sam, yang buat lambat tu sebab udang yang kena goreng dulu...
Kak Ros,
BalasPadamjemput makan Kak Ros...
Rohah,
cuba ye Rohah... memang menjadi punya! Dijamin sedap!
Azieazah,
terima kasih Azie... Amie dah masuk blog Azie tadi.. terima kasih banyak sudi cuba resepi tu ye...
Udang bagi kat saya masak apa pob sedap kan kak...
BalasPadamSbb udang ni manis.
Akak minta izin bila2 nak try yer... :)
Qasehnya Rania,
BalasPadamsilakan Qaseh... cubalah mana-mana resepi yang berkenan di hati... happy cooking!
Tak pernah cuba resepi Kam Heong ni, tapi pernah makan di kedai, hihi
BalasPadam