Pages

Ahad, 25 November 2012

Nasi Lemak Tumis Cik Manggis (Mama Kitchen)

Assalamualaikum.
Selamat berhujung minggu buat semua pengunjung Amie's Little Kitchen pada hari Ahad yang redup, mendung tapi menyamankan ini. Terima kasih buat pengikut baru yang bertambah dari hari ke hari. Hari minggu yang dingin ini Amie sediakan menu Nasi Lemak Tumis kerana tertarik dengan resepi yang dipaparkan hasil kunjungan Amie ke rumah Mama Kitchen - Cik Manggis malam tadi. Sebelum memasak nasi lemak, Cik Manggis tumis terlebih dahulu bahan-bahan termasuk serai dan halba dan istimewanya Nasi Lemak Tumis Cik Manggis ini dicamur dengan sedikit serbuk kunyit, jadi warnanya nampak berseri berbanding warna nasi lemak biasa. Terima kasih Cik Manggis kerana berkongsi idea hidangan yang sedap ini. Kebetulan pula, malam tadi kami balik dari kampung, 3 anak buah ikut pulang sama dan inilah masanya anak-anak kami dapat bergaul mesra dengan sepupu-sepupunya. Jadi, pagi ini Amie hidangkan untuk mereka Nasi Lemak Tumis. 


Amie minta izin untuk memaparkan resepi Nasi Lemak Tumis ye Cik Manggis supaya rakan-rakan pengunjung yang lain dapat berkongsi dan menikmati hidangan yang lazat dan istimewa ini.

Resepi : Nasi Lemak Tumis

Bahan-bahan:
3 cawan beras basmathi - Amie gunakan beras wangi

3  3/4 cawan air.
1/3 cawan santan pekat.(Jika sukakan nasi lebih lemak boleh tambahkan santan )
garam secukup rasa.
sedikit serbuk kunyit-jika inginkan nasi berwarna kuning.
2 ulas bawang putih.
4 ulas bawang merah.
1 inci halia.
2 tsp biji halba.
2 helai daun pandan.
1 batang serai-diketuk.
Minyak jagung untuk menumis - Amie gunakan minyak canola

Cara:
1.  Bawang merah, bawang putih dan halia dimayang halus.
2.  Beras dicuci bersih dan direndam selama 20 minit. Kemudian ditoskan.
3. Panaskan minyak jagung dan tumiskan bahan-bahan yang dimayang hingga wangi. Kemudian masukkan halba.
4. Masukkan beras dan gaul hingga rata baru masukkan air, santan, garam, daun pandan, serbuk kunyit dan serai. Tanak nasi sehingga masak.

Amie gunakan 8 cawan beras wangi, jadi kena sesuaikan kesemua bahan yang lain untuk menghasilkan Nasi Lemak Tumis mengikut kuantiti yang dikehendaki.

Untuk lauk-pauknya pula, seperti biasa sudah semestinya ada sambal tumis, hirisan timun dan telur tapi Amie tidak sediakan ikan bilis goreng sebaliknya masak kesemua ikan bilis bersama sambal tumis.




Inilah rupa sebenar Nasi Lemak Tumis yang Amie hasilkan mengikut resepi Cik Manggis. Amie jangkakan, dalam kuantiti yang agak banyak, bolehlah anak-anak makan untuk kali kedua.... tapi lain pula jadinya! Nasi Lemak Tumis tidak berbaki.... yang tinggal hanyalah sambal tumis ikan bilis dengan petai yang memang Amie buat lebih! Bila Amie tanya bujang tengah, katanya belum kenyang walaupun nasi sudah habis. Amie tanya sepupunya yang sebaya dengannya yang baru balik belajar dari Sarawak... entahlah.... macam tak kenyang, katanya! Amie tanya kenapa tak kenyang? Sebab sedap sangat!!!!... itu jawapannya serta jawapan anak-anak yang lain.


Resepi : Sambal Tumis Ikan Bilis Dengan Petai
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
250 gram ikan bilis - bilas dan toskan
30 biji petai - belah 2
1 labu bawang besar - mayang kasar
1 batang serai - dititik
1 sudu teh pati asam jawa
garam / gula
minyak

Bahan kisar:
30 biji cili kering
10 biji bawang putih
12 biji bawang merah
sedikit belacan
1cm halia

Cara:
1. Panaskan minyak secukupnya. Tumis kesemua bahan kisar dengan api sederhana sehingga pecah minyak.
2. Masukkan pati asam jawa, garam, dan gula secukupnya.
3. Masukkan ikan bilis, dan jika kuah terlalu pekat boleh tambah sedikit air. Biarkan sehingga ikan bilis lembut.
4. Masukkan bawang besar dan hirisan petai. Gaul sebati
5. Setelah petai berubah warna, tutup api dapur.
6. Sambal Tumis Ikan Bilis Dengan Petai sedia untuk dihidangkan bersama Nasi Lemak Tumis.


Pelengkap Nasi Lemak Tumis.



Jemput makan..... sepinggan Nasi Lemak Tumis di atas ni Amie nak bawa ke rumah Cik Manggis. Jom... siapa nak ikut!

26 ulasan:

  1. assalam amie..nampak sedap nasi lemak tumis tu..dah nampak macam nasi minyak ..memang meyelerakan

    BalasPadam
  2. Acik Erna,
    waalaikumussalam... alhamdulillah, menjadi juga resepi yang Amie pinjam dari blog Cik Manggis!

    BalasPadam
  3. nampak saja gambar, lapar pula..satu pinggan please...

    BalasPadam
  4. Terima kasih Amie sb sudi hantar nasik lemak pd kita..buat susah-susah je hehe

    Terima kasih kerana sudi mencuba:)

    BalasPadam
  5. Terima kasih Amie sb sudi hantar nasik lemak pd kita..buat susah-susah je hehe

    Terima kasih kerana sudi mencuba:)

    BalasPadam
  6. Terima kasih Amie sb sudi hantar nasik lemak pd kita..buat susah-susah je hehe

    Terima kasih kerana sudi mencuba:)

    BalasPadam
  7. mmg nampak sedap la Kak Amie...Adda pun terliur sgt2 nih/...

    BalasPadam
  8. Rajinnya juga kak amie ni mau sediakan menu yang sungguh banyak bahan2nya, bertuah perut orang rumah : )

    BalasPadam
  9. aduh...tak tahan sungguh tgk nasi lemak ni tambah plak ada kacang gajus, sambal petai... ooooo...kalo dekat, nk je redah umah Amie..hehehe


    BalasPadam
  10. Wahhh jarang saya tengok orang makan Nasi Lemak dengan Sambal Petai. Menarik ni! Tergoda terus!

    BalasPadam
  11. Salam kak amie.. special betul nasik lemak ni.. siap ada gajus tuh, agak2 sepinggan bape inggit nih? hihi..

    BalasPadam
  12. salam kak amie..wat kecur memalam dtg sini..nasib2x..h ehhee gajus tue kita cop dulu yer..tolong simpankan:))

    BalasPadam
  13. sedapnya nasi lemak tu...ada kcg gajus!

    BalasPadam
  14. Sambal bilis dengan petai tu ..olala!!!, terus terasa lapar ni Amie.

    BalasPadam
  15. dh lama tk mkn nasi lemak..wah selera tgk gambar

    BalasPadam
  16. Hi Amie, saya suka your nasi lemak tumis. Da lama ta'makan ni. Sedap best looking at your lovely dish, masuk mulut satu spoon boleh lupa nama mak, ha ha.
    Have a nice day, and keep a song in your heart.
    Lee.

    BalasPadam
  17. perfect sumenyer kak ami..kalo leh rasa n mamam ni konfom mcm x kenyang..sbb sedapp sgt..hehe

    BalasPadam
  18. Akak gantikan kcg goreng dgn gajus yer msti sedap kan..
    Nasi pon tgk menyelerakan..seroi je..
    Nnti nak try la...boleh yer kak..
    Su kalau buat nasi lemak kurang santan..hihi

    BalasPadam
  19. Cik Manggis,
    pertama kali tengok Nasi Lemak Tumis, terus terpikat sebab setakat ni macam2 jenis nasi lemak dah jumpa, yang tumis aje yang baru jumpa... alhamdulillah, menjadi... terima kasih CM.

    Adda,
    memang sedap Adda, tu sebab anak2 & anak2 buah tak pandai kenyang makan he he heh...

    Evelyn,
    tidak juga banyak bahan yang perlu disediakan, sebab semuanya bahan asas, memang ada dalam simpanan, cuma timun sajalah kena beli segar.

    BalasPadam
  20. Cendana Kasih,
    jemput datang CK... makan ramai2 lagi sedap!

    Azieazah,
    ada juga yang guna sambal udang berpetai Azie, tapi memang sedaplah... cuma anak2 ambil sambal saja, tak ambil petainya he he heh...

    Tun Telani,
    he he he hhh ni lepas perasaan ni Tun, dulu Kak Amie nak jual nasi lemak sebab suka sangat masak nasi lemak, Encik Suami tak bagi... jadi kira jual murah aje ni...

    BalasPadam
  21. Zila,
    ada lagi kacang gajus belum bergoreng... tunggu Zila datang je he he heh

    Ummiaisyah,
    ganti kacang tanah dengan kacang gajus sikit Ummi...

    Ummiross,
    jemput Ummi... bagus makan sambal gini, boleh cuci perut kita...

    BalasPadam
  22. Izan Mama Mia,
    buat nasi lemak masa cuti sekolah ni best, ramai peminatnya di rumah kami.

    Uncle Lee,
    wah... bahaya tu, masuk satu sudu dah terlupa nama mak ha ha hahhh

    Nens,
    itulah agaknya yang anak-anak & anak buah rasa, nasi nak habis tapi masih terkuis2 pinggan kosong... bila ditanya kenyang tak, katanya tak kenyang sebab sedap he he heh...

    BalasPadam
  23. Qasehnya Rania,
    silakan Qaseh... memang boleh kurangkan santan, tak jadi masalah, kacang gajus tu memang kakak ada simpanan, jadi memang jarang gunakan kacang tanah.

    BalasPadam
  24. wah banyak resepi boleh dapat dari sini. singgah n follow

    BalasPadam
  25. salam akak..terima kasih dtg nak amik resepi nasi lemak kuning yer..

    ohya gajus tu akak panggang ke atau goreng mcm kcg goreng je

    BalasPadam
  26. Tergoda tengok sambal tumis petai tu, Kak Amie

    BalasPadam