Pages

Khamis, 16 Ogos 2012

Iftar Hari Ke 27 : Mee Hokkien & Jus Kedondong Asam Boi

Assalamualaikum.



Bujang sulung berbuka puasa bersama rakan sekelas di rumah gurunya. Dia minta Amie sediakan sedikit juadah untuk dibawa bersama. Amie masak juadah berbuka puasa yang paling mudah disediakan iaitu Mee Hokkien. Resepi asal Mee Hokkien ini Amie ambil dari Buku Masakan Selera Malaysia Chef Wan. Amie tambah kuantiti bahan masakan yang Amie gunakan.

Resepi : Mee Hokkien
Sumber : Selera Malaysia Che Wan

Bahan-bahan:
350 gram mee kuning segar - bilas
55 gram sawi bunga - dicuci dan dipetik
200 gram paha atau dada ayam - dihiris dan diperasakan dengan kicap[ cair serta tepung jagung
200 gram sotong - dibersihkan dan dihiris
200 gram udang - dibersihkan dan dibuang kulit
4 sudu besar minyak masak
3 ulas bawang putih - dicincang
1cm halia - dicincang
1 sudu besar sos tiram
1.5 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar kicap cair
1/2 sudu besar minyak bijan
garam dan gula secukup rasa

Cara:
1. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng kacau bawang putih serta halia hingga wangi.
2. Masukkan sotong, udang serta ayam dan goreng kacau selama beberapa minit. Keluarkan sotong apabila sotong telah masak.
3. Masukkan bahan-bahan lain ke dalam kuali dan goreng kacau selama 3-4 minit. Kembalikan sotong ke dalam kuali. Perasakan dengan garam dan gula dan hidangkan segera.



Amie sempat sediakan Jus Kedondong  Asam Boi untuk anak-anak. Cara penyediaannya mudah mudah sahaja, cuma terpulang kepada kita untuk membuatnya atau sebaliknya. 


Resepi : Jus Kedondong Asam Boi
Sumber : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
7 biji buah kedondong - buang kulit dan biji akarnya, dan potong-potong isi kedondong
gula pasir secukup rasa
4 gelas air masak
8 biji asam boi
ketulan ais

Cara:
1. Kisar buah kedondong bersama air masak dan gula pasir hingga hancur.
2. Tapiskan bahan kisar.
3. Tuangkan ke dalam gelas. 
4. Masukkan asam boi dan ketulan ais.
5. sedia untuk dinikmati.



Ikan Siakap Kukus di atas merupakan resepi ulangan untuk menghabiskan stok peti sejuk sebelum berangkat pulang menjelang Aidil Fitri nanti. Untuk resepinya bolehlah klik DI SINI. Dan seperti yang dijangkakan memang si bongsu meratah sebahagian ikan kukus ini sementara yang lain makan Mee Hokkien. Suka benar nampaknya bongsu Amie makan ikan kukus!


Ini menu untuk Amie. Entah mengapa, semenjak dua menjak ini hanya hidangan begini yang boleh ditelan bersama nasi panas. Yang penting, perut mesti diisi. Wokey, selamat berbuka semua. Jumpa lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan