Oleh kerana talian internet terputus satu hari satu malam, jadi entri yang sepatutnya dipaparkan kelmarin, terpaksa ditunda hingga ke hari ini. Alhamdulillah. Tanpa kuih-muih dan pelbagai juadah yang lain, kami menikmati hidangan berbuka puasa petang semalam dengan Kuey Teow Goreng, nasi panas berlauk Udang Masam Manis dan juga Ikan Kembung Asam Rebus. Tidak ada pembaziran berlaku. Encik Suami hanya makan Kuey Teow Goreng, sebab itu memang menu kegemarannya. Anak-anak makan sedikit kuey teow, dan sedikit nasi bersama Udang Masam Manis. Amie pula teringin makan nasi panas dengan Ikan Kembung Asam Rebus. Sementara Amie menyiapkan hidangan berbuka puasa, Encik Suami membantu menyediakan jus tembikai. Cukuplah menu buat hari ini.
Resepi : Udang Masam Manis
Sumber : Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
500 gram udang kertas - bersihkan dan belah belakang
20 biji petai
2 ulas bawang putih - cincang
1/2 labu bawang besar - cincang
2cm halia - hiris
7 biji cili padi
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos plum
2 sudu besar chicken sweet chilli sauce Thai
minyak
Cara:
1. Goreng udang sehingga masak. Ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih, bawang besar serta halia sehingga wangi.
3. Masukkan petai, dan udang serta cili padi.
4. Tambahkan sos tiram, sos tomato, sos plum dan chicken sweet chilli sauce Thai.
5. Gaul sebati dan biarkan seketika.
6. Tutup api.
Resepi : Ikan Kembung Asam Rebus
Sumber : Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
4 ekor ikan kembung - bersihkan
2 ulas bawang putih - pecahkan
3 biji bawang merah - hiris
2 keping asam gelugur
1 batang serai - dititik
3 helai daun limau purut
7 biji cili padi
1/2 sudu teh serbuk kunyit
garam dan perasa pilihan secukupnya
air secukupnya
Cara:
1. Didihkan air di dalam periuk bersama bawang putih, bawang merah, asam gelugur, serai dan serbuk kunyit serta cili padi.
2. Apabila air mendidih, masukkan ikan kembung bersama cili padi. Biarkan sehingga ikan kembung masak.
3. Tambahkan garam dan perasa pilihan secukupnya.
4. Tutup api dan sedia dihidang panas.
Kuey Teow Goreng.
Selamat berbuka puasa!
Assalamualaikum Amie,
BalasPadammaaf dh lama kita tk sempat nk singgah kesini...maalum lah byk tugasan yg menanti...ini pun curik2 masa sikit...hehehe...
sedap nya hidangan Amie nie...kalau kita berjiran boleh hidu bau erk?? Kuey teow tu fav Nur....kecur air liur nie tau!!
As salam k.amie...
BalasPadamdah lama ucu tak tinggal tapak kt sini...akak sihat ke....
selamat hari raya ye kak..ucu mohon keampunan andai ada bicara yg berbabas hingga boleh menyakitkan hati akak...maaf zahir n batin...
semua menu kt atas tu kalau dapat kt ucu sekali mkn jer dah wassalam......licin...hihihi.
semua pun nampak sedap sekali, saya tersuka udang masam manis, yum!
BalasPadamsedappnyerrr..dh akhir2 ramadhan ni..sume berselera..haisshh nk start memBINA badan la ni..ekeke..
BalasPadamrs2 cam kt lidah dh udang kak amie..hehe
Assalam amie, sedap tgk udang bersama petai tu.
BalasPadamSelamat hari raya buat Amie n famili, saya juga mohon ampun dan maaf andainya ada yg tersalah bicara dan komen sepanjang persahabatan maya kita
Selamat Hari Raya Aidilfitri buat Amie sekeluarga. Tak balik Semenanjung ke?
BalasPadam