Pages

Isnin, 23 Julai 2012

Air Nenas

Assalamualaikum.


Salah satu hidangan minuman untuk berbuka petang ini ialah Air Nenas. Lain orang lain cara penyediaannya. Ikut resepi keluarga Amie, nenas hendaklah dicincang, dan dimasak bersama gula pasir serta beberapa kuntum bunga cengkih serta kulit kayu manis. Namun begitu, untuk mendapatkan warna yang lebih menyerlah, Amie tambah setitik pewarna kuning limau.

Resepi : Air Nenas
Sumber : Amie's Little Kitchen


Bahan-bahan:
1 biji nenas masak - anggaran 1kg - kupas dan cincang / potong kecil-kecil ikut citarasa
1.5 liter air
gula secukupnya 
5 kuntum bunga cengkih
1 batang kulit kayu manis
secubit garam
1 titik pewarna kuning limau


Cara:
1. Masukkan nenas ke dalam periuk yang berisi air. Didihkan.
2. Setelah mendidih perlahankan api dan masukkan gula, garam, bunga cengkih serta kulit kayu manis. Didihkan lagi sehingga nenas benar-benar layu.
3. Titiskan pewarna kuning limau.
4. Sejukkan.
5. Nikmati bersama ketulan ais.

3 ulasan:

  1. Selamat Berpuasa Kak Amie..yana baru dapat singgah sini^^..

    Segarnya kalau dapat minum jus nenas nii..dah terasa sejuk kat tekak..nasib baik dh hmpir waktu bebuka hihii

    BalasPadam
  2. kak amie... mmg salah masuk la time petaang2 gini nampak air. hehe.. pulak2 ada rasa rempah wangi2 gitu. fuhh

    BalasPadam
  3. kalau la dapat sejug air nenas nih kan best..ngn cuaca panas nih..melampau betul kan smpai mintk sejug..kihkih..

    BalasPadam