Pages

Sabtu, 31 Disember 2011

Sayap Ayam Goreng & Jagung Susu

Salam petang Sabtu, hari ini hari terakhir tahun 2011. Sewaktu pulang dari mesyuarat petang tadi, hujan turun renyai-renyai dan kemudian bertambah lebat. Terlelap seketika melepas lelah di  ruang tamu. Bila terjaga rupanya keseorangan di rumah. Yang lain ke kampung, mengait rambutan lagi! Biasanya malam terakhir penghujung tahun, semua akan berkumpul di kampung, di rumah FIL. Masing-masing akan membawa hasil masakan dari rumah dan memang ada acara BBQ termasuk lamb, sayap ayam, ikan dan segala macam seafood termasuk sosej dan sebagainya sehingga tengah malam. Bukan sekadar untuk meraikan tahun baru dengan doa daripada FIL dan kami mengaminkannya, tetapi juga untuk mengeratkan hubungan silaturrahim. Berbeza pula tahun ini..... masing-masing dengan urusan tersendiri. Ada yang masih di timur, ada yang ke barat dan sayap ayam yang pada mulanya Amie diperap untuk dibawa ke kampung untuk dipanggang bertukar cara masakan pula! Malas untuk bersoal jawab tentang acara tahunan  keluarga yang tidak menjadi ini sebab badan memang rasa letih. Jagung yang pada mulanya akan dipanggang, Amie rebus sahaja tapi kali ini rebus dengan susu segar.




Apa yang boleh Amie tuliskan tentang resepi akhir tahun 2011? Rasanya memanglah sedap ikut selera kami  tapi sebab rancangan tidak menjadi, terpaksalah berubah cara memasak dari panggang atas bara kepada goreng dalam kuali. Tak kisahlah asalkan boleh dimakan! 

Resepi   : Sayap Ayam Goreng
Sumber  : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan: 
20 keping sayap ayam
3cm halia - tumbuk
5 biji bawang putih - tumbuk
2 batang serai - ketuk
1 sudu makan lada putih - tumbuk
1/2 sudu serbuk kunyit
2 sudu kicap pekat
3 sudu sos tiram
2 sudu minyak bijan
sedikit garam
madu / gula - pilihan

Cara:
1. Perap sayap ayam bersama kesemua bahan di atas selama 2 jam.
2. Panaskan minyak dan goreng hingga kuning keemasan.
3. Taburkan biji bijan di atasnya - sangan terlebih dahulu.
4. Hidangkan bersama sos kicap.

Jagung susu itu pula Amie rebus dengan susu segar, sedikit serbuk kulit kayu manis dan secubit garam. Resepi ini Amie terbaca sepintas lalu dalam Majalah RASA edisi Januari 2012.Kalau nak rasa yang lebih sedap, boleh tambah susu cair.

Selamat Tahun Baru 2012 untuk semua teman-teman blogger yang budiman. Terus pandang ke hadapan untuk lebih berjaya, tapi jangan lupa lihat ke bawah untuk mengingatkan diri tentang erti syukur. Senyum-senyum selalu! Kenangkan yang indah, simpan yang duka. Harap segala perancangan akan terlaksana dengan lancar.


19 ulasan:

  1. thanks amie share resepi ni..insyaallah mama akan kuatkan semangat utk memcuba resepi sayap ayam georeng & jagung susu ni..Thanks amie..`selamat tahun baru 2012` buat amie..semuga dilindungi olih Allah selalu..amin..

    BalasPadam
  2. Mama Aini,
    o...kena kuat semangat ye ...yeah...semoga sentiasa bersemangat!

    BalasPadam
  3. Amie..Sayap ayam tu nampak sangat menyelerakan,jagung rebus dengan susu tu pun tak pernah ummi buat, ummi nak cubalah jugak nanti, insyaAllah.

    BalasPadam
  4. Ummi,
    memang menyelerakan Ummi... tapi jagung rebus tu biasa saja rasanya, macam lebih sedap pula kalau rebus biasa.

    BalasPadam
  5. selamat berhujung tahun 2011 Kak Amie...sedapnya sayap ayam n jagung tu...menu kegemaran Rahel la

    Selamat menyambut tahun baru 2012 buat Kak Amie sekeluarga,,,semoga makin bertambah sukses...dan sentiasa sihat n bahagia selalu..

    BalasPadam
  6. sedapnya sayap ayam goreng tu kak..lapar lak mlmx2 kat sini..hehe

    Salam Tahun Baru buat kak Amie sekeluarga. semoga thn baru ni lbh baik dr thn sebelumnya..insyaAllah:)

    BalasPadam
  7. kak amie..selamat tahun baru...:)

    kat rumah ni kalau chicken wings masing2 berebut...hehehe

    BalasPadam
  8. Selamat Tahun Baru K'Amie..
    sayap ayam nih fav nya anak anak di rumah.. ijin yah kak kapan kapan mau buat recipe ini.. ;)

    BalasPadam
  9. Assalam amie, selamat tahun baru 2012. Nampak sedap sayap ayam dan jagung susu tu, tapi kita tak mkn kepak ayam la pulak amik jagun je lah sedap juga nih

    BalasPadam
  10. Rahel,
    sayap ayam memang sedap ye Rahel,tapi sekali-sekala ajelah nak makan ... he he heh kolesterol!
    Selamat Tahun Baru 2012 Rahel.

    Nieza,
    Selamat Tahun Baru 2012 Nieza.
    Memang sedap sayap tu Nieza... tak cukup sepasang... nak makan berpasang-pasang!

    Quinnie,
    betul tu...di sini pun apa kurangnya, itu yang tambah sedap tu kalau jadi rebutan!

    BalasPadam
  11. Melly,
    silakan Melly.... masak lebih-lebih ye sebab enak lho...

    Rosa,
    elok tu kalau tak makan sayap... jaga kesihatan, he he hehh

    BalasPadam
  12. There are some fascinating closing dates on this article but I don’t know if I see all of them center to heart. There’s some validity but I will take hold opinion till I look into it further. Good article , thanks and we wish extra! Added to FeedBurner as effectively
    Pinoy Channel| Pinoy Tambayan| Pinoy Tv| Pinoy Tv Replay| Pinoy Ako| Pinoy Lambingan| Pinoy Teleserye| Zee tv

    BalasPadam
  13. Some writers have classed them as folk drama. I am afraid that this is misleading taxonomy. The rich Sanskrit tissue of the language of these forms and their very close adherence to Bharata's dramaturgic canons Bigg Boss 14

    BalasPadam
  14. There has to be an easy method you are able to remove me from that service? Kudos!Bigg Boss 14

    BalasPadam
  15. Some writers have classed them as folk drama. I am afraid that this is misleading taxonomy.Bigg Boss

    BalasPadam
  16. The title of your blog is impressive with great information.
    Pinoy Tambayan

    BalasPadam
  17. whatsapp mod apk 2021 is a stylish version of the new whatsapp mod apk and has a lot to offer.

    BalasPadam
  18. Sejak 2011 dia dah selalu masak sayap ayam goreng ya

    BalasPadam
  19. Mire doramas coreanos, tailandeses, chinos, japoneses, doramas de estreno con subtítulos en español gratis en línea. Site: doramasmp4/

    BalasPadam