Nasi Kuning? Bukan pulut kuning tau! Tidak tahu makanan tradisi suku kaum apa. Rasanya milik bersama, sebab pelbagai kaum masak, makan dan jual. Tidak terhad kepada kaum tertentu. Hanya ditemui di Sabah Negeri di Bawah Bayu. Biasanya dimakan waktu pagi sebagai alas perut atau untuk bersarapan. Dijual dalam bungkusan daun pisang. Lauknya terdiri daripada sambal ikan. Selalunya sambal ikan kayu, ikan tuna, ikan basung, tenggiri, kembung dan juga ikan layar serta ikan alu-alu. Dahulu harganya hanya RM1.00 sebungkus tapi kini sudah mencecah RM2.50-RM4.00. Kuantitinya pun tidaklah banyak, sekadar untuk alas perut sahaja seperti halnya dengan sebungkus nasi lemak! Lauknya pula semakin dipelbagaikan dan tidak terhad kepada ikan sahaja malah kita boleh pilih lauk udang dan juga ayam sekiranya ada. Sesuatu yang istimewa di negeri Sabah ini, kalau kita makan di kantin atau restoran, mesti disertakan dengan semangkuk kecil sup! Dan menu Nasi Kuning ini tidak ketinggalan sebagai salah satu menu yang dijual di bazaar Ramadhan.
Sejak bulan puasa, inilah kali pertama makan nasi kuning. Selalunya suami beli untuk sarapan pagi dan di kantin pun Amie biasanya makan menu ini. Amie tidak menggunakan resepi khusus untuk Nasi Kuning. Amie masak berdasarkan pengalaman merasa, bertanya kepada biras yang pernah menjual nasi kuning dan juga pengalaman rakan-rakan. Banyak cara masakannya termasuklah merendam terlebih dahulu beras dengan kunyit semalaman dan sebagainya. Ada yang campurkan segenggam beras pulut supaya nasi kuning lebih lemak, dan yang pastinya bahan asas seperti serbuk kunyit dan santan adalah satu kemestian. Dengan kata lain, penyediaan nasinya lebih kurang sama dengan penyediaan nasi lemak cuma ditambah dengan serbuk kunyit sahaja. Kadang-kadang Amie terbau serai dalam nasi kuning, kadang-kadang tidak pula. Ada kalanya nasi kuning tawar hambar, langsung tak bersantan... macam-macamlah yang ditemui! Ada juga yang warna kuning pucat, kuning terang...bla..bla..blaaa..
Bahan-bahan:
500 gram beras - bersihkan dan toskan airnya
400ml santan - sederhana pekat / cair
1 sudu serbuk kunyit -
3cm halia - ketuk
3cm kulit kayu manis
3 biji bawang putih - ketuk
1 helai daun pandan
garam / perasa secukupnya
Cara:
1. Tuangkan santan ke dalam kuali bersama serbuk kunyit, halia, kulit kayu manis dan bawang putih serta daun pandan.
2. Masukkan beras dan garam dan kacau sehingga kembang.
3. Apabila beras telah kering, pindahkan ke dalam periuk pengukus.
4. Kukus selama 15-20 minit atau sehingga nasi kuning masak.
Lauknya pula, biasanya kalau gunakan ikan, ikan digoreng terlebih dahulu hingga masak. Kemudian dimasak pula bersama sambal. Amie gunakan ikan alu-alu.
Ini ikan alu-alu yang telah digoreng. Ikan alu-alu ini dikenali juga dengan nama 'barracuda'. Ada jenis alu-alu yang sedap dan kurang sedap. Isi alu-alu warna kuning lebih enak berbanding isi alu-alu warna putih. Kalau di pasar, harga ikan alu-alu kuning lebih mahal sedikit berbanding ikan alu-alu putih. Masak sambal ikan alu-alu mudah sahaja, sama sahaja dengan buat sambal yang lain. Lebihkan gula sedikit.
Bahan-bahan:
20 tangkai lada kering - kisar
1 labu bawang besar - kisar
5 biji bawang merah - kisar
5 biji bawang putih - kisar
1.5cm belacan - kisar
2 keping asam gelugur - boleh guna asam jawa
1 batang serai - diketuk
garam dan gula secukup rasa / perasa lain
minyak
Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar hingga pecah minyak.
2. Masukkan asam keping dan serai. Jika terlalu garing boleh tambah sedikit air. Masak hingga pekat.
3. Masukkan garam dan gula / perasa lain secukupnya.
4. Masukkan ikan dan biarkan seketika. Angkat dan hidangkan.
Selain sambal ikan, hidangan nasi kuning juga dilengkapi dengan telur dan juga timun serta hirisan tomato. Maaf, ini idea Amie. Sebenarnya kalau anda makan nasi kuning berbungkus daun pisang, anda akan hanya temui sambal ikan sahaja dan kadang-kadang terdapat juga sepotong telur rebus. Apa pun selamat berkongsi resepi, dan oleh kerana selalu makan nasi kuning di sini, bila sesekali balik kampung terasa rindu pula nak makan nasi kuning.... siap dengan semangkuk kecil sup!
Hi hi hiiii..... oleh sebab sudah hampir waktu berbuka puasa, tak sempat nak potong ikan. Jadi letak saja besar gedabak dalam pinggan.... Selamat berbuka puasa buat hari ke 21.
ahaa... baru je tgk shiela rusli masak nasi kuning dlm ketuk2 ramadan... mmg betul katanya dia pun belajar dr kwn dr sabah... hehe.. nampak sedaplah amie... boleh try one day... sambal ikan tu pun kemain mengancam lagi...
BalasPadamisssyyy asal masuk sini mesti belajar benda baru....bagus betul la akak ni...masak siap ada sejarah makanan itew sendiri...terasa diri sangat kerdil sebab benda apa pow cheq tataw ni......perhhh terlioq tgk ikan goreng bolat yang sangat terangat itew...mcm dia pangey suruh ngappp jer ;-p
BalasPadam1st time dengar alu alu..
BalasPadamhmmm menarik tu. kak amie, tq for ur birthday wish...terharu saya
sejak2 puasa ni langsung tak nampak dah nasi kuning. bila kak amie buat ni baru teringat, oh nasi kuning..hihih... ikan alu2 tak kenal. tapi bila kak amie sebut barracuda tu rasanya mcm bleh agak kot. selalu nampak dalam game feeding frenzy. hihih...ikan yang besar pastu gigi tajam2, badan ada sedikit corak. (kuat betol pengaruh game ni)
BalasPadamkak amie dearie..
BalasPadamtak pernah makan nasi kuning ni..mcm2 dan unik2 ye makanan org lahad datu..seronok rasanya dpt mengenali masakan org sana dr blog kak amie ni..sekali pandang memang mcm nasi kunyit :)
Salam Kak..Wahhhhh sesuatu yang baru ni..Bila akak sebut ada yang memansukkan sedikit beras pulut kedalamnya..tetiba plak terasa nak mencuba cara itewwww...Thanks sudi sedikit sebanyak info kat sini....Sesekali mengubah selera ngan citarasa luar bagus gak kan...
BalasPadamMadiha,
BalasPadamada juga ye nasi kuning versi Sheila Rusli..., Amie tak tengoklah... sama tak dengan versi nasi kuning Amie?
Lady Ayu,
BalasPadamagaknya bersesuaianlah dengan tema blog ini ye...cerita-cerita yang dibawa dari dapur kakak!
Izah,
BalasPadammemang ada yang baru dengar nama ikan ni Izah, dan tidak semua tempat ada jual ikan ni... kakak datang sini, baru jumpa ikan alu-alu...
Nani,
BalasPadamnasi kuning ni kira sebagai menu nasi lemak (tempat kita), jadinya di sini makan sajalah menu ini di kantin, tiba-tiba terasa macam dah lamalah pulak tak makan...
suka game ye, memang barracuda ada gigi tapi tak adalah sebesar dalam lukisan..hi hi hii...nak highlightkan giginyalah tu ye....
Mieza,
BalasPadamorang kata banyak berjalan luas pemandangan, jadinya lama kak Amie tinggal di sini, adalah sikit-sikit budaya masyarakat tempatan yang difahami... termasuklah makanannya sekali...
Sue,
BalasPadamcubalah... mana tahu datang selera, rasanya pun memang bolehlah diterima.... kalau masak sendiri lagilah sedap! nak cara tradisi di sini, jangan lupa sediakan semangkuk kecil sup dengan sepinggan nasi kuning..
akak belum pernah makan nasi kuning ni..
BalasPadamsalam kak amie, macam pulut je eh. hehe.. nama sambal pun special gitu. mesti sedap!
BalasPadamAmie,ada satu restoran kat sini baru buka, namanya Nasi Kuning, patutlah kawan ummi kata Nasi kuning tu dari Sabah, ummi tak pernah rasa lagi nasi kuning ni...
BalasPadamsalam kak amie.. sedapnya nampak nasi kuning akak tu.. ikan alu2 tu besar ye kak sebab potongannya nampak besar tentu manis isinya
BalasPadamWhitecappucino,
BalasPadamagaknya kalau tak datang sini, Amie pun sampai sekarang tak tahu ada nasi kuning & makan nasi tu...
Asmara,
ya... macam pulut tapi bukan beras pulut...kuningnya macam plut kuning ye..
Ummi,
BalasPadamoww..... dah sampai ke Sarawak ye, sesekali cubalah rasa, tapi kadang-kadang lain tempat lain pula rasanya, lain orang lain pula cara masakannya ye Ummi.
Salam Ita,
ikan alu-alu bentuknya panjang Ita, ada lebih 1 meter, yang kakak masak ni memang siap beli dipotong, kalau beli seekor boleh buat masak kenduri...