Selamat malam semua. Bertemu kembali dalam The Story of Amie's Little Kitchen, blog kesayangan tuan punya dapur yang sentiasa berasap ni. Hari ini perasaan dan fikiran terganggu sedikit, tapi masih dalam kawalan. Bila balik rumah, apalagi menjenguk dapur... serta merta hati menjadi damai dan tenteram... kerana kita punya cerita tersendiri di Amie's Little Kitchen. Hilang seketika 'kezaliman' yang menimpa 'nasib' Amie akibat ditutup peluang untuk maju dalam kerjaya oleh seseorang yang jahil dan tidak bertanggungjawab. Sedih bunyinya kan.... hanya pada Allah Amie serahkan segalanya. Allah Maha Mengetahu segala niat kita, kang Amie cerita.... kang tak ada selera nak tengok resepi petang ini. Baik Amie tumpukan motto cooking with my heart and soul. Amie pilih menu ayam masak cekur. Ada lebihan cekur yang pakwe ambil dari sekolahnya tempohari, dan sebelum daunnya layu... baiklah Amie masak sesuatu. Amie cuba telefon bonda tapi talian tak berfungsi. Nak tanya macamana nak masak cekur tu, sebab hari tu Amie masak ayam ungkep, rupanya berbeza dengan resepi yang betul-betul asli. Ayam masak cekur ini pun Amie ambil dari buku resepi. Hasilnya memang dari segi warna dan rasa ada sedikit berbeza dengan yang pernah Amie makan semasa kenduri-kendara di kampung.
Oleh kerana malam ini pakwe Amie dan anak-anak menghadiri tahlil dan bacaan Yasin di kampung, Amie pun masak sejenis lauk saja, sebab di kampung pun ada hidangan makan malam. Apa pun, sebelum keluar rumah, perut perlu dialas terlebih dahulu.
Seingat Amie, masa duduk di kampung dulu, orang kampung Amie panggang ayam dulu, kemudian baru di siram dengan kuah santan (tak perlu masak), buat macam kuah pecak ikan pari. Cili padinya mesti warna hijau, tapi resepi yang Amie guna pakai ini sudah menjadi versi pelbagai pula walaupun memang resepi dari negeri Selangor. Iyela.... kalau difikir, nak panggang ayam lagi, kan ke makan masa... itu sebab resepi tu diubahsuai. Insya-Allah ada rezeki dan umur panjang, Amie ingin masak yang betul-betul cara tradisional masa balik kampung nanti. Masakan yang aslinya beraroma segar.....
Sumber : Kompilasi Masakan Selangor
Resepi : Ayam Masak Cekur
Resepi Asal:
Bahan-bahan:
1 ekor ayam (dipotong ikut suka)
2 biji kentang (dibelah empat)
300 ml santan cair
150 ml santan pekat
3 sudu makan minyak masak
1 batang serai (diketuk)
1 helai daun kunyit (disimpul)
5 helai daun cekur (hiris halus)
garam
asam jawa
Bahan kisar:
10 biji cili padi
2 ulas bawang merah
2 inci isi cekur
1 inci belacan
1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
Cara:
1. Goreng kentang separuh masak. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumis semua bahan kisar hingga wangi.
3. Masukkan ayam dan gaul rata.
4. Masukkan santan cair, daun kunyit dan serai.
5. Bila mendidih masukkan kentang, pati santan, air asam jawa dan daun cekur. Masak lagi hingga mendidih.
6. Taburkan garam secukup rasa.
7. Tutup api - Amie tunggu hingga kuah pekat - gunakan api perlahan.
8. Hidangkan bersama nasi putih.
Jom makan....kuahnya pun rasa sedap, ala-ala rendang cuma tak bubuh kerisik je.
salam kak amie.. fierst time dengar masakan ayam gini.. tentu lain dari yang lain rasanya kan..
BalasPadamcekur????
BalasPadamjuwita,
BalasPadamcekur terkenal dlm masakan jawa, tumbuhan herba ini byk khasiat perubatan, aromanya juga berbeza... yg tak biasa makan tentu alami kejutan budaya makan...
e-na pernah tanak cekur sblm datang jepun...senang sgt biaknya...banyak sampai x habis makan...nanti balik mesia boleh try masak mcm ni pulak...menyelerakan!
BalasPadamsalam kak amie..nampak sedap masakan ayam isi cekur.nnati la klu g umah MIL nk mintak cekur sikit...leh try resepi akak nie...
BalasPadamena,
BalasPadammmg cekur cepat biak,
kalau makan ramai2 dgn penggemar masakan bubuh cekur lagi sedapkan...
azatie,
BalasPadamamie masak ni ikut resepi moden, tapi amie rasa resepi kg lagi sedap...ayam panggang, siram kuah santan pekat campur cekur...
mesti wangi dgn aroma cekur tu..nmpk pun sedap
BalasPadamAssalamualaikum akak..
BalasPadamDiana pun x perna lg makan ayam masak cekur nie.. ermm.. cekur pun x tau camner rupanya.. :D. tp mmg perna dgr.. cuma x perna lg tgk rupa cekur tu... tapi kan akak... ayam tu mmg nampak sedap sesangat tau.. meleleh air liur d buatnya tau.. :)
malu nk ckp, tp nk ckp jugak..sy tak kenal pon daun cekur tu mcm mana.adoi..cemana la nk buat ayam masak cekur ni...
BalasPadammesti masa masak, bau semerbak harumkan
BalasPadambetul tu kalau kita masak tidak seikhlasnya tiada jiwa, jadi tak sedap nanti..penat masak je nanti
bersabar je dengan orang2 yg boleh dikategorikan sakit jiwa
ida,
BalasPadamitulah aroma masakan jawa... he hee resepi sebelah keluarga bonda kak amie
diana,
BalasPadamseronokkan dpt kongsi dlm dunia masakan... macam2 kita jumpa & kenal benda2 yg tak pernah terfikir...
nuwairani,
BalasPadamtak pe...dlm blog masakan mcm2 boleh kita jumpa...cekur ni biasa sebenarnya di selangor terutama dlm resepi ala2 jawa
IXORAROXI,
BalasPadamye yeee...kdg2 kalau kita masak dgn hati tak tenang mcm2 jadi, terpercik minyaklah, terhiris jarilah...
ya Allah!! sedapnya!!! sumpah saya terliur...huhu...
BalasPadamwahida,
BalasPadamjangan lupa bawa tisu kalau dtg dapur amie ye... hehehhe hhehe...hehee