Pages

Isnin, 20 Jun 2011

Sayur Parapa, Ikan Perupu & Sambal Tempoyak

Oleh sebab sudah berhasrat untuk masukkan setiap menu yang dimasak ke dalam blog, walaupun tertunggak kenalah tunaikan juga niat itu. Ini hidangan tengahari Sabtu, tetapi sebenarnya dihidangkan lewat petang sedikit kerana Amie menghadiri mesyuarat dan sambung kursus dalam perkhidmatan sehingga 12.40 tengahari. Sempat singgah di Batu 1, tempat menjual sayur dan buah-buahan.... Amie beli seikat sayur parapa. Kalau ada rakan-rakan yang belum pernah melihatnya, nanti di bawah ini Amie sertakan gambarnya. Sayur parapa (istilah yang diberikan dalam bahasa Bugis - sebab penjualnya keturunan Bugis), sedap dimasak lemak dan juga goreng belacan. Mungkin sayur ini ada di tempat kita, mungkin nama lain. Ada sedikit rasa seperti sayur daun geti atau daun turi. Amie temankan dengan goreng ikan perupu - sejenis ikan yang Amie pun tak tahu apa gelarannya di semenanjung. Banyak tulang tapi isinya lemak. Hidangan tradisional ini Amie gandingkan dengan sambal tempoyak. Sebenarnya tak ada orang jual tempoyak di Sabah, kecuali Amie buat sendiri atau bawa dari semenanjung, itupun kalau lepas dalam penerbangan. Tempoyak yang Amie guna ini pemberian seorang rakan, Ustaz Hasnan.


Bahan-bahan:
1 ikat sayur parapa (petik pucuk muda)
1 biji lobak merah (potong ikut suka)
1 batang serai (diketuk)
300ml santan
segenggam udang kering
4 biji bawang merah (tumbuk)
4 biji bawang putih (tumbuk)
garam & perasa jika suka

Cara:
1. Campurkan kesemua bawang merah, bawang putih, udang kering dan serai  serta lobak merah ke dalam periuk bersama santan.
2. Kacau hingga mendidih.
3. Masukkan sayur parapa dan terus kacau sehingga masak - krang dari 5 minit.
4. Masukkan garam dan perasa.
5. Angkat dan hidangkan panas.


Inilah rupa ikan perupu yang telah digoreng. Temannya dihujung sana tu.... sambal tempoyak. Lama tak makan tempoyak ni.... sampai lupa orang kiri kanan! Dan di bawah ini, sayur parapa yang belum dimasak. Ada pernah jumpa tak sayur ni... apa namanya ye...


2 ulasan:

  1. hisssh sedap2 semuanya.. saya klau time sekolah ni layan menu warong jer amie..

    BalasPadam
  2. dZana,
    he hehe... memang layan menu warung juga, tapi agaknya dah kebiasaan sekurang2nya dlm sehari dapur mesti berasap walaupun sekali... dapur pun amie nak layan juga...kalau tak, tangan ni gatal je...

    BalasPadam