Pages

Ahad, 19 Julai 2026

Sarapan di Hari Minggu Yang Sepi

Bismillahirrahmanirrahim.
Pagi tadi sebaik buka pintu bilik, aroma kuini dari dapur terus menerpa ke hidung. Teringat pula Pulut Kukus & The Gang : Serawa Kuini, Kelapa Parut, Ikan Masin & Kopi Cap Lampu. Tiba-tiba rasa sebak mengenangkan suasana sarapan pagi bersama anak-anak. Ya Allah, lindungilah anak-anakku walau di mana mereka berada. Sesungguhnya hari demi hari rindu yang terkumpul semakin menggunung. Semoga suatu hari nanti ada rezeki untuk bertemu.

Malam tadi Fairuz ke Kota Kinabalu dan akan berada di sana selama dua hari atas urusan kerja. Tinggallah kami bertiga dengan Firdaus di rumah. Kalau ada Fairuz, ada bunyi jugalah rumah. Ditambah dengan Tam Tam, sikucing bulu hitam putih kesayangan dua beradik, tidaklah sunyi suasana.

Hari-hari berada di rumah, rasa tambah sepi.
Kebetulan pula tiada jemputan kahwin atau sebarang majlis yang perlu dihadiri. Jadi, kita tunggu sajalah Encik Suami dari balik briskwalk. Nanti bolehlah ke pasar tani. Sementara itu ke belakang rumah dahulu untuk kutip mangga manila yang jatuh dari pokok jiran.

Buah kuini dan mangga manila.

Pulut Kukus & The Gang: Serawa Kuini, Kelapa Parut, Ikan Masin & Kopi Cap Lampu


Sempat belek-belek entri lama dan terjumpa sarapan Pulut Kukus & The Gang : Serawa Kuini, Kelapa Parut, Ikan Masin & Kopi Cap Lampu seperti dalam gambar di atas. Teringin pula hendak makan pulut dengan serawa kuini. Di LD belum musim durian, jadi gantikanlah serawa durian dengan serawa kuini. Kita pun keluarkanlah bekas berisi beras pulut dari kabinet dapur. Lepas itu termenung sendiri. Maklumlah sekarang selera sudah berbeza. Encik Suami banyak pantang makan. Firdaus pun bukan berminat dengan pulut. Hurmmmm.....

Balik dari pasar tani, masing-masing bersarapan dengan:
Menu Sarapan Pagi

Kapurung

Pegedil Jagung

Firdaus suka makan pegedil jagung. Jadi belilah enam keping. Pegedil jagung ini biasanya dimakan bersama barobbo @ bubur jagung.

Barobbo dengan Pegedil Jagung.

Selain sarapan di datas, kami beli lemang dengan lauk Ayam Masak Lengkuas. Di rumah masih ada serondeng ikan dan serondeng daging. Bolehlah jadi lauk tambahan.

Lemang & The Gang

Cili Merah Sumbat

Sate Ayam

Apabila sudah beli banyak makanan dari pasar Tani, bermakna tak perlulah masak untuk makan tengah hari. Hasrat untuk membuat serawa kuini dibatalkan sebab perut sudah kenyang.... ahaks! Tapi menjelang tengah hari masuk dapur juga. Bukan untuk masak nasi tapi panaskan lemang dalam pengukus supaya jadi lembut. 

Lemang

Pulut Kuini

Sementara menunggu lemang menjadi lembut dalam kukusan, kita kupas buah kuini dan sediakan kepala santan, bubuh sedikit gula dan garam. Tak dapat makan pulut dengan serawa kuini dapat makan pulut dengan kuini pun jadilah.

9 ulasan:

  1. Kemarin saya ada chat dengan teman asal Palopo Sulawesi. Saya cerita ttg kapurung ini yg sering kak Amie makan. Dan teman saya yg memang orang Bugis langsung bilang, nanti kalau saya ke Palopo atau Makasar, dia akan ajak ke rumahnya, utk dimasakin Kapurung. Itu memang makanan khas mereka. Ya Allah macam ingin segera terbang ke Palopo jadinya 😅.

    Penasaran sangat dengan rasa kapurung. Krn di resto Makasar di JKT tak ada yg jual

    BalasPadam
  2. SA x pernah makan serawa kuini...nampak sedap tu...

    BalasPadam
  3. First time pula saya dengar barobba tu. Tekstur nampak macam bubur

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah...rezeki hari minggu

    BalasPadam
  5. Baru tahu ada serawa kuini juga ye. Biasanya serawa durian je. Anak-anak dah besar, susah sudah nak berkumpul. InsyaAllah ada masa nanti dapatlah berkumpul semua.
    Macam cepat je dah musim mangga manila semula. Rasa macam baru je komen pasal mangga nila jiran ni. hihi...kaparung tu macam ambuyat versi sekali dengan kuah.
    meriah betul hidangan sarapan rumah kak Amie. Kalau dah beli, memang banyaklah menu terhidang atas meja tu kan.

    BalasPadam
  6. Sedapnya semua menu kak, dana suka bau wangi kuini tu tapi tak boleh nak makan sangat sekarnag ni

    BalasPadam
  7. Teringin nak rasa kapurung tu macam sedap je.

    BalasPadam
  8. Pegedil jagung tu macam pegedil daging ke amie?. Ke pegedil jagung tu macam cucur jagung. Kalau la pegedil jagung macam pegedil daging tu saya tak pernah cuba. Pegedil memang saya suka.

    BalasPadam
  9. Serawak kuini tak pernah makan sebab selalunya buat sambal belacan atau makan gitu je. Unik sekali barobba.

    BalasPadam