Pages

Ahad, 19 Julai 2026

Sambal Siram Minyak Panas

Bismillahirrahmanirrahim.
Dua tiga hari ini Firdaus asyik sebut Sambal Siram Minyak Panas. Katanya, lama Mommy tak buat sambal yang sedap itu. Jadinya petang tadi kita pun buatkanlah sambal untuk anak bujang kami.

Firdaus tidaklah cerewet dengan lauk yang dihidangkan. Nampak gembira sangat melihat ada Sambal Siram Minyak Panas. Walaupun ikan setakat dimasak rebus tetapi tetap berselera dimakan dengan nasi dan sambal. Selepas makan seperti biasa dia ucapkan: Terima kasih Mommy. Terima kasih Baba makanannya.

Sambal Siram Minyak Panas



Petang tadi masak nasi lauk:
Sayur Tumis Bunga Betik dengan Udang.

Ikan Bolu Masak Kuning Daun Kemangi

Bismillah

Sambal Siram Minyak Panas


Sambal Siram Minyak Panas
Bahan-bahan:
  • 20 tangkai cili padi + 1 tangkai cili merah
  • 1 sudu kecil belacan
  • 2 biji bawang merah
  • 10 biji kacang gajus - kacang tanah pun boleh - ( kalau tak ada kacang, Amie tambahkan tomato)
  • 2 sudu besar jus limau kasturi atau limau nipis
  • garam / gula / perasa pilihan
  • 4 sudu besar minyak masak untuk dipanaskan


Cara Penyediaan

  1. Tumbuk cili padi, cili merah bersama belacan, kacang gajus, garam / gula / perasa pilihan.
  2. Tuangkan jus limau kasturi atau jus limau nipis. Air asam jawa pun boleh.
  3. Panaskan minyak di dalam kuali sehingga keluar sedikit asap.
  4. Tuangkan minyak yang betul-betul panas tadi ke dalam mangkuk berisi sambal.
  5. Gaul rata dan sedia untuk dihidangkan.

18 ulasan:

  1. Saya membayangkan kalau ditambah irisan bunga kantan sedikit ke dalam sambal ini, pasti sedap juga 🤤🤤. Krn saya lagi banyak bunga kantan di rumah. Ok pagi ini nak buat sambal minyak panas campur bunga kantan , makan dengan labu Siam rebus 😍😍🤤

    BalasPadam
  2. Terima kasih Kak Amie resepinya.
    Bahan semua ada di dapur, harap² mambang rajin pun ada ahak!

    BalasPadam
  3. Boleh cuba buat ni sambal minyak panas...

    BalasPadam
  4. Bukan kata firdaus.. kita pun tgk dah rasa mengidam tgk sambal siram tu... nasib kita x berjiran hahaha.. klu berjiran confirm hari² dok jengah tingkap rumah awak 🤣🤣

    BalasPadam
  5. mudahnya cara buat sambal ni. next time nak cuba buatlah!

    BalasPadam
  6. suka mkn pedas ye firdaus...menarik sambal siram minyak

    BalasPadam
  7. Mesti sedap ni.... kalau tak, takkan Firdaus mintak kan. Bunga betik tu dana tak pernah masak gitu, takut pahit kak heheheh

    BalasPadam
  8. seronok mommy bila Firdaus ucap terima kasih.. aunty yang baca pun ikut seronok

    BalasPadam
  9. sambal gini memang sedap sangat kan AMie :)

    BalasPadam
  10. Oo nampak sedapnyaa...
    Lin ingat sambal siram minyak panas tu sambal mantah.. pun sedap juga kannnn

    BalasPadam
  11. Nampak sedap! Nanti nak save resipi ni dan cuba buat. Tapi kalau tak makan pedas boleh ganti cili padi tu dgn cili merah ye tak Kak Amie?

    BalasPadam
  12. Bagusnya Firdaus tak cerewet sangat bab makan. Kita pun ikut selera tengok sambal siram minyak panas ni. Makan dengan menu ikan memang sedap, tak kiralah rebus ke goreng ke kan.
    Berselera makan lauk pauk macam kak Amie masak ni.

    BalasPadam
  13. Sedap2nya. Dah la sedap, berkhasiat plak tu ada bunga betik bagai. Bukak resto je lah Amie. Hihi.

    BalasPadam
  14. Best layan gambar makanan kat sini, tengok pun rasa happy

    BalasPadam
  15. Minyak panas, tapi tak berasap pun?

    BalasPadam
  16. Sambal tu makan dengan ayam goreng pun sedap sangat dah.

    BalasPadam
  17. Unik juga la sambal siram ni. Nampak sedap tu....tak pernah lagi saya cuba bunga betik ni. Macam mana la rasanya....

    BalasPadam
  18. Bagus Firdaus selalu ucap terima kasih bila dapat makan yang di idamkan. Nanti nak cuba lah sambal jirus minyak panas. Unik nama nya. Biasa sambal totok je

    BalasPadam