Pages

Rabu, 29 Julai 2026

Nasi Ayam Tiga Rasa

Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini masak Nasi Ayam Tiga Rasa. Nasinya satu rasa, ayamnya tiga rasa gitu. Mula-mula rebus tiga bahagian ayam untuk dapatkan air rebusannya. Kemudian keluarkan dua bahagian. Satu bahagian tinggalkan dalam periuk supaya masak sempurna. Dua bahagian lagi, satu lumurkan dengan bahan pemerap seperti garam, kunyit, sos tiram, lada putih  tumbuk serta bawang putih dan halia  dan juga sedikit kicap manis. Yang ini akan digoreng. Satu bahagian lagi, lumur dengan sedikit bawang putih dan halia tumbuk, lada putih tumbuk, serbuk cili, serbuk kunyit dan garam serta sedikit stok ayam. Yang ini pula akan dimasukkan dalam air fryer. Kira ayam pangganglah kononnya.

Seterusnya masaklah nasi ayam seperti biasa. Sambil menunggu ayam panggang dan ayam goreng masak, sediakanlah kuah kicap dan sambal nasi ayam. Sudah siap semuanya, hidangkanlah bersama dengan sup baki rebusan ayam tadi,

Untuk resipi Nasi Ayam, bolehlah klik entri di bawah ini:

 

Hidangan Nasi Ayam Tiga Rasa ini untuk kami berempat. Biasanya Fairuz balik waktu malam, tapi petang tadi telefon dan beritahu ada nasi ayam. Katanya, sebentar lagi setelah selesai kerjanya, baliklah dia ke rumah.

Nasi Ayam Tiga Rasa

Lama juga Amie tak masak nasi ayam. Harum semerbak satu dapur dari aroma daun pandan, mentega dan stok ayam dari rice cooker. Amie dengan Encik Suami kongsi ayam rebus. Fairuz makan ayam goreng dan Firdaus makan ayam panggang. Encik Suami menambah nasi beberapa kali. Maklumlah selalu makan nasi lauk ikan dan sayur rebus kurang garam. Petang tadi makan nasi beraroma dan berperasa pula. Tidak mengapalah. Lagi pun pagi tadi Encik suami sudah ke hospital untuk ambil darah. Esok akan datang lagi ke sana untuk keputusannya.

Terima kasih ChatGPT!


Apabila melihat entri lama, terasa berbeza betul gambar-gambar yang diambil. Dulu sebelum PKP agak banyak masa, gunakan kamera dan ada aksesori setiap kali ambil gambar. Sewaktu PKP hingga sekarang main hentam saja ambil gambar gunakan telefon,  asalkan ada... ahaks!

Nasi Ayam - gambar 10 tahun dulu!

26 ulasan:

  1. Guna fon pun cantik ni....
    Orangnya yang kreatif... bukan alatnya....

    BalasPadam
  2. meriah sungguh nasi ayam 3 rasa

    BalasPadam
  3. Wahh first time dengar menu nasi ayam tiga rasa. Rupanya ada 3 jenis masakan ayam. Suka betul bau butter tu kan. Aroma dia tu rasa buat tak sabar nak makan!
    Samalah kita kak Amie. Asal ada gambar je sudah. Dulu rajinlah juga buat food styling bagai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Aroma butter campur daun pandan dan perencah nasi ayam memang cukup menggoda selera. Ya, asal ada gambar, cukuplah.

      Padam
  4. kak Amie guna fon pun cantik gambarnya...ammi gunalah fon apa sekalipun tetap tak berseni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Heheee... ada rupa dalam gambar, cukuplah kan.

      Padam
  5. kak amie kena buat tutorial ambil gambar masakan...semua gambar masakan kak amie nampak cantik dan menyelerakan

    BalasPadam
  6. wahhh...ikan ikan 3 rasa je, ayam pun boleh buat 3 rasa jugak ni..menarik ni...

    BalasPadam
  7. Kak Amie guna phone atau kamera gambarnya tetap cantik² belaka.

    Boleh juga panggil nasi ayam rajin hehe. Kalau saya 1 jenis je la, tak rajin (bukan malas tau :p)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Suka-suka PH, tenfah ada mambang rajin memang begitulah.

      Padam
  8. Tp saya selalu sukaaaaa lihat foto2 kak Amie. Asalkan foto yg asli, bukan AI, memang cantiiiiik dan menggugah selera semuaaa 😍😍. Beda dengan AI. Apalagi latar diganti hitam. Jadi fokus ke gambar lebih sharp.

    Td saya pikir ayam 3 rasa sama seperti ikan 3 rasa, aam manis pedas. Ternyata di masak dengan 3 cara ya kak 😄😄👍. Rajiiiinnya kak Amie nih. Kalau saya , wassalam lah 🤣. Sayur saja selalu dihantam dengan protein, supaya sekali masak 😄

    BalasPadam
    Balasan
    1. Entah dari mana dapat idea masak ayam sampai 3 rasa begitu....ahaks! Gila-gila punya idea ni hihihi.

      Padam
  9. Wah, kreatif betul resepi Nasi Ayam Tiga Rasa Kak Amie ni! Pilihan yang bijak sebab dapat penuhi selera satu keluarga, ada yang suka goreng, panggang, dan rebus. Menarik sangat idea ni, boleh tiru nanti! Terima kasih berkongsi resepi Kak Amie..SA nak cuba...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak terfikir nak masak 3 rasa ni sebenarnya. Waktu rebus ayam tiga ketul baru teringat selera dua anak bujang tu.

      Padam
  10. Gambar macam makan kat kedai. Rupanya masak sendiri. Hebat-hebat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, masak sendiri. Siap masak ambil gambar, lepas tu makan....Bismillahirrahmanirrahim.

      Padam
  11. Kreatif betul idea buat ayam tiga variasi ni! Nampak sangat membuka selera bila beraroma pandan dan mentega. Patutlah suami sampai menambah nasi. Gambar dulu ke sekarang, tetap nampak sedap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Ada sedikit masa terluang bersilat di dapur.

      Padam
  12. wah meriah nasi ayam tu ada ayam 3 rasa...suka nasi ayam..masak sdiri puas makan

    BalasPadam
  13. nasi ayam tiga rasa menyelerakan lama dah tak masak nasi ayam

    BalasPadam