Pages

Jumaat, 24 Julai 2026

Daging Rusa Goreng Kunyit

Bismillahirrahmanirrahim.
Kalau nampak ada sayur dalam mangkuk lauk itu bermakna masak sekali harung. Cukuplah satu lauk makan dengan nasi. Itulah hasil masakan petang kelmarin, Daging Rusa Goreng Kunyit.

Adapun resipi Daging Rusa Goreng Kunyit sama sahaja dengan resipi Daging Lembu Goreng Kunyit :

Daging Rusa Goreng Kunyit.

Pada mulanya hendak masak singgang daging rusa dengan air kelapa tapi tak berbaki pula air kelapa dari lima biji kelapa! Agaknya cuaca agak panas, sedap pula teguk air kelapa yang sudah dimasukkan dalam peti sejuk.Lain kali kena beli setandan kelapalah kalau hendak digunakan untuk masak.

Tidak mengapalah. Lain kali saja kalau hendak masak singgang daging rusa dengan air kelapa. Daging Rusa Goreng Kunyit pun tidak kurang sedapnya. Sayangnya ChatGPT yang tak boleh merasa masakan ini hanya letak garam sahaja dalam masakan. Sebenarnya kita bubuh sedikit gula dan perasa pilihan untuk seimbangkan rasa. Maafkanlah dia... ahaks!

Resipi sebenar Amie sudah kongsikan link di atas.

Daging Rusa Goreng Kunyit janaan AI.

Daging Rusa Goreng Kunyit.

29 ulasan:

  1. Daging rusa Cie suka masak blackpepper. Sedapnya lama tak makan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, macam-macam resipi masak daging rusa. Beegantung selera masing-masing.

      Padam
  2. Masak kunyit mmg kegemaran kami sekeluarga tapi tak pernah lagi cuba daging rusa masak kunyit.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masakan mudah dan ringkas dan memang sedap.

      Padam
  3. Masakan eksotik ni.

    Wah..ada jugak masakan singgang guna air kelapa. Hebat pengetahuan masakan kak Amie.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, saya suka masak singgang air kelapa, rasa lebih segar.

      Padam
  4. Mana dapat stok daging rusa ni amie. Cam sedap je

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada rusa ternak, ada rusa diburu. Saya beli kalau ada orang jual di ladang kami. Tapi tak selalu ada.

      Padam
  5. daging rusa goreng kunyit mengancam selera

    BalasPadam
  6. Apa-apa daging yang masak goreng kunyit, memang sedap. Kegemaran suami saya. Sayur ada sekali, letak banyak-banyak. Boleh menambah nasi.

    BalasPadam
  7. Betul la tu Kak Amie, kalau dah masuk segala sayur tu cukuplah 1 menu pun.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan. Jimat masa dan tenaga. Dijamin sedap hihihi.

      Padam
  8. Sedapnyer daging rusa.
    tentu tak sama rasanya dengan daging tilapia goreng kunyit.

    BalasPadam
  9. Daging rusa ini memang sedaaaap. Tp saya pernah makan dalam bentuk stew di Serbia, dan dalam bentuk dendeng di Aceh. Memang sukaaa lah. Penasaran pula jika dimasak dengan menu lain

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama seperti daging lain. Boleh diolah ikut resipi yang diingini.

      Padam
  10. sy boleh kompem kat mat ayam kunyit foodtruck tak ada jual menu ni ;-)

    BalasPadam
  11. Banyak tu nak beli kelapa..sampai setandan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaaa...ssmya hantu kelapa. Tak cukup beli dua tiga biji.

      Padam
  12. pernah makan daging rusa, tapi dah lama sangat lah... susah juga nak jumpa daging ni

    BalasPadam
  13. Amat jarang makan daging kambing..

    BalasPadam