Bismillahirrahmanirrahim.
Kalau nampak ada sayur dalam mangkuk lauk itu bermakna masak sekali harung. Cukuplah satu lauk makan dengan nasi. Itulah hasil masakan petang kelmarin, Daging Rusa Goreng Kunyit.
Adapun resipi Daging Rusa Goreng Kunyit sama sahaja dengan resipi Daging Lembu Goreng Kunyit :
- Daging Rusa Goreng Kunyit Yang Sedap!
- Daging Goreng Kunyit Tradisional
- Resipi Daging Goreng Kunyit Yang Mudah Tapi Sedap!
| Daging Rusa Goreng Kunyit. |
Pada mulanya hendak masak singgang daging rusa dengan air kelapa tapi tak berbaki pula air kelapa dari lima biji kelapa! Agaknya cuaca agak panas, sedap pula teguk air kelapa yang sudah dimasukkan dalam peti sejuk.Lain kali kena beli setandan kelapalah kalau hendak digunakan untuk masak.
Tidak mengapalah. Lain kali saja kalau hendak masak singgang daging rusa dengan air kelapa. Daging Rusa Goreng Kunyit pun tidak kurang sedapnya. Sayangnya ChatGPT yang tak boleh merasa masakan ini hanya letak garam sahaja dalam masakan. Sebenarnya kita bubuh sedikit gula dan perasa pilihan untuk seimbangkan rasa. Maafkanlah dia... ahaks!
Resipi sebenar Amie sudah kongsikan link di atas.
| Daging Rusa Goreng Kunyit janaan AI. |
| Daging Rusa Goreng Kunyit. |
Daging rusa Cie suka masak blackpepper. Sedapnya lama tak makan.
BalasPadamYa, macam-macam resipi masak daging rusa. Beegantung selera masing-masing.
PadamMasak kunyit mmg kegemaran kami sekeluarga tapi tak pernah lagi cuba daging rusa masak kunyit.
BalasPadamMasakan mudah dan ringkas dan memang sedap.
PadamMasakan eksotik ni.
BalasPadamWah..ada jugak masakan singgang guna air kelapa. Hebat pengetahuan masakan kak Amie.
Ya, saya suka masak singgang air kelapa, rasa lebih segar.
PadamMana dapat stok daging rusa ni amie. Cam sedap je
BalasPadamAda rusa ternak, ada rusa diburu. Saya beli kalau ada orang jual di ladang kami. Tapi tak selalu ada.
PadamDaging rusa senang empuk ye
BalasPadamBetul, terutama yang masih muda.
PadamTak pernah makan daging rusa
BalasPadamJarang ada daging rusa di Malaya.
Padamdaging rusa goreng kunyit mengancam selera
BalasPadamAlhamdulillah. Memenuhi selera.
PadamApa-apa daging yang masak goreng kunyit, memang sedap. Kegemaran suami saya. Sayur ada sekali, letak banyak-banyak. Boleh menambah nasi.
BalasPadamBetul.
PadamRingkas, mudah, dan menyelerakan.
Betul la tu Kak Amie, kalau dah masuk segala sayur tu cukuplah 1 menu pun.
BalasPadamKan. Jimat masa dan tenaga. Dijamin sedap hihihi.
PadamSedapnyer daging rusa.
BalasPadamtentu tak sama rasanya dengan daging tilapia goreng kunyit.
Tentulah lain Wak.
PadamDaging rusa ini memang sedaaaap. Tp saya pernah makan dalam bentuk stew di Serbia, dan dalam bentuk dendeng di Aceh. Memang sukaaa lah. Penasaran pula jika dimasak dengan menu lain
BalasPadamSama seperti daging lain. Boleh diolah ikut resipi yang diingini.
Padamsy boleh kompem kat mat ayam kunyit foodtruck tak ada jual menu ni ;-)
BalasPadamDia jyal menu ayam jew kot.
PadamBanyak tu nak beli kelapa..sampai setandan...
BalasPadamHahaaa...ssmya hantu kelapa. Tak cukup beli dua tiga biji.
Padampernah makan daging rusa, tapi dah lama sangat lah... susah juga nak jumpa daging ni
BalasPadamDi LD pun dah jarang orang jual rusa.
Padam