Pages

Selasa, 7 Julai 2026

Cerita Tulang Lembu

Bismillahirrahmanirrahim.
Pada suatu hari.... sebab lupa entah hari apa... ahaks! Kita balik dari ladang dan seperti kebiasaannya minta khidmat slow cooker untuk masak tulang lembu sebab kita hendak ngorok. Rasanya tulang yang dimasak itu bahagian tengkuk atau kepala. Kita hendak masak sup.

Terpusing-pusing atas katil, mata terpejam tapi tak juga tidur. Dalam tidur-tidur ayam, terlintas pula di kepala alangkah enaknya kalau dapat makan kari tulang lembu. Eh, memang betullah hati kita boleh bolak-balik! Sekejap hendak makan sup, sekejap hendak makan kari pula.

Apabila kita turun ke dapur, tulang sudah empuk sempurna. Apa kata separuh kita jadikan sup dan separuh lagi kita masak kari? 

Wokey!
Petang itu, terhidanglah dua jenis masakan iaitu Sup Tulang Lembu dan Tulang Lembu Masak Kari. Tapi kita hanya makan sup sahaja, tambahkan bihun. Sedangkan Tulang Lembu Masak Kari kita tak usik. Encik Suami lagilah, dua-dua masakan tak sentuh sebab beliau lebih mencintai lauk sup ikan dengan sayurnya sahaja.

Setelah Fairuz dan Firdaus makan, adalah baki Tulang Lembu Masak Karinya dan seperti biasa Encik Suami simpan dalam peti sejuk. Fairuz suka makan bihun dengan sup tulang. Eh, sebut nama Fairuz, si bujang kami ini sekarang out station, berada di Kota Kinabalu. 

Cerita Tulang Lembu


Tulang Lembu Masak Kari

Amie sengaja tambahkan telur dalam Tulang Lembu Masak Kari. Amie gunakan kentang Australia, tanpa buang kulit. Untuk resipinya sama sahaja masak tulang dengan masak daging, termasuk daging rusa atau kerbau. Cuma kalau hendak masak tulang, gantikanlah bahan tersebut dengan tulang. Bolehlah klik entri di bawah ini:

Sup Tulang Lembu


Bihun Sup Tulang Lembu

Baki Tulang Lembu Masak Kari

Keesokan petangnya, balik dari ladang singgah beli roti canai dan roti paratha. Bolehlah makan dengan baki Tulang Lembu Masak Kari. Amie panaskan lima keping roti canai dalam kuali dan kemudian masukkan dalam air fryer selama lima minit.

Ya ampun! Roti canai menjadi gebu dan rangup!  Habis lima keping roti canai Amie makan berdua dengan Firdaus sahaja. Waktu itu Fairuz belum pulang dari kerja. Jadi sempatlah Amie panaskan roti paratha dalam kuali dan kemudian masukkan dalam air fryer supaya lebih kembang.

Rupanya roti canai ready made jenama Kawan tersangatlah sedapnya! Tak tahulah kalau setakat dipanggang atau dipanaskan atas kuali, sebab Amie pindahkan dari kuali ke air fryer untuk hasil yang lebih gebu dan rangup.

Roti Canai jenama Kawan.

Roti Canai & Tulang Lembu Masak Kari

Rasa Tulang Lembu Masak Kari sudah tentulah lebih sedap sebab dipanaskan semula dan meresap mesra segala rasanya. Ditambah pula dengan roti canai yang gebu dan rangup! Cukuplah, tak perlu cari nasi.

5 ulasan:

  1. Jenama kawan memang sedap... Kalau dipanaskan atas kuali je pun dah ok.. dulu memang selalu la ada stok dekat rumah, sekarang dah tak buat.. hihi..kita jarang balik

    BalasPadam
  2. Terliur tgk roti paratha dengan kari tulanh lembu tu

    BalasPadam
  3. Roti canai tu tengok pun tau sedap... empuk semacam je...

    BalasPadam
  4. Bila hati berbolak balik tu lah payahnya. Mana satu nak dituruti. Kita pun jadi pening. Sekali dua terus Kak Amie masak. Senang tak bergaduh dengan otak.Lepas dah simpan sehari tu memang lagi sedap, pekat kuahnya. Sedap tengok masakan Kak Amie. Tumpang tengok pun dah sedap apatah lagi dapat makan.

    BalasPadam
  5. Roti canai terasa nak makan, enak nya tu..

    BalasPadam