Pages

Jumaat, 8 Mei 2026

Perut Masak Lemak dengan Rebung

Bismillahirrahmanirrahim.
Semenjak menginjak usia nenek-nenek ini (Nenda Hamzah), kita lebihkan rehat berbanding makan... ahaks! Maksudnya setelah pulang dari ladang, manjakan diri dengan berehat sekurang-kurangnya sejam. Di LD, waktu asar hari ini pukul 3:25 petang. Jadi, selepas solat asar barulah masuk dapur. 

Petang tadi Amie olah Perut Masak Lemak dengan Rebung. Sebenarnya Amie rebus perut sekali harung dengan rebung. Apalagi! Gunakan saja slow cooker. Tekan butang 'high' dan biarkan masak hingga lembut selama dua hingga tiga  jam. Amie nyahbeku kepala ikan dan daging ayam. Pada masa yang sama, boleh berehat-rehat di bilik! 

Jadinya, apabila masuk dapur bolehlah terus masak nasi serta lauk.


Perut Masak Lemak dengan Rebung.

Kalau makan di luar, nampak lauk perut masak lemak memang tak lepas peluang kaut dalam pinggan nasi. Jadi, apabila masak sendiri di rumah bolehlah makan puas-puas.

Hidangan Tengah Hari / Malam

Ayam Goreng Daun Kari

Pukul 5:30 petang sudah tersedia hidangan di meja makan. Antaranya Ayam Goreng Daun Kari kesukaan Firdaus. Memang semerbak sungguh aroma Ayam Goreng Daun Kari. Kombinasi hirisan daun pandan dan daun kari yang digorengkan sebelum ayam diangkat cukup menggoda selera!


Sup Kepala Ikan Jenahak

Oleh kerana Encik Suami selalu pesan supaya kurangkan penggunaan minyak dalam masakan, Amie pun masakkan untuiknya Sup Kepala Ikan Jenahak. Aduhai! Petang tadi Encik Suami menambah-nambah nasi dalam pinggan! Dua tiga ketul juga bahagian kepala ikan masuk ke pinggannya.

Nasi Putih

Sebenarnya Amie pun menambah juga nasi dua tiga kali dalam pinggan sendiri.... ahaks! Sebab apa? Sebab Perut Masak Lemak dengan Rebung di bawah inilah puncanya!

Perut Masak Lemak dengan Rebung

Resipi perut @ babat boleh rujuk di bawah ini:

8 ulasan:

  1. Kihkih.. salah sendiri... masak sedap sangat..kann dah menambah²ðŸ˜…

    BalasPadam
  2. Sesekali menambah xpe kak amie...lamanya x makan masak perut babat dengan rebung...

    BalasPadam
  3. Alahai sedapnya la masak lemak perut tu. Perut masak apa pun Cie suka. Kerabu, masak asam. Semua la suka.

    BalasPadam
  4. sedapnyer masak lemak perut dgn rebung nih,. nyum2

    BalasPadam
  5. Menarik sungguh hidangan. Kalau sayapun dapat hidangan macam ni memang bertambah-tambah jadinya.

    BalasPadam
  6. Sedap sungguh sampai menambah2 nasi

    BalasPadam
  7. Perut atau babat masak lemak dan rebung itulah fav saya, memang bisa bertambah 🤣🤣. Kalau dah masak lemak, apapun lauk nya pasti sedap ya kak. Sukaaaa. Rebung nih pula susah dpt kalau di jakarta. Ntah mana lah hrs cari.

    BalasPadam
  8. kalau sy mkn ni sy pilih perut je hehehe sejenis yg tak mkn rebung ;-)

    BalasPadam