Pages

Rabu, 13 Mei 2026

Ikan Lumahan Panggang Sumbat Sambal Tomato

Bismillahirrahmanirrahim.
Encik Suami memang sentiasa menjaga diet pemakanannya setiap hari. Dalam hal ini memang Amie berasa kagum sebab beliau sangat berdisiplin. Kalau dahulu, setiap kali makan jarang nasi dan lauk-pauk tidak habis, tetapi sekarang nasi selalu berbaki, dan lauk yang dihabiskannya hanya yang dimasak rebus sahaja. 

Petang tadi Amie hendak panggang ikan lumahan, tetapi Encik Suami mahu ikan rebus dengan sayur. Amie kata boleh jew makan ikan panggang. Encik Suami bertanya semula : Gunakan minyak jugakah untuk panggang ikan? Amie jawab, sudah tentulah tapi sikit saja. Takut kulit ikan melekat di kuali dan tertanggal. 

Encik Suami sudah keluarkan sayur sawi dan rendam ikan batu. Maknanya memang hendak makan nasi lauk ikan rebus jugalah.

Ikan Lumahan Panggang Sumbat Sambal Belacan

Hidangan Tengah Hari / Malam

Masak Lemak Pucuk Paku

Singgang Ikan Batu

Nasi Putih & Telur Masin

Encik Suami suruh panaskan baki telur masin yang disimpan dalam peti sejuk. Amie masukkan ke dalam rice cooker ketika nasi mula mengering.

Untuk segala jenis ikan sumbat termasuk sumbat sambal kelapa dan sambal belacan, sambal tomato dan sebagainya boleh klik link di bawah ini:
Ikan sumbat belakang ini sebenarnya boleh gunakan ikan selain ikan cencaru. Amie pernah makan ikan tuna sumbat sambal kelapa sewaktu berkunjung ke Pulau Sakar beberapa tahun lepas. 

Entri lama - Ikan Cencaru Sumbat Sambal Tomato

Teringat sewaktu besan kami dari Gombak datang ziarah kami pada bulan puasa yang lalu, terdengar Encik Suami berkata kepada kedua-dua besannya :

  • Di rumah ini banyak doktor yang jaga pemakanan saya.
  • Orang lain makan sedap-sedap, saya makan rebus-rebus saja.
Mungkin waktu itu teringin makan seperti biasa, tetapi disebabkan keadaannya yang kurang sihat dan perlu kurangkan pengambilan garam dan minyak, terpaksalah ikut cakap 'doktor' yang menyediakan makanan hariannya.

Sekarang, Encik Suami sudah terbiasa dengan amalan pemakanan menyihatkan sehingga tidak sudi menjamah makanan bergoreng.... ahaks! Mudah-mudahan janji temu dengan doktor di penghujung Mei nanti akan membuahkan keputusan kesihatan yang lebih baik.

6 ulasan:

  1. Okeh... waktu untuk gugel ikan lumahan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sha pun google dulu ikan Lumahan tu ikan apa.. kikiki

      Padam
  2. ikan sumbat ini, apa jenis pun sedap.. Lama pula Sha tak buat masak lemak pucuk paku..
    Telur masin tu pun sedap..
    Semoga keputusan kesihatan suami kak Amie baik-baik sahaja.. Aamiin..

    BalasPadam
  3. Bagusnya suami Kak Amie, betul2 berdisiplin jaga makan. Mungkin jugak masakan rebus tu dah kena dengan seleranya. Macam saya dulu2 suka makanan deep fry dan berkuah, tapi akhir-akhir ni saya lebih suka makanan digoreng dalam air fyer dan tak berapa berkuah.

    BalasPadam
  4. Masak lemak dan singgang sedapnya Kak Amie. Bagus dan berdisiplin suami Kak Amie jaga makan.

    BalasPadam
  5. masakan rebus-rebus kak amie pun menarik boleh buka selera makan..

    BalasPadam