Bismillahirrahmanirrahim.
Dua minggu lepas kami beli seekor itik dan akan diolah setelah Fuad sampai ke LD. Fuad suka itik panggang tetapi Encik Suami lebih sukakan itik goreng. Oleh kerana Encik Suami simpan ketuhar di dalam stor belakang rumah, jadi malaslah pula hendak selongkar. Encik Suami suruh rebus itik dan kemudian goreng. Mungkin beliau teringat masakan itik air tangan arwah ibunya. Memang lama jugalah Amie tak masak itik gaya arwah MIL.
Antara resipi masakan itik yang Amie pernah kongsi ada di sini:
 |
| Itik Goreng & The Gang |
 |
| Itik Goreng |
 |
| Itik Goreng baru diangkat dari kuali. |
 |
| Sos Plum |
Minta tolong Firdaus buatkan Sos Plum - Cili Padi + Bawang Putih + Sos Thai Maepranum + Sos Plum + Gula + Garam + Perasa + Air Panas + Jus Limau Nipis. Wangi jew baunya.
 |
| Salad Campur |
Minuman panas ini campuran daripada : Longan Kering + Barli + White Fungus + Biji Teratai + Kurma Merah + Lo Han Guo. Fuad kata, patutlah dapur bau wangi, rupanya Mommy masak minuman buang panas ini dalam slow cooker. Memanglah harum berganda sebab kita bubuh daun pandan.  |
| Bismillah |
Maka berakhirlah sudah Ramadan Mubarak 1447H. Semoga amal ibadat kita sepanjang bulan nan mulia ini diterima Allah. Sebagaimana keikhlasan kita, semoga mendapat ganjaran sebaik-baiknya daripada-Nya. In syaa Allah.
Selamat menyambut Syawal 1447H.
Sedap nya itik kalau digoreng dan isi nya lembut..
BalasPadamBetul.
PadamSelamat hari raya. Maaf zahir & batin.
BalasPadamSelamat hari raya juga. Maaf zahir batin .
PadamSajian menggoda ni..Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin
BalasPadamSelamat hari raya. Maaf zahir batin.
PadamAlhamdulillah sedapnya nampak. Nak cari sos plum dari awal ramadan x jumpa
BalasPadamMoga berjumpa juga dengan sos plum.
PadamBaca mula² ingat sos plum dalam.botol.. rupanya homemade.
BalasPadamOh, lupa tulis sos plum. Memang bubuh sos plum dari botol.
Padam