Pages

Rabu, 4 Februari 2026

Makan Tengah Hari di Me'nate Steak Hub Puncak Alam

Bismillahirrahmanirrahim.
Pada 05 Januari 2026, kami pulang ke kampung ikut Puncak Alam. Fuad yang memandu ketika itu ternampak Me'nate Steak Hub. Dia sengaja berpusing dua kali di kawasan itu. Katanya hendak memastikan bahawa itu betul-betul Me'nate. Tak sangka Me'nate Steak Hub sudah ada di Puncak Alam.

Katanya, sebelum balik ke Sabah, dia hendak bawa kami makan di situ. Katanya lagi, September 2025 sewaktu ulang tahunnya, ada seorang kawan belanja makan di Me'nate tapi Amie tak ingat Me'nate cawangan mana. Memang Fuad ada kongsi gambar menu yang dimakan. Amie tak dapat lupa apabila Fuad beritahu daging yang dimakan, cair di mulut. Maknanya, sangat lembut kot! Tapi Amie tidak pula membayangkan akan makan di tempat yang Fuad maksudkan.

Apabila asyik di sebut Me'nate pagi dan petang, terasalah Fuad memang bersungguh-sungguh hendak bawa kami makan di situ. Teringat pula diri sendiri, kalau makan sesuatu yang sedap kita pun hendak orang terdekat yang disayangi untuk makan sama!

Antara menu yang dipesan.

Sebelum ini memang pernah sesekali dengar nama Me'nate, yang menawarkan hidangan dari daging berkualiti premium. Dengarnya harga sekeping daging sampai beratus ringgit. Rasa tidak sampai hati pula memikirkan Fuad terpaksa keluarkan banyak wang untuk bayar harga makanan di situ. Diam-diam kita peruntukkan beberapa ratus supaya Fuad tidak bayar harga keseluruhan.

Kesempatan keemasan, masa yang sangat berharga apabila dapat bersama-sama.

Semua ada di sini kecuali Abang Farid. Abang Farid urus janji temu Hamzah di Klinik Kesihatan Tronoh pada 06 Januari 2026. Pada 08 Januari pula ada janji temu Hamzah di Hospital Selayang pula. Jadi, pada hari ini 07 Januari 2026 bersamaan hari Rabu, Abang Farid bertolak dari Tronoh dan akan menyusul kami di KLIA1 pada sebelah petang nanti.

Makan bersama anak-beranak.

Me'nate Steak Hub Puncak Alam

Menanti hidangan yang dipesan tiba di meja.

Makcik pun hendak bergambar kenangan juga di sini.


Menu pilihan kami:



Me’nate Steak Hub Puncak Alam menawarkan pelbagai jenis stik, termasuk USDA Prime, Wagyu Australia dan kambing New Zealand. Harganya memanglah arah kayangan! Amie hanya ambil gambar bawah kayangan sedikit. Yang atas kayangan itu ada yang sampai RM600+++ sekeping.

Gambar bawah itu Wagyu Ribeye RM298.00, sebelahnya RM280.00.



Angus Striploin RM100+++


Minuman pilihan:
  • Classic Lemon Iced Tea
  • Hausboom Mango
  • Lemon Grass & Ginger - Hot
  • Honey Lemon - Hot

Fairuz - Classic Lemon Iced Tea

Encik Suami & Fuad - Honey Lemon - Hot

Amie - Lemon Grass & Ginger


Sementara menunggu pesanan siap dimasak, anak-anak makan Curly Fries dulu.

Amie - BBQ Angus Striploin


Fuad yang pilihkan Angus Striploin untuk Amie, tetapi Amie hanya makan beberapa hiris sahaja. Selebihnya Fuad tolong habiskan kerana Amie minta Lamb Ribs Fuad. Sedap pula, sangat lembut dan cukup rasa!

BBQ - Angus Striploin

Firdaus - BBQ Lamb Loin


Menu pilihan Firdaus pun sangat menggoda selera! Dia tidak toleh kiri-kanan lagi, terus makan sampai menjilat jari!


Lain kali kalau ada rezeki datang ke sini lagi, Amie hendak pilih kambing saja! Eh, berangan pula hendak datang lagi... ahaks!

Fuad - Super Premium Lamb Ribs


Lembut betul kambing Fuad ini sampai bercerai tulang dari isinya.

Encik Suami - Salmon Pistachio


Encik Suami tidak mahu daging lembu atau kambing, sebaliknya hanya memilih ikan salmon sahaja. Set Salmon Pistachio Encik Suami kelihatan seperti taman dalam pinggan!

Salmon Pistachio penuh warna-warni.

Fairuz - BBQ Grain  Fed Beef Back Ribs


Macam sedap jew melihat Fairuz makan hidangannya.

Cantik sempurna hidangannya.




Tiada yang lebih menggembirakan hati kedua-dua orang tua melainkan melihat anak-anak dalam keadaan rukun dan damai. Semoga ikatan persaudaraan di antara mereka terus berkekalan dua dan akhirat,


Jumlah kesemuanya RM579.40 sen. Amie tambah bayaran. Fuad pula kata akan bagi duit untuk beli kelengkapan sekolah Firdaus. Baru teringat, waktu itu belum beli pakaian sekolah Firdaus! Alhamdulillah.



13 ulasan:

  1. Alaaaa... jangan la guna title makcik... kakak lagi tu....
    Hai Daus!

    BalasPadam
  2. Setujuuu yg dibilang uncle, mana ada makcik, masih terlihat muda kak Amie 😄👍.

    Seriiiiing baca ttg menate. Saya dan suami pun penyuka steak, apalagi yg premium begini. Okelaah, kalau ke KL atau Penang, nak coba steak ini.

    Saya salfok (salah fokus) lihat piringnya, bagian dasar berwarna biru yaa? Saat lihat foto2 yg pertama, saya pikir kuah apa berwarna biru. Ternyata warna piringnya 😄👍

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah...rukun sekeluarga. Semoga bahagia hingga akhir hayat. Sedapnya semua hidangan

    BalasPadam
  4. makanan premium ok la dengan harga tu. nampak sedap dan menyelerakan.

    BalasPadam
  5. Semua nampak berselera makan alhamdulillah... Betullah Kak Amie, kita kalau makan sedap² mesti teringat org tersayang kan

    BalasPadam
  6. Waaaah cantiknya kak.... pic profile baru kak
    Wah sedap nampaknya tu, jarang dapat tengok semua anak berkumpul gini... almaklum masing-masing jauh kan. Cuma itulah abg farid lak tkde mengurus hamzah comel. Nampak sedap, harga tu berpatutan la dengan semua menu yang di pesan ye kak, memang nampak premium

    BalasPadam
  7. Saya pun ikut bahagia tengok kak Amie dan anak-anak.
    Harganya berpatutan dengan makanan premium dan tempat makan selesa.

    BalasPadam
  8. wah sedap semua menu daging menate

    BalasPadam
  9. Oh, mcm tu rupanya nk order di situ.. rupanya kita pilih sendiri.. pernah lalu je di yg area bangi tp x singgah

    BalasPadam
  10. Steak di Menate ni memang sedap dan mantap. Fuad, nak ibu angkat tak?

    BalasPadam
  11. Alamakssss... sedap nengok. Dihidang pula atas pinggan warna gitu. Ada kelainan.

    BalasPadam
  12. Drooling tengok semuanya sedap2 di Me'nate ni Kak Amie. Memang seronok kalau dapat makan bersama anak2 kan.

    BalasPadam