Pages

Ahad, 8 Februari 2026

Berkumpul Anak-Beranak di Sama-Sama Hotel

Bismillahirrahmanirrahim.
Catatan kenangan 07 Januari 2026 - Rabu.

Kami kembalikan kereta sewa di Suria Car Rental KLIA1 sebelum pukul dua petang dan kemudian daftar masuk Sama-Sama Hotel. Alhamdulillah walaupun sepatutya masuk selepas pukul tiga petang tetapi kami diterima masuk lebih awal, sebelum pukul dua.

Sebelum ini, kami pernah menginap di sini satu malam sebelum keesokan paginya terbang ke Sharjah Airport pada 26 Disember 2025 : Bermalam di Sama-Sama Hotel KLIA1 Sebelum Terbang ke Sharjah Airport



Gambar atas : Keadaan beg selepas bermusafir. Nampak kembung sedikit.
Gambar bawah : Keadaan beg selepas bermusafair. Nampak agak kurus.


Apa agaknya yang difikirkan Firdaus ketika ini?


Tidak lama kemudian Abang Farid bersama Aseeyah dan Hamzah sampai dari Tronoh. Sebelum meneruskan perjalanan ke Gombak, rumah mentuanya, Abang Farid singgah di Sama-Sama Hotel. Esoknya, Hamzah ada janji temu di Hospital Selayang


Walaupun kami berkumpul anak-beranak di sini tetapi bilik tidaklah penuh sesak. Keadaannya yang luas memudahkan untuk anak-anak solat dan bersihkan diri serta berehat seketika. Hamzah pula asyik berlari ke sana sini. Seronoklah dia sebab semua orang melayaninya.


Tidak lama kemudian katil dipenuhi oleh Tok Baba sampailah ke cucunda, Hamzah!


Fuad dan Firdaus tidak mahu ketinggalan.


Semua hendak menyelit di situ!


Sekarang, tiga generasi bersusun di atas katil.


Gambar-gambar ini sangat menghiburkan hati apabila ditatap semua. Rupanya kenangan ini sudah sebulan berlalu.

Selamat berhujung minggu!








12 ulasan:

  1. Ayah Hamzah rindu nak tido sekatil dengan atok Hamzah.. bila tengok gambar ni, mesti kak Amie terasa masa cepat je berlalu..tiba² dah ada cucu...

    BalasPadam
  2. Semua hero. Amie dan menantu jela heroin.

    BalasPadam
  3. Suatu masa bila anak-anak tengok gambar ini mesti rindu untuk berkumpul begini.

    BalasPadam
  4. Ramai lelaki memang havoc la, Kak Amie. Terpancar kebahagiaan di wajah masing².

    BalasPadam
  5. Kak Amie confirm yg tercantik di keluarga yaaa, dikelilingi lelaki gagah semua 😄👍👍

    Memang luas sangat kamar di hotel ini. Teringin nak coba kalau nanti transit di KLIA

    BalasPadam
  6. Biarpun dah sebulan, namun kenangan bersama anak2 dan cucu memang akan sentiasa diingati. Dengan foto2 yang dirakam, dapat mengubat rindu pada anak2 yang jauh.

    BalasPadam
  7. sian Tok Baba hampir nak jatuh katil sebab di hujung sekali. Memori macam ni kan di kenang sepanjang hayat.

    BalasPadam
  8. semua nak bermanja dgn tok baba nampaknya

    BalasPadam
  9. boys over flower... kak amie laa si bunga tu ;-)

    BalasPadam
  10. Seronok Hamzah ye manja2 ngan Tok Baba dia...sesekali berkumpul macam ni seronok kan kak

    BalasPadam
  11. Seronok anak beranak atas katil. 😊

    BalasPadam