Bismillahirrahmanirrahim.
Catatan 06 Januari 2025 - Selasa.
Wak Aton ajak kami keluar makan di Kampung Melayu Subang. Fuad dengan Fairuz ada urusan lain. Firdaus asyik bersama sepupunya. Encik Suami pula hendak di rumah sahaja. Jadi, hanya Wak Aton dengan Amie sahajalah ke Kampung Melayu Subang. Wak Aton hendak belanja makan di Kunak Western Food. Katanya makanan di sini sedap dan murah. Wak Aton sudah beberapa kali makan di sini. Pelanggan sentiasa penuh dan kadang-kadang tidak ada tempat letak kereta di situ.
Kunak Western Food dibuka pada pukul 4:30 petang. Kami sampai ke sana tepat pada waktu tersebut dan sudah ada pelanggan berada di situ.
Setahu Amie 'Kunak' ini nama daerah di pertengahan jalan antara Lahad Datu dan Tawau. Ada juga nama 'Kunak' di Kampung Melayu Subang. Apabila Amie tanya pelayan di situ, katanya tuan punya kedai memang berasal dari Kunak, Sabah manakala isterinya orang sini. Itulah agaknya diletak nama Kunak Western Food.
Amie pilih Lamb Chop. Memang betul kata Wak Aton. Harganya murah. Lamb Chop yang Amie pesan harganya dalam RM20.00 sahaja. Lengkap dengan coleslow, kentang goreng dan kentang lenyek.
Puas hati dapat makan lamb chop di sini! Dagingnya agak tebal tetapi lembut.
| Sos Lada Hitamnya cukup rasa dan pekat. Lebih kurang sama rasa Sos Lada Hitam yang selalu Fuad buat. Sedap! |
Pada mulanya Wak Aton memesan spaghetti tetapi apabila sampai di meja, seleranya berubah pula! Amie pun tak ingat apa nama set menu yang Wak Aton pesan, Rasanya ada ayam goreng atau ayam panggang... kalau tak silap.
Wak Aton kata, dia hendak pesan menu lain. Pesanannya yang pertama tadi dia minta bungkus. Katanya nanti bolehlah Amie makan di rumah....aduh Wak!
Inilah menu pesanan Wak Aton yang kedua. Spaghetti Aglio Olio Seafood, tetapi ada ayam panggang juga.
| Ada kupang dan udang. |
Wak Aton kata, dia tak berani makan udang. Katanya mungkin udang palsu seperti telur tiruan! Heh! Ada-ada sahaja Wak Aton ini. Tak pernah lagi kita makan udang tiruan. Disuruhnya Amie makan. Apalagi, Amie pun makanlah seekor. Udang ini jenis udang bemban yang kenyal dan manis. Wak Aton tetap tak mahu makan. Jadi, Amie pun makanlah semua!
| Jus Epal Asam Boi & Lemon Asam Boi. |
Jumlah kesemuanya RM59.00. Memang betul, makanan di sini harga murah tapi rasa sedap. Sewaktu kami tinggalkan Kunak Western Food, semua tempat letak kereta telah penuh sampai ke jalan luar.
Pernah lalu kampung melayu subang. Rupanya ada kedai western yang murah. Berbaloi la kalau sedap.
BalasPadamSeronok kakak² bila adik kesayangan mereka balik kampung ye... Belanja sana, belanja sini :)
BalasPadamNampak sedap belaka makanan²nya
Wak Aton ni memang scam akak ni. dia sengaja pesan lepas tu takmo makan sudahnya akak yang kene makan. Sayang betul dia kat akak ye... belanja makan, betul2 menyantuni lah kan.
BalasPadamIngatkan Wak Aton datang ke Kunak ,Sabah🤭
BalasPadamLamb chop tu kan sangat menggoda jiwa lah Kak Amie
BalasPadamsedap dan murah.. memang kombinasi terbaik lah
BalasPadamwak aton macam mak saya,risau udang palsu,telur palsu,beras palsu...
BalasPadammenu sedap harga berbaloi mmg terbaik
BalasPadamEh lihat porsi besar betul, tp harga muraaaaah ya kak Amie 😍😍😍😍😍. Ihhh memang best nak makan sini. Apalagi sedaaap. Saya sukaaa lamb chop. Tp di sini agak susah menemukan restoran steak yg juga menyediakan lambchop.
BalasPadamKalau udang palsu saya tak pernah rasa juga. Tp pernah lah pas di Beijing dulu, saya ke KFC di sana. Pesan ayam nya. Pas saya coba, ntah kenapa rasanya macam karet. Seriuuus itu ayam KFC yg paling tak bisa saya terima 😅😅😅. Padahal kalau coba KFC di negara manapun, semua sedap, kecuali yg di Beijing ini.
Saya baru tau namanya udang bemban. Semua makanannya nampak menyelerakan. Tapi memang kena awal la kan sebab supaya mudah parking
BalasPadamKelakar Wak Aton ni, boleh tiba² tukar menu pulak ya.
BalasPadamHaaa.. sampai dah Kak Amie ke sana. Sedap kannn..Tempat yang sekarang sempit sikit. Sebelum ni kat medan selera luas tempatnya. Namun pelanggan tetapnya masih cari walau dia pindah tempat. Signature menu dia Baby Chicken chop. Walaupun baby tapi puas makan. Kalau order Chicken Chop dia bagi 2 keping. Saya biasa pesan chicken grill je.
BalasPadam