Pages

Khamis, 23 Oktober 2025

Makan-Makan Santai : Dari Fish & Chips ke Smoked Duck Carbonara

Bismillahirrahmanirrahim.
Keluar dari ladang, tidak terus balik ke rumah. Firdaus pula tidak ke sekolah agama. Jadinya bawa sajalah ke kedai di bandar sebab Amie hendak melihat plak dan minta quotation untuk tempahan hadiah sempena program untuk panitia. Selesai urusan kami ke Bandar Sri Perdana untuk mengambil geran rumah setelah selesai bayaran pinjaman selama 20 tahun dengan LPPSA. Terkejut juga melihat geran rumah yang panjang berjela dan berlipat-lipat pula. Alhamdulillah. Selesai hutang!

Sebelum ambil geran rumah, kami jalan-jalan cari makan dahulu di Perdana Square. Menu pilihan kami:
Menu pilihan makan tengah hari.

Jus Lobak Merah - RM16.00



Firdaus hendak minum Jus Lobak Merah, jadi kami pilih satu jug Jus Lobak Merah. Minum bertiga pun tidak habis sebab banyak dan mengenyangkan pula. Encik Suami yang pada mulanya minum air kosong turut membantu habiskan Jus Lobak Merah.

Firdaus - Cheesy Chicken RM27.00

Besar juga ayam gorengnya. Kata Firdaus, sedap dan mengenyangkan.

Amie - Fish & Chips RM26.00

Ikan, kentang goreng dan salad melengkapi hidangan yang mengandungi karbohidrat, protein dan fiber.

Encik Suami - Smoked Duck Carbonara RM19.00

Encik Suami sangat berpuas hati sebab banyak hirisan itik salai, berkrim dan beraroma asap.

Menu tambahan - Chicken Wings RM15.00

Amie banyak makan Chicken Wings sebab menaikkan selera!

Bismillah

Bahagia itu sesederhana hidangan yang dinikmati penuh rasa santai. Alhamdulillah.

13 ulasan:

  1. Ya allah seronoknya dah habis bayar runah ye Kak Amie, SA masih ada RM129k lagi..jenuh nak habiskan...sedap semua makanan tu...smoked duck carbonara tu nampak tempting betul

    BalasPadam
  2. Wah...seronoknya rumah dah habis bayar...Linda baru mula bayar 2024 hari tu..baru 2 tahun...

    BalasPadam
  3. Tahniah, Kak Amie.. dah habis bayar hutang rumah. Sedap² pulak makanannya lepas bayar hutang, perut kenyang, hati manyak senang, hutang sudah habis bayar.

    BalasPadam
  4. Geran rumah saya di Sarawak cuma sekeping kertas A4 je. Kenapa agaknya sampai berjela2 geran rumah LPPSA ye 😅

    Semua makanan nampak sedap!

    BalasPadam
  5. Nampak chicken wings tu rangupnya.....smoked duck carbonara tu menarik juga sebab tak pernah cuba.

    BalasPadam
  6. kalau tengok segala makanan kat akak ni memang terliur

    BalasPadam
  7. Sedap-sedap tengok hidangan santapan. Alhamdulillah, selesai bayar rumah.

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah.... selesai hutang sebelum pencen.

    BalasPadam
  9. Selamat kak Amie, dah lunas pinjaman rumah. Legaaa memang kalo dah selesai ☺️.

    Sedapnya nampaaaak 😍. Cuma jus lobak merah atau wortel ini yg saya tak bisa minum sampai skr 🤣..kalo dibuat sup saya bisa makan asalkan potong kecil2 🤭. Kalo potongan besar tak sanggub, apalagi di jus, rasa langu wortelnya masih kuat berasa 🤣

    BalasPadam
  10. Wah...biasanya kalau dah setlte2 hutang piutang ni persediaaan nak jadi YB tu cikgu...Semoga dimudahkan urusan

    BalasPadam
  11. Dalam banyak-banyak tu Smoke Duck Carbonara paling terliur huhuu :D

    BalasPadam
  12. alhamdulillah, lega dah habis bayar pinjaman rumah!
    sedapnya semua menu2 western, especially smoke duck carbonara tu. yummm

    BalasPadam
  13. Alhamdulillah..semua makan dengan penuh ketenangan..sesuai dengan tempat dan citarasa..

    BalasPadam