Pages

Rabu, 22 Oktober 2025

Pemenang Jom Teka Berat Mangga Udang Lagi!

Rakan-rakan blogger yang disayangi dan selalu di hati. Minggu lepas, sebelum tutup dapur untuk beberapa hari, kita sempat tinggalkan entri Jom Teka Berat Mangga Udang Lagi! Sekarang kita sudah balik ke sarang dan tibalah masanya untuk umumkan pemenang yang bertuah itu!

Sebelum itu kita lihat dahulu berat sebenar dua biji mangga udang di bawah ini. Eh, sepatutnya sebelum itu ucapkan dahulu terima kasih kepada yang sudi meneka. Tepat atau tidak tepat itu cerita lain. Yang penting turut sama memeriahkan suasana... ahaks!

Teka Berat Mangga Udang



Mangga Udang A beratnya 1.557 kg.



Mangga Udang B beratnya 2.000kg.


Mari kita campurkan berat kedua-duanya: 1.557 + 2.000 = 3.557
Jadi, berat sebenar dua biji mangga udang ialah 3.557 kg!

Jawapannya ialah = 3.557 kg.

Tiada peneka yang tepat tetapi ada yang meneka hampir tepat. Siapakah peneka bertuah itu? Tahniah buat blogger Tot @ Nur dari blog SECAWAN KOPI, SEKEBUN CERITA. Nur teka hampir tepat iaitu 3.6 kg. Terlebih berat sikit saja iaitu sebanyak 43 gram.




Nur, jangan lupa emelkan details ke emel salamiez@gmail.com
Kirimkan nama penuh, alamat dan nombor telefon.

20 ulasan:

  1. Hebatnya meneka blogger kita ni Tot..tabik lah, dengan Tot..tahniah..rezeki dia

    BalasPadam
  2. Tahniah kepada pemenang.. terbaiklah 👍👍

    BalasPadam
  3. Wah, saya hampir dekat. Besarnya mangga udang yang kedua tu, sampai 2 kilo. Memang puas makan ni. Baik, nanti saya email ya, kak Amie. Terima kasih. 😍

    BalasPadam
  4. Tahniah kak Nur...
    Puas makan buah mangga nie

    BalasPadam
  5. Tahniahhh
    Berattt mcm baby baru lahir he heee

    BalasPadam
  6. Tahniah !!!
    kepada peneka yang berjaya..
    Nanti mangga udang berbuah...buat peraduan lagi ye cikgu🤭🤣

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah tahniah Nur!
    Sy teka 3.8kg, tersasar lagi...tapi tak jauh sangat macam sblm² ni hihi

    BalasPadam
  8. Tahniah Nur! Ni mesti selalu beli mangga sebab tu tengok je dah boleh agak berapa beratnya hehe

    BalasPadam
  9. Tahniah buat pemenang. Tak sempat saya join sebab masa Kak Amie post entry Teka Berat saya ke Japan. Entry lain pun baru sempat baca hari ni otw balik dari Kedah.

    BalasPadam
  10. Tak pernah benar saya menerka2 begini 🤣🤣🤣.

    Congrats kak nur 🎉🎉🎉🎉. Memang rezekilah buat kak nur 🤗

    BalasPadam
  11. Tahniah Blogger Tot.. hebat betul meneka berat mangga tu :D

    BalasPadam