Pages

Jumaat, 24 Oktober 2025

Secawan Kopi Gayo, Secebis Nostalgia Acheh

Bismillahirrahmanirrahim.
Cerita petang kelmarin, menikmati secawan kopi Arabica Gayo dari Aceh. Harumnya lembut, seakan-akan ada sentuhan bunga dan coklat yang sukar digambarkan. Rasanya tidak pahit, tapi cukup kuat untuk membangunkan deria hidu. Kopi ini datang dari dataran tinggi Tanah Gayo, tempat yang terkenal dengan ladang-ladang kopi organik. Setiap teguk seolah-olah membawa semilir angin dari Aceh dan kisah-kisah dari gunungnya.

Secawan Kopi Gayo & Kudapan Petang

Cucur Taugeh

Kudapan kami berupa kuih penjaram dan cucur taugeh yang masih panas. Penjaramnya berkilat, lembut di tengah dan rangup di tepi. Manisnya sederhana, cukup untuk menyeimbangkan rasa pahit lembut kopi Gayo. Cucurnya pula sesedap rasa dengan isi taugeh dan udang. 

Kuih Penjaram

Kopi Gayo

Rupanya Firdaus suka minum kopi. Pantang terbau aroma kopi yang sedang direnih di dapur, cepat-cepat dia munculkan diri!

Secawan Kopi Gayo

14 ulasan:

  1. Kopinya ada campuran coklat dan bunga ye? Unik betul tu

    BalasPadam
  2. SA x dapat bayangkan macam mana rasa kopi ni...unik...cucur tauge tu menggoda selera SA

    BalasPadam
  3. Kuih Penjaram tu saya suka.....aroma kopi memang berbau harum.

    BalasPadam
  4. Sedapnya minum petang kak Amie. Kebetulan kat rumah saya ni sedang hujan, berangan ajelah hidangan tu ada depan saya 😂
    Pandai budak kecik tu minum kopi ya 😃

    BalasPadam
  5. kopi panas masukkan sekuntum dua cengkih.. waw harumnya ..

    BalasPadam
  6. sedap tu minum kopi gayo dgn kuih penjaram n cucur taugeh kan Daus

    BalasPadam
  7. Wangi bau kopi mesti menggoda Firdaus keluar bilik. Sedapnya, nikmati kopi panas dengan kudapan petang, lagi-lagi tengah hujan.

    BalasPadam
  8. Warung, wak xleh dh minum kopi.. huhu

    BalasPadam
  9. Wahhh.. pandai Daus minum kopi ya.

    BalasPadam
  10. Nantilah kalau saya jadi ke Sabah Serawak tahun depan, saya bawakan kopi Gayo untuk kak Amie 😘. Dari sekian banyak kopi Indonesia, fav saya kopi Gayo. Sebab memang rasa dia beda. Lembuuut, dan ada aroma wangi. Duluuu sebelum bisa Americano, cuma kopi Aceh lah yg saya bisa minum tanpa gula dan krimer. Kopi lain tak bisa.

    Walaupun skr dah bisa enjoy Menikmati kopi pahit apapun 🤭. Aiiiiih saya tak Sabaaar lah kak, menunggu tgl 13. Rindu sangat dengan Aceh

    BalasPadam
  11. Wah...dah ada geng mengopi dengan Daus yer...
    Nampak kemas kuih penyaram & cucur tauge tu

    BalasPadam
  12. Kuih Penjaram? tak pernah dgr atau lihat tapi bentuk dia sangat menarik utk dicuba :D

    BalasPadam
  13. dulu pernah minum satu dua sip kopi gayo ni tapi pahitt. maybe sebab saya tak suka kopi kot hehe
    kawan saya minum berapa cawan entah, sampai tak boleh tidur

    BalasPadam
  14. Bau kopi bila semarak baunya memang harum sebab tu bila buat kopi keharuman kopi mengoda hidung kita untuk minum apa lagi kopi lokal macam kopi gaya ni

    BalasPadam