Pages

Isnin, 4 Ogos 2025

Buang ke Laut Itu Monday Blues!

Bismillahirrahmanirrahim.
Agaknya belum betul-betul sihat, jalan pun terhoyong-hayang. Tapi gagahkan juga pergi menoreh. Berperang dalam kepala, kenapalah hari ini Isnin? Wooo... monday blues kah?

Selera makan masih belum datang. Encik Suami belikan bekal sarapan mi goreng, tapi tak dijamah. Akibat perut kosong angin pun naik ke kepala. Telefon Encik Suami, batalkan sajalah urusan di pejabat peguam petang nanti. Encik Suami kata, sudah buat janji temu. Ahhh...sudah!

Sewaktu masuk dalam kereta, terbau aroma hancing seperti kencing kucing.  Encik suami kata, Tam Tam kucing Firdaus tak masuk kereta. Kalau bukan kencing kucing, mungkin kencing tikus, kita berkeras. Tiba-tiba Firdaus kata, dia pun terbau kencing kucing. Baunya semakin kuat di tempat duduk belakang. Amie lihat Firdaus sudah buka kasutnya. Rupanya kasut Firdaus dikencing kucing liar yang suka datang ke rumah kami! Firdaus kata, pagi tadi sewaktu pakai kasut ada rasa basah dalam kasut! Tapi dia pakai saja kasut itu tanpa memikirkan sudah dikencing kucing.

Eh, mana boleh terus pakai kasut itu ke sekolah agama. Sudah berbau, kotorlah pula! Macamana nanti hendak masuk masjid, hendak wudhu' dan solat tentulah terbawa najis. 

Encik Suami memandu arah ke bandar, mencari kedai kasut.

Oleh sebab kita tak berapa sedap badan, kita pun duduk sajalah dalam kereta. Encik Suami bersama Firdaus berjalan kaki mencari kedai kasut. Tidak lama kemudian, kedua-duanya masuk ke kereta.  Firdaus sudah berkasut dan berstoking baharu.

Rupanya sewaktu keluar dari kereta, Firdaus tak pakai kasut! Dia buka stoking dan tinggalkan kasut sekolah dalam kereta. Dia kaki ayam jalan masuk ke kedai!

Lailahaillallah!

Encik Suami tunjukkan kedai kasut di hujung bangunan panjang. Allahu Akbar! Jaraknya lebih 100 meter dari tempat letak kereta! Macamanalah budak ini boleh berkaki ayam ikut Encik Suami berjalan kaki. Sampai kedai kasut, barulah Encik Suami perasan Firdaus berkaki ayam!

Setelah hantar Firdaus ke sekolah agama, ada lebih kurang satu jam ke pukul dua petang. Kami pun singgah di Perdana Square kononnya hendak basahkan tekak. Hendak memesan makanan takut terlajak waktu janji temu.


Teringat perut belum diisi dari pagi, baiklah pesan sedikit makanan. Untuk minuman, kami memilih Lemon Madu Sejuk saiz besar. Boleh minum untuk dua hingga tiga orang.

Lemon Madu Sejuk. Nyaman bah!


Encik Suami : Honey Chicken Chop

Di bawah Honey Chicken Chop ada kentang lenyek.

Walaupun luarnya hitam, dalamnya berjuicy.

Amie : Fish and Chips


Sementara menunggu Fish and Chips sampai ke meja, kita pun teguklah Lemon Madi Sejuk bergelas-gelas. Dalam hati berkata, kalau lemon madu panas memang berpeluh-peluhlah kita.

Bismillah.

Fish and Chips ini memang menyelerakan, terasa rangup ikan goreng salut tepung. Sayangnya tak habis makan. Encik Suami tolong habiskan tapi salad saja yang dia makan. 

Tepat pukul dua petang, kami menaiki anak tangga menuju ke pintu pejabat peguam Shim Pang & Co untuk uruskan geran rumah.

Selesai urusan, sempat singgah pasar raya beli buah-buahan dan barang dapur. Sampai rumah rasa lapang fikiran. Dah petang, hilanglah monday bluesnya!

35 ulasan:

  1. Salam singgah, budak baik..benar-benar berani kan anaknda tu..Nanti kasut simpan atas rak yang tinggi..kucing begitulah selalu buat kita susah..sabar ja kan apa nak buat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kucing liar tu suka pilih kasut warna hitam untuk dijadikan tempat dia kencing.

      Padam
  2. Semoga cepat sembuh, kena datang ke hospital dapatkan rawatan dan ubat jika berterusan..

    BalasPadam
  3. Semoga terus sihat kak..kena cuti panjang ni kak...badan penat tu..spt urut satu badan pun sedap kak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lama tak urut badan.
      Bestkan, keluar semua angin.

      Padam
  4. Laaa Firdaus, tahan dia berkaki ayam. Honey chicken chop tu nampak sedap sangat. Take care tau Kak Amie. Moga cepat sembuh sepenuhnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap tu honey chicken chop.
      Terima kasih Mulan. In syaa Allah makin sihat.

      Padam
  5. Semoga cepat sihat kak. Macam2 gelagat si firdaus ni. Boleh pulak dia berkaki ayam ye. Hihi. Sedap2 menu akak ni terus rasa lapar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Cie.
      Makin hari rasa makin sihat. Alhamdulillah.

      Padam
  6. Terbayang2 si Daus berkaki ayam tu....

    Takpela Daus... dapat kasut baru!

    BalasPadam
  7. Aduhai.. sakitlah kaki sebab tak pakai kasut

    BalasPadam
  8. cepat sembuh kamie...sanggup fir berkaki ayam, mujur tak terpijak benda tajam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Mieja. Alhamdulillah sihat sudah. Syukurlah kaki Daus tak terpihak benda tajam.

      Padam
  9. Hahahahahah ya Allah firdaus 😂😂😂😂. Betul2 anak bujang yaaa, bisa ceker ayam ke toko kasur 🤣.

    Haiiish kucing2 tuh. Kenapalah memilih kencing di sepatu. Jadi hrs dicuci dulu kan.

    Menu2 yg dipilih buat lapar kaaak 😄. Walau agak hitam sedikit, yg penting dalamnya moist kan 😉

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selalu juga kucing liar itu kencing atas kasut warna hitam. Kebetulan pula kasut Daus terdedah di luar pintu. Selalunya kami simpan dalambrak bertutup.
      Ya, hitam manis gitu tapi moist.

      Padam
  10. Kalau ammi menu suami kak Amie yg jadi pilihan. Selalu aja ammi kalah kalau ada menu grilled chicken gitu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Honey Chicken Chop tu mengenyangkan. Siap ada kentang lenyek di bawahnya.

      Padam
  11. Bau kencing atau taik kucing aduhaiiiii semerbak perfume dia. Jenuh nak buang kalau terlekat kat kasut. Semuga cepat sembuh amie. Jangan amalkan perut kosong bila tak sihat apabila angin pus pus naik memang berpusing satu dunia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Stress pulak terbau kencing kucing kan Notie.
      Ya, bola tak sihat memang angin cepat menyerang perut kosong. Alhamdulillah, sudah sembuh sekarang. Terima kasih Notie.

      Padam
  12. bertuah sungguh la si Firdaus ni.. gigih.. hehe..

    BalasPadam
  13. Minggu depan ada lagi Monday tau K.Amie...hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha.... harap tak berulang Monday bluesnya.

      Padam
  14. Ya Allah, Firdaus. Ada saja kelakar kamu buat ya. Tapi untunglah, dapat kasut baru, hihi.

    BalasPadam
  15. Pernah rasa juga dulu, kucing jiran, datang kencing atas kasut dan selipar luar rumah. Bila sarung, basah, tetapi semalamnya tak hujan. Aduh..
    Nampak sangat sedap, fish and chips, dan chicken chop. Rasa macam nak cari makanan western pula petang ni. 😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kucing liar ni pun berak kencing di rumah jiran. Kesian jiran sampai termuntah-muntah cuci najisnya.
      Cari, jangan tak cari western food tu.

      Padam
  16. Terus okay dah petang tu ye. Penangan minum air lemon kot kak Amie. Ya Ampunn Firdaus, mommy dan babahnya pun tak perasan dia berkaki ayam. Laju dia buat kerja ek sampai orang lain tak perasan. Tak pasal-pasal kena beli kasut baru. Tapi tulah kalau kucing kecing ni bau dia melekat. Nak hilang bau tu ambil masa. Elok juga beli kasut baru. Kena simpan dalam rak kasut bertutup lah gitu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak tahulah apa Encik Suami buat dengan kasut Daus tu. Ya, memang kena simpan dalam rak kasut bertutup.
      Alhamdulillah, sihat dah Kak Amie.

      Padam
  17. Monday blues setengah hari je tu.
    Adehhhhh.. Daus.. Daus.. jauh juga tu berkaki ayam.

    BalasPadam