Pages

Ahad, 13 April 2025

PUDIN : Kuih Tradisi Masyarakat Melayu Cocos

Bismillahirrahmanirrahim.
Nampaknya petang ini cuaca mendung, langit gelap dan awan kelabu. Harapnya kalau hujan janganlah sampai ke malam sebab ada jemputan raya. 

Petang ini Amie kongsikan kuih pudin, sejenis manisan tradisi masyarakat Melayu Cocos yang terkenal dalam kalangan mereka. Pudin wajib muncul terutama pada hari raya. Amie pernah beberapa menulis entri tentang pudin ini dan pernah menuliskannya dalam bentuk kreatif dan diterbitkan bersama dalam Antologi Lompat Tikam (Siri Warisan Budaya) di sini: Anekdot Lompat Tikam : Pudin Cocos.

Kelmarin kami mendapat kiriman pudin daripada abang ipar. Encik Suami dipertanggungjawabkan untuk hantar bungkusan pudin ke semua rumah adik-beradiknya yang lain. Alhamdulillah, rezeki dapat pudin air tangan abang ipar dan isterinya.



Sewaktu hayat MIL masih ada, Amie sempat melihat sendiri cara proses pembuatan pudin. MIL banyak menerima tempahan daripada orang kampung. Adunan pudin dikukus selama 12 jam dengan menggunakan kayu api. 


Warna hitam dalam pudin ini ialah kismis dan juga prune. Menurut arwah ayah mentua, kalau di Pulau Cocos warna pudin lebih cantik kerana mereka gunakan gula nira.


Pudin boleh disimpan dalam peti sejuk dan tahan selama setahun.



Walaupun pernah melihat proses mengadun dan mengukus pudin tetapi sehingga ke hari ini Amie tiada kekuatan untuk membuatnya sendiri. Kata Encik Suami, kalau abang ipar dan isterinya mengukus pudin, mereka gunakan dapur gas. Habis satu tong gas, bermakna cukuplah 12 jam mengukusnya.



Terima kasih abang ipar dan biras Amie yang berkongsi pudin dengan kami. Rasanya setiap tahun mereka buat pudin. Harapnya kuih tradisional masyarakat Melayu Cocos ini terus dikekalkan walaupun proses mengukus sudah bertukar cara. Kalaua dulu gunakan kayu api, tetapi sekarang gunakan dapur gas sahaja.


Sekian, perkongsian untuk kali.
Teruskanlah beraya bersama orang tersayang!

16 ulasan:

  1. Terasa sedapnya Pudin ni. 12 jam kukus wah. Memang sedap dan tahan lama.

    BalasPadam
  2. 12 jam kukus. Boleh tidur bangun tidur bangun tak masak lagi. Sebab tu sedap sebab kukus lama.

    BalasPadam
  3. Biasanya makanan yg melalui proses memasak yg lama mmg hasilnya sgt wow. Pastinya pudin ni pun begitu juga kan 👍🏻

    BalasPadam
  4. Mula-mula dana ingatkan macam kek buah kak.... menarik betul ya. Mesti sedap tu kak ya, nak buatnya pun sampai 12jam....

    BalasPadam
  5. Terasa kesedapannya bila tengok gambar kek ni..

    BalasPadam
  6. Nengok pun sedap tu.. macam kek buah juga gayanya.

    BalasPadam
  7. Mesti sedap pudin ni. Lama betul nak mengukus sampai 12 jam. kalau dulu kena sentiasa tambah kayu dan jaga api lah gitu kan. Betul-betul habis satu tong gas nak membuatnya. Jenuh juga. Yang bagusnya kek ni tahan lama. Tengok kek ni ada kismis tu terasa-rasa macam kek buah. Ada masam manisnya.

    BalasPadam
  8. Uishhh tak pernah lihat lagi.. nampak pun sedap... Tapi tu lah kalau dah buat pun separuh hari nak membeli nya mesti harga kayangan.. tak apa warisan melayu kan.. biar mahal dgn rasa dan identiti nya..

    BalasPadam
  9. first time dgr ttg pudin ni, mesti sedap kan

    BalasPadam
  10. Nampak sedap...macam kek buah plak rupanya...tapi xde banyak buah...

    BalasPadam
  11. Td saya pikir fruit cake kak. Unik namanya pudin, sayangnya ini pasti tak banyak yg menjual yaa? Atau masih banyak di beberapa daerah kah? Kalo kesana, teringiiin nak coba. Penasaran sangat apalagi dibuat sampai lama 😍😍. Pastilah harga juga tak murah kalo dijual.

    BalasPadam
  12. sekali tgk mcm kek lumut laa kak
    kalau sy nak beli pudin ni boleh tak?

    BalasPadam