Bismillahirrahmanirrahim.
3 Syawal 1446H bersamaan hari Rabu.
Suasana lebih santai. Kebanyakan tetamu yang datang adalah keluarga terdekat yang duduk berjauhan dari kampung kami. Pada ketika ini, bolehlah kami sediakan juadah sekiranya kami diberitahu tentang kedatangan mereka, kerana tidaklah sesibuk pada hari raya pertama dan kedua. Pada dua hari berturut-turut itu, memang kami hanya sempat hidangkan minuman dan kuih-muih sahaja untuk tetamu yang datang beramai-ramai. Begitulah ceritanya dan keadaan yang sama apabila mereka berziarah ke rumah saudara-mara yang lain.
Anak menantu dan cucu cicit Bonda akan layan diri. Mereka akan ke dapur untuk makan. Adik-beradik yang lain memang membawa juadah dari rumah masing-masing dan kami makan bersama di dapur. Teringat sewaktu kecil dahulu, kalau datang beraya ke rumah arwah Nyai (nenek sebelah arwah Ayahanda) atau ke rumah wak dan paman, kami mesti ke dapur untuk makan ketupat! Tidak semestinya hanya makan kuih tetapi sekiranya tuan rumah kebetulannya menyediakan makanan, kami akan dijemput sama untuk menikmatinya.
Anak-anak memang teruja kalau beraya di kampung Bonda. Suasananya sangat berbeza kalau beraya di kampung Encik Suami. Konsep rumah terbuka di sana perlu dijemput, sedangkan kami tidak. Apabila dijemput sudah tentulah disediakan hidangan berat. Dapat ziarah dua tiga buah rumah, perut sudah kekenyangan.... ahaks! Dan satu lagi, tiada tradisi munjung seperti dalam masyarakat Jawa di kampung kami. Itulah istimewanya punjung memunjung. Setelah bertukar-tukar juadah sebelum hari raya, tidak perlulah lagi sediakan hidangan berat untuk semua tetamu yang hadir. Jimat masa, jimat tenaga dan banyaklah rumah saudara-mara dan jiran tetangga yang dapat dikunjungi.
Santai-santai melayan cucnda, Hamzah. |
Nasi Lemak & The Gang |
Selepas solat subuh, Amie terus bersilat di dapur. Di pagi 3 Syawal ini Amie masak nasi lemak pandan. Sempatlah rebus paru untuk dibuat goreng balado. Teringat semalamnya Bonda sebut pengat keladi, Amie pun buatkan sedikit pengat keladi kononnya sebagai 'dessert' sarapan pagi. Apabila disusun dimeja makan banyaklah bendanya:
- Nasi Lemak Pandan
- Sambal Tumis Bawang
- Ikan Bilis Goreng
- Kacang Tanah Goreng
- Telur Rebus
- Timun
- Paru Goreng Balado
- Rendang Daging
- Ayam Goreng
- Pengat Keladi
- Teh Panas
Nasi Lemak Pandan |
Amie minta Encik Suami ambilkan daun pandan di belakang dapur. Dalam gelap pagi, dicabutnya serumpun pokok pandan dibawa masuk ke dapur. Tunjuk perasaankah kena dera dipagi buta .... ahaks?
Lauk-Pauk Nasi Lemak |
Telur Rebus |
Hirisan Timun |
Paru Goreng Balado |
Rendang Daging |
Pengat Keladi |
Walaupun nampak banyak, tetapi semuanya licin. Firdaus panggil cucu cicit Bonda datang untuk makan bersama-sama.
Abang Farid tukang bancuh teh. Agaknya sudah lama tidak hirup teh panas, Amie minun dua tiga cawan. Sebelum makan nasi lemak, ras penuh pula perut dengan air teh!
Bismillah. |
Ambil kesempatan bergambar di tepi rumah bersama Encik Suami. |
Ini gambar bersama sebahagian kecil ahli keluarga pada hari raya pertama.
Baru perasan kami tidak ada gambar adik-beradik bersama keluarga masing-masing di rumah Bonda.
Bonda melayan tetamu yang datang pada pagi 3 Syawal. Anak-anak sudah tahu tugas masing-masing di dapur. Tak perlu lagi diarahkan. Kalau kuih berkurangan, Aseeyah akan menambah ke dalam balang. Kalau air mineral dan ais batu hampir habis, Fairuz akan cepat-cepat beli di kedai.
Begitulah ceritanya.
Meriah suasana beraya di kampung...
BalasPadamNak beraya rumah bonda lah dapat makan nasi lemak pandan hasil tangan amie. hehehehe
BalasPadamsenang cuci periuk kalo habis makanannya...
BalasPadamSelagi berkesempatan, raikan raya di kampunglah paling seronok.. Meriah dnegan tetamu dan aktiviti kunjung mengunjung..
BalasPadamAduh!! Suka betul Sha tengok nasi lemak yang complete set macam Amie buat ini.. Lengkap pada mata Sha bila ada nasi, sambal, ikan bilis, kacang, telur dan timun.. Mantap..
Sy pun suka tengok cara keluarga Kak Amie berhari raya. Saudara mara jauh dekat semuanya datang berkunjung.
BalasPadamDulu raya di kampung Sy simple je, jamu kuih muih dan ketupat lemang. Skrg kalau di rumah mertua dihidangkan juadah berat, kita follow saja lah 😁
Sama kalau kejadian di kampung Johor kak, walaupun abah bukan abang sulung tetapi semua adik beradik abah dari johor atau luar johor, anak buah semua akan beraya di rumah kami. Kira rumah abah tu dah kira rumah wajib ziarah bila raya, sedangkan arwah atok dan arwah nyai lama dah takde. Memang raya pertama sampai raya ketiga rumah kene serbu je.
BalasPadamAir batu memang laku keras la time raya!
BalasPadamFuh.. Nasi lemak nampak menyelerakan.
BalasPadamNasi lemak buatan kak Amie memang wow sangat. Berselera makan di pagi raya. Lagi-lagi beralaskan daun pisang. Accesories dia meriah betul. Siap ada pemanis mulut lagi tu.
BalasPadamMenggodanya nasi lemak and the gang tuh😋Kalau udah ambil serumpun daun pandan kena masak nasi lemak untuk sekampung tuh😅
BalasPadammemang seronok betul bila ramai saudara mara dtg tanpa perlu dijemput.. raya pertama & kedua sentiasa penuh tetamu dari siang hingga malam.. dpt kenal & jumpa ramai saudara mara waktu hari raya ni sgt seronok.. Ana suka tengok kaum Jawa ada punjung memunjung tu best sangat!
BalasPadamaaaaaaaaa menggoda sungguhhhhhhh nasi lemak pandan & the gang semua tu! terus rasa mcm nak terbang ke sanaaaaaa sekarangggg jugaaaaaa ni sis amieeeee!
BalasPadamMeriah sarapannya tu.. siap ada pengat keladi.
BalasPadamAlhamdulillah ramai yang menyantuni bonda🥰
Nasi lemak memang padu sedap nya Kak Amie. Alhamdulillah seronok meriah Raya di rumah bonda kan.
BalasPadamSedapnya nasi lemak...amboiii...Kak Amie memori daun pisang plak dia ye...eh Hamzah dah besar la...sekejap aje dah besar dia ye...mesti Bonda seronok ramai yang datang bertandang tahun ni
BalasPadamSedaaap nasi lemak 😍😍. Pakai pandan pula, harum pasti nyaaa.
BalasPadamBaguus lah, anak2 kak Amie dah tahu tugas masing2. Dah besar2. Memang bisa membantu sangat di saat momen raya begini