Pages

Khamis, 20 Mac 2025

Berbuka Puasa Makan Nasi dengan Asam Pedas Ikan Kembung

Bismillahirrahmanirrahim.
Sewaktu beli ikan kembung, Encik Suami kata sedap kalau dipanggang!
Menjelang berbuka puasa, mana ikan kembung panggang?
Ahaks!
Ikan kembung jadi asam pedas.
Encik Suami cuma kata: Sedap kalau dipanggang dan bukannya minta ikan kembung dipanggang. Aci tak?
Firdaus pula nampak seronok sangat terbau aroma asam pedas. Alhamdulillah, seleranya bertambah sampai nasi dalam periuk habis licin. Bukan asam pedas saja Firdaus makan, sambal belacan pun berkali-kali dia menambah, cecah dengan daun salad. 

Walaupun hanya tiga ekor tapi saiznya besar dan beratnya 820 gram.

Hidangan Berbuka Puasa

Bahan-bahan untuk masakan Asam Pedas Ikan Kembung


Asam Pedas Ikan Kembung

Tak sempat ambil gambar asam pedas ikan kembung dalam mangkuk. Okey juga kan gambar dalam periuk. Masak sekali harung dengan kacang bendi bubuh banyak-banyak. Bakinya asam pedas boleh dipanaskan semula buat lauk makan sahur.

Tambahkan sambal belacan, ulaman dan telur masin.

Tambah lauk lain, ayam goreng garam kunyit.

Mulakan berbuka dengan menjamah kurma.

Minuman berbuka puasa, air kotak tambah asam boi dan limau kasturi.


Resipi Asam Pedas Ikan Kembung tak payah kongsilah kan. Semua orang sudah pakar masak asam pedas...ahaks!

15 ulasan:

  1. mmg sedap ikan kembung kalau dibakar & cicah air asam! fuhhhh hehehe

    BalasPadam
  2. Geramnya tengok air asam boi tu mie...

    BalasPadam
  3. Lamanya tak makan ikan kembung masak asam pedas. Bagi sy ikan kembung ni versatile, masak apa pun sedap. Tiba² teringin pulak. Firdaus punya selera macam orang lama, makan asam pedas dengan sambal belacan, heheh.

    BalasPadam
  4. sedapnya asam pedas ikan kembung! Sy yg tengok ni pun terliur... yummy...

    BalasPadam
  5. bila ada menu asam pedas...ada ayam goreng mmg ngam

    BalasPadam
  6. SA pun dah pandai masam asam pedas Kak Amie...berkat mencuba try error beberapa kali..sekarnag dah pandai dah...sedap betul tengok juadah Kak Amie...

    BalasPadam
  7. Asam pedas dan air tu sangat menggoda kak oi, skrg ni dahla tgri panas terik...

    BalasPadam
  8. Betullah tu, ikan kembung kalau panggang pun sedap.. Tapi kalau dengan asam pedas pun sangat kena..

    BalasPadam
  9. sedapnya juadah berbuka Amie tu...terliur tengok air asam boi

    BalasPadam
  10. Masyaa Allah..terbayang kemanisan isi ilan kembung segar pastinya berlemak dengan gandingan serasi si ayam goreng

    BalasPadam
  11. kalau ikan kembung baru msk asam pedas mmg sedapppp rasa manis je isinya

    BalasPadam
  12. Sedapnya asam pedas Kak Amie. Air ada asam boi dan limau kasturi memang sedap.

    BalasPadam
  13. Lapar langsung saya lihat nya kak. Ditambah tak sempat sahur proper hari ini, hanya minum air dan roti setengah😅.

    Asam pedas memang nikmat sangaaat, walaupun saya lebih suka pakai daging. Kalo ikan agak kureeeeng sikit 😅

    BalasPadam