Pages

Ahad, 23 Mac 2025

Ayam Panggang Rosemary Air Fryer

Bismillahirrahmanirrahim.
Kelmarin, 22 Mac 2025 genaplah umur Firdaus 12 tahun. Apa yang Amie selalu ingat ialah tentang tarikh lahirnya dikongsi bersama Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Semoga Firdaus membesar dengan sihat dan mendengar kata, menjadi anak soleh serta berjaya dunia dan akhirat.

Sempena ulang tahun kelahirannya, Firdaus kata tak mahu kek. Bagus juga fikirannya sebab kalau beli kek selalu tidak habis dimakan. Jadi Amie fikirkan sesuatu yang agak istimewa untuknya. Amie hidangkan Ayam Panggang Rosemary.

Sewaktu anak-anak masih kecil, Amie memang rajin panggang ayam rosemary. Semuanya suka. Fuadlah yang paling ringan tulang sediakan sos lada hitam. Ingat lagi, waktu itu ramai jugalah kawan-kawan yang menempah menu ini. Bagaimanapun, jiwa kita waktu itu belum lagi sampai ke tahap untuk berniaga. Jadi, tidaklah berkembang maju, sebab masa lebih banyak tertumpu kepada keluarga dan rumah tangga sahaja.

Resipi Ayam Panggang Rosemary boleh klik di sini: Ayam Panggang Rosemary

Ayam Panggang Rosemary


Ayam Panggang Rosemary ini Amie panggang dalam air fryer. Malas hendak selongkar stor di belakang rumah untuk keluarkan oven. Untuk kekalkan rasa supaya berjuicy, Amie bungkus dengan aluminium foil supaya airnya yang keluar dari ayam tidak kering. Bolehlah tuangkan di atas ayam panggang sewaktu dihidangkan.

Hidangan Berbuka Puasa


Fairuz akan mencari nasi sewaktu berbuka puasa. Jadi, masaklah nasi bubuh minyak sapi sedikit. Apabila bertemu dengan Ayam Panggang Rosemary memang naiklah aromanya.


Nasi Minyak Sapi


Salad tidak dilupa. Potong-potong sajalah daun salad, tambah kurma, buah pisang kaki dan avokado.

Buah Avokado

Jus Avokado

Sebenarnya kita hendak minum jus durian belanda tetapi Fairuz buat jus avokado pula. 

Sekian. Coretan kecil di hari ulang tahun Firdaus dan Ayam Panggang Rosemary Air Fryer.



17 ulasan:

  1. Wahhh....
    Selamat ulangtahun kelahiran untuk Daus..🎉🎊
    Semoga diberkati di duni dan di akhirat🤲
    Eh,tetiba teringin pulak tengok ayam rosemary cikgu tu...😍

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Mama Cella.
      Semerbak aroma rosemary tu.

      Padam
  2. Sedapnya ayam panggang rosemary. Teringin pulak tengok.

    BalasPadam
  3. Sedapnya!
    Salad tu pun meriah dgn bahan² berkhasiat belaka

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang kena rajin sediakan salad. Kalau boleh hari-hari.

      Padam
  4. Wahhh.. macam kat Nandos's Kak Amie. Happy birthdayyyy, Daussss.

    Nak tanya, ayam tu kecik atau air fryer Kak Amie yg besar, boleh muat panggang seekor ayam?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ayam tu anggaran 1.5 kg.
      Tak tahu air fryer tu besar ke kecik. Tapi muat-muat ayam sekor tu la....saiz kecik bongsu.

      Padam
    2. Terima kasih ucapannya SK.

      Padam
  5. Happy Birthday Firdaus anak soleh. Moga berjaya dunia akhirat.

    Sedapnya ayam rosemary Kak Amie tu.

    BalasPadam
  6. Terima kasih Mulan.
    Memang sedap Mulan, sampai menjilat kuahnya hihihii.

    BalasPadam
  7. Oh daus ini sebaya dengan anak sulung Saya . Happy birthday daus, semoga membesar jadi anak pandai, baik budi dan sehat.

    Ayam Rosemary saya pernah coba, tp pesan lah dah pasti 🤣. Macam tak menjadi kalo buat sendiri 😁. Sukaa juga, apalagi kalo daging dia tetap juicy.

    BalasPadam
  8. Happy Birthday Firdaus...semoga berjaya dunia dan akhirat...

    BalasPadam
  9. tk pernah panggang Ayam sekor camtu...sedap tu..happy birthday boy dpt makan menu istimewa tu

    BalasPadam
  10. Selamat mnyambut hari kelahiran buat Firdaus...sedapnya ayam rosmary...

    BalasPadam
  11. selamat ulangtahun kelahiran daus! moga sihat & bahagia selalu dgn keluarga! jadi anak soleh utk ibu ayah ya! sedapnyaaaaa nampak menu ulangtaun firdaus! tergoda tambah-tambah tengok ayam rosemary tu!

    BalasPadam
  12. Happy birthday kepada anak soleh. Semoga dikurniakan kebahagiaan dunia akhirat. Ayam panggang itu udah persis ayam panggang Kenny Rogers😋

    BalasPadam