Pages

Rabu, 19 Mac 2025

Berbuka Puasa dengan Bihun Goreng dan Jus Durian Belanda

Bismillahirrahmanirrahim.
Biasanya kalau mambang rajin tak singgah di rumah, suruh saja Fairuz masak samada untuk hidangan berbuka atau bersahur. Itu pun kalau Fairuz tidak ikut hantar ikan ke Keningau. Malam semalam Fairuz bertolak dariLD ke KK dan akan kembali semula ke LD pada keesokan hari. Jadi, terpaksalah cari mambang untuk temankan ke dapur.

Selepas hantar Firdaus ke sekolah agama, minta Encik Suami singgah di kedai beli bihun. Goreng bihun sajalah untuk juadah berbuka puasa nanti. Sampai di taman perumahan, rupanya air melimpah masuk ke halaman. Tak perasan rupanya hujan lebat di tengah hari. Alhamdulillah, air tidak masuk ke dalam rumah walaupun di luar pagar sudah paras betis! Semua di bahagian luar pintu rumah kami 'dipagar' dengan tembok tangga setinggi tiga kaki. Jadi biasanya walaupun air bergenang, tidaklah lolos masuk ke dalam rumah.

Hujan tidak juga berhenti. 
Seperti biasa, memang kita layan mata dulu walaupun sebenarnya badan yang letih... ahaks!
Menjelang petang, masuk ke dapur kononnya hendak goreng bihun saja. Tapi berubah fikiran pula apabila terpandang buah avokado dan buah durian belanda yang sudah masak. Agaknya sedap kalau buat jus durian belanda! Duduklah kita bersihkan sebiji durian belanda, pisahkan isi dengan kulit dan bijinya.

Hidangan Berbuka Puasa

Buah Avokado

Buah Durian Belanda

Sewaktu Encik Suami masuk ke dapur, kita 'tangkap' dia minta kisarkan durian belanda dan buatkan kicap lada untuk makan dengan bihun goreng. Pekat sungguh isi durian belanda apabila dikisar walaupun sudah ditambah air. Encik Suami masukkan jus durian belanda ke dalam freezer. Katanya, tak perlulah bubuh ais batu sebaliknya biarlah sejuk di dalam freezer.

Jus Durian Belanda

Daun salad, telur rebus dan buah avokado.

Amie hiris dua tiga jenis daun salad, tambahkan hirisan buah avokado dan telur rebus. Cukuplah bekalan fiber dan protein untuk berbuka puasa. Tuangkan sedikit minyak zaitun, bubuh yogurt asli dan sos salad.

Bihun Goreng

Bihun goreng ini pada mulanya Amie hendak goreng dengan perencah udang kering, tapi tak jumpa pula udang keringnya. Yang ada hanya ikan bilis mata biru. Jadi Amie tumbuk ikan bilis dengan bawang dan lada putih. Tambahkan telur dan sayur sawi. Firdaus menambah duatiga kali dalam pinggan. Nampaknya seleranya sudah kembali semula. Alhamdulillah.

Cili Kicap

Encik Suami hiris cili padi kampung, bubuh kicap dan perahkan jus limau kasturi. Aduuusss... memang pedas menyengat sewaktu makan bihun kerana tergigit hirisan cili padi!

Entahlah!
Akhir-akhir ini rasa malas sangat hendak turun ke dapur.
Hendak buat kicap lada pun berkira sangat!
Jadi, makan sajalah cili padi hiris.

Ketupat Pulut dengan Kuah Kacang

Sempat pula kita kukus semula ketupat pemberian adik dan kakak ipar sempena malam ketupat pada hari Ahad lepas. Baki kuah kacang pun masih ada. Dalam kuah kacang ada daging. Apabila tinggal saki-baki ketupat, sedaplah pulak rasanya.


Kita minum dua gelas jus durian belanda.


19 ulasan:

  1. saya sekarang kalau berbuka pasti dengan gorengan,
    entahlah kenapa kalau berbuka dengan cemilan lain kurang greget

    BalasPadam
  2. Durian Belanda atau sirsak di sini sebutnya, saya sukaaa sangat. Dulu di Aceh ada pohonnya. Rutin dia berbuah. Saya pun kalo buat jus sirsak tak nak pakai gula kak. Sebab dah manis.

    BalasPadam
  3. Buah avocado hijau tu sy pernah jumpa Di Cameron Highlands, yg warna merah² coklat tu pertama kali sy tengok ni. Ingatkan semua avocado warna hijau :D
    Sy dapat bayangkan kesegarannya minum jus durian belanda tu Kak...

    BalasPadam
  4. Dana semalam pun berbuka dengan mehun goreng kak, tapi warna merah sebab Aiyan tak suka yang putih. Tapi itulah dia mintak nak mehun goreng tapi bila makan seciput je, geram tul.

    BalasPadam
  5. sedapnya jus belanda tu...lama tk minum

    BalasPadam
  6. Cantik warna kemerahan buah avocadonya.

    Sedapnya jus durian belanda segar. Memang tak cukup segelas bulan puasa ni kak Amie 😀

    BalasPadam
  7. Ni mambang bukan sebarang mambang nih. Wah, Fairuz ada kat LD ya banyak hari masa puasa ni. Ringanlah sikit tugas mummy di dapur, ramai jejaka yg bantu.

    BalasPadam
  8. Sedapnya avocado tu...rasa lemak2 ditekak kalo dibuat jus.

    BalasPadam
  9. waahhh ketupat & kuah kacang ada daging tu menggodanyaaaa! makin terasa aura syawal. sedapnyaaaa!

    BalasPadam
  10. Masyaa Allah AMie, seronoknya ada pokok avacado dan durian belanda, segar makan jadikan salad dan jus :)

    BalasPadam
  11. Semuanya sedap2 belaka. Buah Durian Belanda tu kegemaran saya :) Sejak puasa ni belum goreng bihun, nak kena buat ni hehe

    BalasPadam
  12. jus durian belanda banyak khasiatnya

    BalasPadam
  13. Dekat Indonesia popular minuman ni, durian belanda disebut sirsak, avokado dipanggil apokad. Hehe.. Tapi saya lebih suka sirsak berbanding apokad.

    BalasPadam
  14. Alpukat dan durian belanda fav SA..bagus dan banyak khasiat dua2 buah ni...teringin plak nak makan bihun goreng....

    BalasPadam
  15. sedapnya air durian belanda, pokok saya dah tak lama tak berbuah..

    BalasPadam
  16. Teringin nak rasa ketupat pulut daun kelapa yg direbus dengan santan tu..belum pernah cuba versi tu..Buah avocado tu yg hijau & merah lain spesis yer cikgu ?

    BalasPadam
  17. jus belanda mmg sedap tp nak dapatkan yg pior mmg kena buat sendiri laa baru puas hati ;-)

    BalasPadam
  18. Bihun goreng sedapnya Kak Amie rasa nak buat semua ni jugak.

    BalasPadam