Pages

Ahad, 16 Februari 2025

Mengopi di Avian Grab & Fly KLIA 1

Bismillahirrahmanirrahim.
Sementara menunggu waktu subuh di KLIA 1 (Khamis - 28 Januari 2025) kami mengopi dahulu di Avian Grab & Fly. Encik Suami memilih Caramel Machiato. Amie pula Hazelnut Latte sementara Firdaus mencari minuman sejuk minuman kopi susu.

Jom kupi-kupi kita!



Ambil gambar di Avian Grab & Fly ketika menunggu kopi disiapkan oleh pekerja di sini.

Firdaus memilih minuman di sini, di bahagian belakang Avian Grab & Fly.


Terpikat pula dengan pelbagai jenis minuman di sini. hendak beli tapi memikirkan akan terbang tidak lama lagi, takut pula perut meragam di pagi hari.



Jadi, tengok-tengok sajalah.

Minuman pilihan Firdaus.


Agaknya sedap kot minum kopi sambil jamah puff dan pastri yanag ada di sini. Jom kita cuba Chicken Curry Puff.


Semuanya nampak sedap!


Kita ambil lagi satu, Black Pepper Chicken Pie.


Tidak lama kemudian siaplah minuman kami.

Bismillah.

Chicken Curry Puff

Black Pepper Chicken Pie

Black Pepper Chicken Pie

Beginilah isi Black Pepper Chicken Pie. Tidak pula ada rasa black pepper atau lidah kita dah tak merasa ketika dinihari? Rasa rindu pula hendak makan Black Pepper Lamb Pie di Secret Recipe. Dah tak jual lagikah menu ini di SR?


Selain Service Charge 10% dan SSR 6%, paper tray pun kena bayar juga erkkk?


Tak sabar hendak terbang balik LD!

14 ulasan:

  1. Ye la kak amie ..minuman botol tu nampak sedap semuanya

    BalasPadam
  2. pie kelihatan agak kering. di airport pie starbuck sedap. rega pun more or less sama.
    masih ada beef pie kat SR.

    BalasPadam
  3. Caramel machiato & hazelnut latte keduanya kegemaran cie.

    BalasPadam
  4. AdSebelum ni dok dengar ruang air-cond jer kena extra charge..ni paper tray pun kena ek..

    BalasPadam
  5. paper tray pun kena charge? adehhhhh

    BalasPadam
  6. Selagi apa yang kita pegang, kita guna, semua kena charge ya. Nampak sedap Black Pepper Pie tapi tak rasa black pepper ya.

    BalasPadam
  7. Kalau dah paper tray pun kena bayar maybe lepas ni setiap orang bawa paper bag nipis yang macam bungkus fries. Kot beli banyak dapat murah. Rasa mahal bila paper tray berharga RM1 dan guna pun sekejap je lepas tu buang.

    BalasPadam
  8. Mmg menarik air² botol tu. Kalau siang² maunya ambil sebotol dua kan...
    La, kena caj juga ke paper tray tu? Aduh

    BalasPadam
  9. Makk aihh..patutnya paper tray untuk hidang tak bolehlah caj, dah termasuk dalam servis. Kalau nak caj, tanyalah dulu. Macam cashier tanya nak plastik tak tapi caj.

    Saya pun sebelum terbang, biasanya tak berani nak makan. Risau perut meragam.

    BalasPadam
  10. Memang sedap mengopi sambil makan puff & pastry, Kak Amie.

    BalasPadam
  11. Isssh kenapa saya tak lihat tempat ini pas berangkat dari KLIA 1 ke Vietnam 😄. Nampak sedaap menu2nya kak. Waktu itu pula JD makan di Gloria's . Sedap juga, tp kan di jakarta pun ada 🤣.

    BalasPadam
  12. lapo laa pulak tgk muffin ptg2 ni hehehe

    BalasPadam
  13. banyaknya pilihan pastry...yummy!!

    BalasPadam
  14. Seronok juga kalau mengopi dia cafe macam ni kan. Ni panggil cafe ke? Hahahha Cuya hentam sajalah XD Cuya memang suka betul kopi!

    BalasPadam