Pages

Isnin, 17 Februari 2025

Sarapan di Bungkus Kaw Kaw KLIA 2 & ke KLIA 1 Untuk Terbang ke Doha

Bismillahirrahmanirrahim.
29 Januari 2025 - Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Tawau - perjalanan darat dari Tawau ke LD.
31 Januari 2025 - Perjalanan darat dari LD ke Tawau.
01 Februari 2025 - Penerbangan dari Tawau ke KLIA 2 pada pukul 1:50 - 4.40 pagi.
Seterusnya akan terbang ke Doha dari KLIA 1 pada pukul 9:00 malam.

Entah dari mana kekuatan itu datang!
Sebenarnya masih dalam keadaan letih setelah balik dari kampung. 18 Januari - 29 Januari 2025 - LD - Tawau - KL - balik Selangor - ke Perak - ke Penang - KLIA 1 - ke Tawau - ke LD. Belum hilang penat, 31 Januari sudah bersiap  bergerak dari LD untuk terbang dari Tawau ke KLIA 2.

Penerbangan dari Tawau menaiki pesawat AirAsia pada pukul 1:50 pagi! Barangkali penerbangan tambahan sebab jarang kedengaran penerbangan dari Tawau waktu begini. Sampai di KLIA 2 pada pukul 4.40 pagi dan setelah mengambil bagasi terus menuju ke surau. 

Selepas solat subuh, badan berasa agak lesu. Sambung tidur sehingga pukul 8 pagi. Ajak Kamsiah cari sarapan dan kami memilih Bungkus Kaw Kawa sahaja.


Rasa macam hendak makan semua yang ada... ahaks!




Dalam penerbangan Tawau ke KLIA 2, dapat Mac & Cheese. Rupanya Abang Farid belikan makanan ini sewaktu tempah tiket.

Mac & Cheese



Kita order nasi lemak dengan longan suam.


Apabila kita ambil di kaunter, yang diberi longan sejuk. Hurrmmm... malas nak bersoal jawab, bawa sajalah ke meja.

Amie : Nasi Lemak Sambal & Udang

Kamsiah : Nasi Lemak Biasa

Selepas sarapan, kembali semula ke surau dan sambung tidur lagi sampai tengah hari. Kemudian solat jamak zohor dan asar. Sebelum naik KLIA Transit ke KLIA 1 kami cari dulu alas perut di Food Court di KLIA 2. Kamsiah makan nasi ayam. Amie makan sup kuetiaw. Hendak jalan jauh memang kena jaga perut supaya tidak meragam. Elakkan makan pedas dan jus buah. Itulah pantang larang yang Amie pegang selama berkelana.

Sup Kuetiaw


Perjumpaan dengan travel agent pada pukul lima petang. Setelah mendengar taklimat, kami terus daftar masuk MH0160 Kuala Lumpur ke Doha.


Selepas melepasi pemeriksaan imigresen kami naik bas ke pintu C14. Boarding pada pukul lapan malam. Sempat solat jamak di surau.



Pukul 9 malam kami terbang meninggalkan Kuala Lumpur menuju ke Doha.









11 ulasan:

  1. perghhhhh salute kat amie perjalanan yang bertali arus. Balik kampung balik LD lepas tu balik ke klia lagi terus pi Doha. Kalau saya dah pengsan.

    BalasPadam
  2. Betullah, sy pun tertanya² dari mana Kak Amie dapat kekuatan terbang sana-sini ni ya.

    BalasPadam
  3. Wah...lama kak amie kat KLIA masa ni..ye la flight malam kan....

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah, kepenatan hilang insyaAllah... digantikan dengan pengalaman yg indah.. Alhamdulillah

    BalasPadam
  5. Waaahhh... Tak sabar nak tengok foto seterusnya

    BalasPadam
  6. Bungkus kaw kaw ini saya sukaaaaa 😍😍😍. Memang kaw airnya 😄👍👍. Tp nasi lemak dan kue2 dia pun sedaap. Nanti nak makan lagi kalo ke KL

    BalasPadam
  7. baca pun dah penat, baru travel dari balik kampung dah kena sambung travel lagi hihi
    tapi seronok tu :D tak sabar nak baca next entry!

    BalasPadam
  8. sy sangkakan kak amie lepas balik kg tu terus je fly...rupanya akak blk LD dulu ya then baru fly
    waduhhhh capekkk bukkk

    BalasPadam
  9. Best betul Kak Amie traveling sana sini

    BalasPadam
  10. rapat2 tarikhnya...tapi untuk keriangan berganda, tetap teruskan...keseronokan travel tu payah nak hilangkan..

    BalasPadam
  11. Seronok dapat travel walaupun penat... Moga seketul Cuya juga berpeluang naik kapal terbang lagi.
    Pernah naik sekali je dulu2 zaman sekolah rendah . hehe

    BalasPadam