Pages

Ahad, 16 Februari 2025

Dari KLIA 1 ke KLIA 2 Jalan-Jalan Cari Makan Kemudian ke KLIA 1 Semula

Bismillahirrahmanirrahim.
Catatan 28 Januari 2025. Pukul 6 petang kami kembalikan kereta sewa di KLIA 1. Abang Farid bersama Aseeyah dan Hamzah ikut hantar kami. Oleh kerana tempat makan dan pilihan makanan lebih meriah di KLIA 2, jadi kami naik KLIA Transit menuju ke KLIA 2.

Abang Farid hendak belanja kami makan tapi sudah tentulah di tempat kegemarannya, Nando's! Nando's pun Nando'slah. Dah orang hendak belanja, Alhamdulillah. Rezeki jangan ditolak.




Aduhai....
Sedihlah pula rasanya hendak berpisah. Tak puas rasanya melayan keletah cucunda Hamzah. Sudah tentulah yang terlebih berat hati itu Tok Babanya.







Terima kasih Abang Farid belanja kami makan di Nando's. Selepas makan kami kembali semula ke KLIA 1. Penerbangan kami dijadualkan pada pukul 7 pagi esok. Setelah Abang Farid, Aseeyah dan Hamzah balik ke Gombak, kami habiskan masa di KLIA 1 sahaja. Solat jamak  di surau dan berehat seketika di balai berlepas sementara menunggu waktu untuk daftar masuk.

9 ulasan:

  1. Sekejap je cuti dah habis. Selamat kembali ke borneo kak.

    BalasPadam
  2. Selamat pulang kak..semoga selamat sampai ke LD..esok dh start menoreh kan..ke akak masih cuti..penat tu..

    BalasPadam
  3. Dah jadi nenda....pakat merasa bagaimana sayangnya cucunda kan...🤭

    BalasPadam
  4. Nandos pun lama tak makan. Sedapnya, suka sos Nandos.
    Pipi Hamzah tu, geram nya tengok.

    BalasPadam
  5. Lama plak tak makan kat Nandos sampai lupa camne rasanya 😁

    BalasPadam
  6. Cute Hamzah buat muka cam tu. Hamzah pun suka makan nandos ya.

    BalasPadam
  7. Sedih nya pasti pisah dari cucu kan kak 😍. Apalagi dia sedang lucu2nyaaa 😄.

    Makanan nandos ini saya pernah coba sekali, tapi dah lamaaaa sangat. Cuma saat itu saya kurang suka, sebab pilih saus yg level tinggi, saya pikir pedas, ternyata asam pula 🤣.

    Sejak itu tak pernah coba lagi. Tp lihat menu2 kakak, JD nampak sedap pula, apalagi ada menu lainnya.

    BalasPadam
  8. x pe kak amie raya nanti boleh jumpa lagi...
    nnt hamzah pun dah pandai hulur tangan.... angapow satuuu hehehe

    BalasPadam
  9. comelnya Hamzah....jarang makan kt Nando's..nmpk yummy!!

    BalasPadam