Bismillahirrahmanirrahim.
Menurut Aseeyah, moyang Hamzah dan keluarganya akan sibuk membuat persediaan sempena menyambut Hari Natal. Jadi sebaiknya waktu ziarah tidaklah masa yang menghampiri hari perayaan mereka. Petang Ahad 22 Disember 2024 merupakan hari yang sangat sesuai mengunjungi mereka. Selepas kunjung ziarah di Papar, kami terus bergerak semula ke Kota Kinabalu.
Pada masa yang sama Abang Aznan beberapa kali menelefon Encik Suami. Katanya jalan -jalan di sekitar bandar raya Kota Kinabalu sedang mengalami kesesakan. Abang Aznan hendak belanja kami makan. Sekarang mereka sekeluarga berada di Suria Sabah Shopping Centre. Hampir satu jam setengah kami berada di tengah-tengah kesesakan jalan menuju ke Suria Sabah. Pukul 8:50 malam barulah kami dapat berjumpa!
Meriah sungguh suasana di Suria Sabah. Maklumlah, dua hari lagi akan menjelang Hari Natal. Sudah tentulah mereka sibuk membeli-belah untuk melengkapkan persiapan hari kebesaran mereka. Amie pula sudah rasa letih sebab seharian menghabiskan masa ke sana dan ke mari. Pelawaan Abang Aznan untuk makan di Suria Sabah bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal! Terima kasih Abang Aznan yang sebenarnya 'terperangkap' dalam Suria Sabah!
Amie : Jus Nanas Encik Suami : Fresh Orange |
Margherita Cheese Pizza |
Sebenarnya malam itu kita sudah tidak fokus dengan hidangan yang dipesan. Kita pun lupa apa nama makanan sendiri.... ahaks!
Rezeki jangan ditolak. Makan sajalah untuk isi perut yang memang lapar.
Burger |
Abang Farid : Grilled Chicken |
Aseeyah : Grilled Chicken |
Terima kasih daun keladi. Lain kali belanja kami lagi ye Abang Aznan... ahaks! Semoga tambah rezeki buat Abang Aznan sekeluarga.
Malam itu Abang Aznan bersama anak isteri ikut kami ke Boreno Tree House di Sepanggar. Katanya hendak melihat tempat penginapan kami di situ.
Burger tu nampak sedap betul..
BalasPadamWah, hamzah nie anak kacukan rupanya... Hihihi
Murah rezeki Abg Aznan...seronok la aseeyah jumpa nenek dan atuknya...Hamzah boleh jumpa Moyang
BalasPadamLama tak dengar cerita Abg Aznan. Semoga bertambah lagi rezeki Abg Aznan yang murah hati. Makanannya pun nampak sungguh menyelerakan tu, Kak Amie.
BalasPadamTerasa² kat tekak jus nanas tu.. lahaiii...sedapnya.
BalasPadam