Pages

Rabu, 22 Januari 2025

Sarapan Orang Kampung

Bismillahirrahmanirrahim.
Wak Niah kata tak sempat buat sarapan. Nampak sibuk betul menyediakan makanan kucing-kucingnya. Wak Niah masak nasi dan gaul dengan isi ikan untuk 11 ekor kucing peliharaannya. Ada sebungkus kuetiaw di dapur tapi keraslah pula sebab Wak Niah simpan dalam freezer. Wak Niah suruh Amie goreng. Memikirkan kena ambil masa untuk defrost, Amie minta Encik Suami jalan-jalan cari sarapan di warung-warung berhampiran. 

Risau pula kalau Bonda sudah lapar, Amie panaskan bubur baki semalam dan hidangkan untuk Bonda bersama air minuman panas.

Selesai Bonda makan bubur, Encik Suami bersama Firdaus muncul di dapur membawa sarapan dari warung:
  • Lontong Kuah Kacang (Ayam)
  • Lontong Sambal Ikan Bilis
  • Kuih Vadai, Popia dan Karipap
  • Roti Canai
Lontong Sambal Ikan Bilis

Lontong Kuah Kacang (Ayam)


Roti Canai

Kuih Vadai, Popia & Karipap

Bubur Nasi


Pagi-pagi lagi Taman Kiriman, adik lelaki Bonda hantar seberkas pucuk daun meranti yang dipetik dari kebunnya. Oleh kerana banyak, jadi Wak Niah minta Amie bahagi-bahagikan daun meranti ini untuk adik ipar, sebelah kanan rumah dan untuk anak buah di sebelah kiri rumah Bonda.


Amie lihat Bonda sedang duduk di pintu dapur melihat Encik Suami bakar sampah. Sebenarnya bukan semuanya sampah tetapi pakaian dalam kotak yang sudah dimakan anai-anai. Banyak sangat kotak berisi pakaian anak-anak Bonda diletakkan dalam bilik. Sudah berulang kali Bonda minta mereka ambil, tetapi tidak diindahkan. Kelmarin petang Encik Suami kemas bilik di bahagian atas rumah kayu, dan terjumpalah anai-anai makan kotak pakaian termasuk kotak berisi buku-buku Abang Farid.


Suasana pagi yang dapat dilihat dari pintu dapur.

Pokok Ubi

Bonda minta kita buat 'keluban' pucuk meranti ditambah dengan pucuk ubi. Keluban bermaksud kerabu. Keluban merantan campur pucuk ubi atau kangkung kampung merupakan lauk istimewa air tangan Bonda sewaktu kami kecil dahulu.

Nampaknya sebentar lagi kenalah ajak Encik Suami cari kelapa parut untuk buat keluban!

Pucuk Ubi

Amie petik sedikit pucuk ubi untuk dicampur dengan daun meranti. Mudah-mudahan jadilah keluban itu. Lama sungguh tak buat keluban kegemaran Bonda ini.

Wak Niah pula baru beli seekor ayam segar.
Disuruhnya Amie masak ayam tadi.
Nak masak apa ya?


Kucing peliharaan Wak Niah.

Inilah kucing Wak Niah di antara 11 ekor yang dipeliharanya. Kucing-kucing peliharaan Wak Niah ini merupakan kucing buangan. Ada orang letakkan sekotak anak kucing di pintu rumah. Ada yang sakit dan ada yang sihat. Wak Niah pelihara dan ada yang mati. Yang masih hidup dan membesar dengan sihat sebanyak 11 ekor.


Semoga hari ini semuanya ceria sahaja, seindah warna bunga lili di halaman rumah Bonda.

31 ulasan:

  1. seronoknya..cemburu la SA, kita menoreh pg ni...Kak Amie seronok ngan bonda kat kampung...rasa nak terbang join sekali

    BalasPadam
  2. Segarnya hirup udara di kampung, dgn segala kehijauan pula, syukur alhamdulillah...
    Tak sabar nak tengok kejadian keluban tu Kak Amie :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Syaa Allah nanti saya kongsikan keluhan tu ya PH.

      Padam
  3. Best nya suasana kampung, rindu kampung arwah tok dan tokki di Pekan. Lontong sedapnya Kak Amie.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap betul lontong kuah lodeh tu.
      Suasana kampung memang best❤️❤️❤️

      Padam
  4. Buat cluband tu kalau ada daun kencure lagi meletop

    BalasPadam
    Balasan
    1. amboi, dasyat betul ejaan wak nie...hihihi

      Padam
    2. Ya Wak. Keluvan Jawa memang bukan namanya keluban kalau tak bubuh kencur.

      Padam
  5. ya, saya pernah makan keluban..mak mertua saya panggil urap..benda yang samalah kot kan..haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya biasa panggil keluban. Mak mentua pun panggil urap-urapan.

      Padam
  6. alhamdulillah..sedapnya makan lontong tu

    BalasPadam
  7. Ah disana ada juga rupanya lontong kuah dan telur rebus... ini enak sekali Mbak.
    Saya penasaran dengan roti canai dan kue vadai, disini apa namanya ya...coba nanti saya googling deh.

    Salam,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lontong di sini memang makan dengan kuah lodeh, ada telur dan pelbagai jenis sambal.

      Padam
  8. Nanti tunjuklah kami keluban tu jika dah siap. Tentu sedap kejadiannya.

    BalasPadam
  9. Balasan
    1. Sedap, hendak menambah tapi kenyang dah makan semangkuk.

      Padam
  10. Uwaaaah keluban itu sama dengan urap kan? Kalo dah berkumpul dengan bunda, Macam2 kuliner nak dibuat ya kak. Apalagi kak Amie pun mewarisi skill Masak bunda sepertinya. Lihat dari hasil masakan Kakak aja tak pernah tak buat lapar 😍👍

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul. Keluban sama maksud dengan urap-urapan. Sayangnya banyak menu Jawa yang tidak saya mahir untuk memasaknya.

      Padam
  11. ngences tenguk. Semuga Bonda semakin sihat bila melihat anak cucu berkumpul

    BalasPadam
  12. Waaaa best tengok menu kampung akak tu.... sayur meranti kegemaran dana tu, masak lemak putih atau tumis sedap tu kak, kadang celur dan cicah sambal pun sedap tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Peminat sayur meranti juga ya.
      Bonda suka sangat kalau dibuat keluban.

      Padam
  13. Sedap sangat tu keluban ada daun meranti.. pahit² sket. Gemuk² plak tu daunnya. Kadang nak beli kurus je daun tak banyak.

    BalasPadam
  14. wahhhh bagusnya wak niah
    mmg pecinta kucing sejati ni

    BalasPadam