Pages

Rabu, 22 Januari 2025

Rezeki Bertemu Blogger Wife To @ Jalan Rebung

Bismillahirrahmanirrahim.
Pertemuan itu rezeki Allah. Begitulah aturan dalam hidup ini. Tidak sangka, malah bagaikan satu mimpi apabila ditakdirkan dapat bertemu blogger Faizah dari blog Wife To @ Jalan Rebung. Allah permudahkan urusan kami. Sebaik sahaja dapat mesej daripada Faizah pada pukul 10:51 pagi Isnin 20 Januari 2024, kami pun terus merancang untuk berjumpa. 

  • Masa: 8:15 malam
  • Tempat : Seteshen @118 Grandeur Labs di Bandar Puncak Alam
Seperti waktu yang dijanjikan sebaik sahaja kami jejak ke cafe, Faizah sudah menunggu di situ. Alhamdulillah. Pertama kali bersua, rasa senang hati dan gembira melihat wajah cerianya dan keramahannya. Semoga ikatan silaturrahim terus berpanjangan.

Gambar kenangan kami pada malam itu.


Ketika itu hanya kami bertiga sahaja kerana suami Faizah belum sampai. Faizah memesan makanan dan minuman yang kami pilih di kaunter. Alamak! Faizah kembali ke tempat duduk dengan membawa resit dan menyimpannya ke dalam beg tangan. Maknanya Faizah sudah bayarkan makanan kami! Aduhai Faizah..... 

Minuman yang kami pesan.


Setelah makanan dan minuman sampai, barulah suami Faizah tiba. Katanya terus datang dari pejabat. Maknanya kedua-duanya belum balik ke rumah. Faizah dari tempat kerjanya dan suaminya dari pejabatnya sama-sama berjumpa kami di Seteshen @118 Puncak Alam.

Faizah dan suami.

Encik Suami rasa seronok sangat dapat berjumpa kedua-dua mereka. Banyak yang kami bualkan pada malam itu. Maklumlah sebelum bertemu masing-masing sudah mengenali keluarga melalui blog. Kata Encik Suami, peramah sungguh suami Faizah dan dia berasa tidak kekok apabila bersembang. Kami berada di cafe tersebut sehinggalah waktu tutup operasi.

Terima kasih sekalung budi buat Faizah kerana belanja kami makan malam itu. Semoga bertambah rezeki Faizah sekeluarga dan sentiasa dipermudahkan urusan dunia dan akhirat.

Faizah


Encik Suami : Mee Chicken Sizzling


Amie : Fish & Chip


Gambar kenangan sebelum berpisah.

Oleh-oleh daripada Faizah.

Faizah bekalkan oleh-oleh untuk kami. Masya Allah. Ada empat bungkusan berisi kerepek pisang tanduk, kerepek pisang nangka, keropok dan emping belinjo.

Tidak cukup dengan keropok dan kerepek, Faizah berikan pula Deep Relief Essential Oil Roll-On. Bagaikan pucuk dicita, ulam mendatang. Deep Relief datang tepat pada masanya! Maklumlah sehari sebelum berjumpa kita terjatuh di dapur, dan rasa lenguh-lenguh badan. Sesiapa yang biasa dengan produk Living Young  memang tahulah kelebihan dan kualiti setiap barangan yang dihasilkan. 


Terima kasih  Faizah!

Malam itu juga Amie gunakan Deep Relief ini.

Alhamdulillah. Semoga ukhuwah di antara kita terus berpanjangan. Walaupun baru pertama kali bersua namun seolahnya sudah lama kita berkenalan kan Faizah. Maafkan kami, andai ada keterlanjuran tutur kata dan tingkah laku kami pada malam itu. Sehingga bertemu kembali.

26 ulasan:

  1. Alhamdulillah. Tumpang seronok. Kak Amie nanti datang lah Kuantan jugak ya :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Syaa Allah Mulan. Mudah-mudahan ada rezeki jumpa di Kuantan.

      Padam
  2. Alhamdulillah.. Semoga ukhwah berpanjangan..nanti kak faizah ke sabah, boleh la jumpa Amie pula.. Seronok bersembang tu, sampai kafe hampir tutup.. Hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga ada rezeki jumpa pula di Sabah nanti. In Syaa Allah.

      Padam
  3. Senangnyaaaa bisa bertemu langsung kak 😍😍. Saya selama ini panggilnya kak rawiwa, 😄. Dari tulisan saja dah tampak ramah memang kan. Semoga kalo nanti saya ke KL lagi, ada plan nak kesana, bisa jumpa juga .

    Bagus2 hadiah yg dibagi 👍. YL memang masih jadi oil terde BEST lah untuk kategori essential oil

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Rezeki berblogging. Dari dunia maya bertemu di dunia nyata.

      Padam
  4. Alhamdulillah semuga ukhwah berpanjangan.

    BalasPadam
  5. Bestnya!
    Moga ada rezeki Sy juga jumpa Akk berdua 🤗

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Syaa Allah. Mudah-mudahan ada rezeki kita untuk bertemu.

      Padam
  6. Alhamdulillah, seronok SA tengok kakak2 blogger kesayangan SA ni dah bertemu...semoga ukhwah kita semua berpanjangan ye...cantik2 gambar tu semua....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mudah-mudahan ukhuwah kita bukan setakat di alam maya ya SA.

      Padam
  7. tersenyum sendiri bila tengok gambar ni tumpang seronok dapat tengok kakak-kakak kesayangan bertemu mata...moga ukhwah kita semua berpanjangan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seronok rasanya dalam bertemu rakan blogger. Mudah-mudahan ukhuwah di antara kita terus berpanjangan.

      Padam
  8. Alhamdulillah, sama manis Kak Amie dan Faizah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tambah SK ada bersama, berganda-ganda manisnya kita.

      Padam
  9. sronok dpt jmpa blogger in reality kn..sambil2 mkn bersama

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Rezeki Allah siapa sangka kan.

      Padam
  10. Bestnya kak, harap ada la rezeki dana jumpa akak pulak sementara akak ada di area KL- Selangor ni kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mana tau ada rezeki kita dapat berjumpa. Sekarang kami panjangkan kaki ziarah anak-anak di Perak dan Penang.

      Padam
  11. Kak Amie.. Nanti tolong email alamat dan no hp ya 🥰
    -----> o-mulan@hotmail.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baik Mulan.
      Kak Amie dah emelkan.
      Terima kasih.

      Padam
  12. Terima kasih Kak Amie & En. Majid sudi menerima pelawaan. Impromptu plan je. Tau dah kalau akk balik semenanjung mesti akan travel dalam atau luar negara. Itu yang tanya cepat² kot boleh slot in. Rezeki dapat jumpa.
    Insyaallah lain masa kita jumpa lagi ya.

    BalasPadam
  13. alhamdulillah
    dari dunia online
    ke dunia realiti

    ok kak, mlm nnt kite jumpa pulak?
    hahaha...

    BalasPadam