Pages

Sabtu, 4 Januari 2025

Mashawi Sepanggar (Middle Eastern Restaurant)

Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini Sabtu:

  • 8:30 pagi - urut badan kali ketiga
  • 12:00 tengah hari - gerak ke Tawau
Sementara menunggu tukang urut sampai, tulislah dahulu entri Mashawi Sepanggar (Middle Estern Restaurant). Selepas itu kami akan ke Tawau, bermalam di Heritage Hotel dan keesokan paginya hantar Abang Farid, Aseeyah dan Hamzah ke Lapangan Terbang Tawau.

Entri ini berkaitan makan-makan pada 21 Disember 2025. Kami menginap selama tiga malam di Borneo Tree House, Sepanggar. Selepas daftar masuk, kami mencari tempat makan dan singgah isi perut di Mashawi Sepanggar.

Sewaktu sedang makan, teringatlah pula Fairuz yang sedang sibuk menghantar bekalan ikan di sekitar Kota Kinabalu. Jadi, Encik Suami telefonlah dia. Kalau ada dekat-dekat kawasan kami berada, bolehlah datang makan sama. 

Ketika kami hampir selesai makan, tiba-tiba muncul Fairuz!

Fairuz memilih single mandhi set, lauk lamb stew, salad & housemade dipping sauce.



Kalau datang ke Kota Kinabalu memang tak lepas peluang makan di Mashawi restaurant samada di Sepanggar atau di Tanjung Aru. Kali ini makan di Sepanggar sebab bermalam di kawasan ini juga.

Rose Tea


Sudah semestinya memesan Turkish Pide Pizza (Mix Lamb & Beef).


Dipping sauce tu yang sangat sedap!

Encik Suami & Amie : Turkish Pide Pizza

Amie : Falafel with Tahini.


Firdaus : Chicken Wrap Set

Abang Farid : Single Chicken Platter

Aseeyah : Chicken Pita Set


Temankan Fairuz makan Single Mandi Set - Lamb Stew.

Single Mandhi Set - Lamb Stew


Selepas makan, Fairuz ikut kami balik ke Borneo Tree House dengan lori ikannya sekali. Tempat menginap kami  di bilik nombor 1 ada dua tingkat. Ada dua katil single di tingkat atas dan satu katil besar di tingkat bawah.  Abang Farid dan Aseeyah serta Hamzah di bilik nombor 5.

Borneo Tree House

12 ulasan:

  1. Yg diorder semua nampak sedap, awal pagi tengok kot.. hihi... selamat pagi kak Amie!!!

    BalasPadam
  2. turkish pizza tu nampak menarik sangat! lama dah tak makan pizza2 ala arab ni

    BalasPadam
  3. fuhhh semua nampak sedap bil tgok waktu lunch hour ni!
    salam tahun baru buat sis amie sekeluarga :)

    BalasPadam
  4. Makanan semua nampak sedap especially pide tu. Lama tak makan. Menarik la Borneo Tree House ni.

    BalasPadam
  5. Nampak menarik tree house ni...
    Lazat² makanan semuanya 👍🏻

    BalasPadam
  6. Jarang foto fairus keluar kat sini

    BalasPadam
  7. Chicken wrap dan chicken pita Tu mesti sedap.

    BalasPadam
  8. Foto-foto makanan yang ditampilkan dalam tulisan ini membuat saya teringin sekali mencobanya Mbak. Pasti semuanya sedap rasanya.

    Menarik juga ya Borneo Tree House ini, tampak sangat alami...

    Salam,

    BalasPadam
  9. uihhhhh lamb stew tuuuuuu
    kecur pulak sy tgk hahaha

    BalasPadam
  10. Mujur Fairuz sempat join makan.

    BalasPadam
  11. Jangan Fairuz terbawa ikan sekali pulak tu, hihi.

    BalasPadam
  12. Seronok Fairuz jumpa mommy...nampak manja dia ngan Kak Amie...jarang jumpa kan...cantik la Borneo Tree House tu

    BalasPadam