Pages

Jumaat, 3 Januari 2025

Makan Nasi Briyani Pakistan Lauk Ayam Tanpa Kulit

Bismillahirrahmanirrahim.
Selepas solat Jumaat, Encik Suami ambil kita di ladang getah dengan membawa bersama Firdaus dan Abang Farid. Kami singgah makan di Kedai Makan Pakistan Nasim Khan, tak jauh dari ladang - hanya melewati gereja dan kedai perabut sahaja.

Nasi Briyani Pakistan

Nasi Briyani Pakistan hanya dijual pada hari Jumaat sahaja. Biasanya memang ramailah pelanggan yang akan datang ke sini. Suatu ketika dahulu kalau Amie makan nasi briyani bersama Encik Suami, Amie akan pilih lauk ikan goreng. Sejak akhir-akhir ini tiada pula ikan goreng. Selain ayam goreng, terdapat pilihan lauk lain seperti daging rusht, ayam masak kari, kambing dan sebagainya.

Abang Farid : Nasi Briyani Pakistan


Masakan Pakistan, ayam yang digoreng tanpa kulit! Memang sama caranya seperti yang kami temui semasa berada di Pakistan! Nasi briyaninya harum aroma air mawar. Kami makan berempat dengan menu:
  • Nasi Briyani Pakistan Ayam Goreng
  • Nasi Briyani Pakistan Ayam Goreng (bungkus)
  • Nasi Briyani Pakistan Daging Rusht
  • Mi Maggie Goreng
  • Roti Paratha & Channa Masala
  • Teh Pakistani
  • Teh Ais
  • Teh Lemon Panas
Abang Farid kata, jumlah keseluruhan RM57.50 sen.

Amie : Nasi Briyani Pakistan Daging Rusht

Channa Masala & Roti Paratha



Encik Suami : Roti Paratha


Firdaus : Mi Maggie Goreng

Walaupun Encik Suami hanya makan roti paratha tetapi Abang Farid dan Firdaus turut membantu! Kita pun sama juga, tolak nasi briyani ke tepi dulu dan ikut makan sama! Roti paratha yang masih panas memang sedap makan dengan channa masala.

Firdaus dengan Teh Ais.

Firdaus ini walaupun ada minuman sendiri tetapi tetap juga hendak merasa Teh Pakistani Encik Suami.

Berkongsi Teh Pakistani.

7 ulasan:

  1. Wak kalau makan ayam goreng, cari kulit dulu

    BalasPadam
  2. Murahnya nampak sedap semua menunya tu. Original pakistan mesti sedap.

    BalasPadam
  3. Firdaus dh nmpk makin matang dah, lama pulak tak perati dia, dulu kecik je dia masa mula-mula kenal blog ni

    BalasPadam
  4. Rasa macam baru jer beberapa tahun melihat gambar Daus sebagai anak kecil di blog cikgu.Hari ini dah hampir remaja dia..

    BalasPadam
  5. Maknanya mmg kat sanun pun orang Pakistan masak ayam buang kulit ke?

    BalasPadam
  6. alaa....SA suka kulit ayam...kalau buang kulit rasa macam ada yang kurang...org Pakistan masak ayam memang buang kulit ye..

    BalasPadam