Pages

Sabtu, 4 Januari 2025

Makan Tengah Hari di Senduk Jebat Ikan Bakar Corner Kunak

Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini, selepas urut badan untuk kali yang ketiga hujan turun dengan lebatnya! Air naik dari longkang dan memenuhi ruangan laman. Sepatutnya sebaik selesai berurut terus gerak ke Tawau pada pukul 11 pagi tetapi tertunda sehingga ke pukul 12:30 tengah hari. Itu pun hujan masih renyai-renyai sepanjang jalan.

Encik Suami memandu perlahan sahaja, dan pukul 2 petang kami singgah di Senduk Jebat Ikan Bakar Corner di Kunak untuk makan tengah hari. Waktu ini memang semua sudah kelaparan, ditambah pula dengan suhu sejuk dan masih hujan.

Amie memilih seekor ikan merah dan sotong untuk dibakar. Ikan merah bakar dengan sambal pedas dan sotong bakar kunyit sahaja. 

Sotong Bakar Kunyit


Sementara menanti ikan dan sotong siap dibakar, kami mengambil nasi dan lauk-pauk lain. Banyak pilihan lauk yang sudah sedia ada.




Tak tahan hati melihat kerabu mangga muda!

Kerabu Mangga Muda

Ulaman & Sambal

Ambil jantung pisang, terung goreng dan petai celur. Tambah sambal tempoyak dan sambal belacan.

Bunga Betik Tumis dengan Udang Kering.

Ayam Goreng Berempah



Sotong Bakar Kunyit


Ikan Merah Bakar Sambal


Ikan dan sotong bakar belum dihidang, tetapi kami makan dahulu nasi dengan lauk yang dipilih. Tak sanggup rasanya menahan lapar... ahaks! Nasi sudah tinggal 1/3 barulah ikan dan sotong sampai ke meja! Memang sedaplah meratah ikan dan sotong bakar yang masih panas.

Kami meneruskan perjalanan dan daftar hotel di Heritage Hotel Tawau sekitar pukul lima petang. Badan masih terasa sakit akibat diurut. Rasa ingin berehat sahaja di di dalam bilik. Minta maaf sangat pada Abang Farid sebab tak dapat turun makan bersama. Encik Suami ajak Abang Farid makan di Restoran Mee Tarik Cina Muslim yang terletak berhadapan hotel tempat kami menginap.

Esok pagi selepas solat subuh, kami akan berangkat ke Lapangan Terbang Tawau. Abang Farid akan terbang ke Kuala Lumpur pada pukul 8:05 pagi.

Encik Suami bersama anak cucu dan menantu sedang makan di Restoran Mee Tarik Cina Muslim.


11 ulasan:

  1. Sedap2 menu semua tu. Ratah lauk jela ye lambat sampai ikan & sotong.

    BalasPadam
  2. Kenapalah jauh sangat nun di Kunak restoran ni...kalau ada di Gombak kan best!

    BalasPadam
  3. Semua sedap, lauk biasa tengok kecuali lauk bunga betik tu. Nak sangat makan dan rasa.

    BalasPadam
  4. Tengok lauknya pun dah tahu memang sedap ni... Tapi restorannya nun jauh disana. Kalau dekat teringin juga nak merasa.

    BalasPadam
  5. ya Allah, sedapnye nampak makanannya...

    BalasPadam
  6. ya allah sedapnyaaaa sotong & kerabu mangga tu!

    BalasPadam
  7. Cikguuu Amieeee....
    Ala...selisih. waktu beberapa hari sahaja kan....
    Kalau tak..pasti dapat kita bersua di Tawau..
    Rasa macam dah hampir...in shaa Allah kita teruskan zikir...in shaa Allah Allah..Allah kan MAHA mendengar..🤲🤲🤲

    BalasPadam
  8. Bunga betik tumis tu mesti pilihan Encik Suami.
    Comeyyy nya Hamzah 😘

    BalasPadam
  9. Amboiii, Hamzah mesti seronok dapat makan sebelah Pakcik Daus.

    BalasPadam
  10. Sedapnya ikan bakar dna sotong bakar tu...Hamzah geram tengok makanan ye...

    BalasPadam