Pages

Ahad, 26 Januari 2025

Keluban Meranti Yang Tak Berkencur Tapi Tetap Sedap!

Bismillahirrahmanirrahim.
Sewaktu Bonda minta Amie sediakan keluban @ kerabu daun meranti campur pucuk ubi pada hari Rabu lepas, banyak yang Amie fikirkan. Pertamanya Bonda tidak makan pedas. Keduanya, Bonda tidak makan belacan. Jadi, seakan-akan keluban yang tidak berasa. 

Sebelum masak, Amie bersama Encik Suami ke Kuala Selangor untuk selesaikan satu urusan. Dalam perjalanan pulang, singgah di pasar Sungai Buluh mencari kencur tetapi tidak jumpa. Sampai ke Bukit Kuching, mencari kencur lagi di gerai-gerai sayur tetapi tidak ada.

Maka, jadilah keluban tanpa kencur. Untuk ada 'rasa' Amie tumbukkan isi ikan. Siaplah keluban yang Bonda hendak makan.

Hidangan Makan Tengah Hari

Keluban Daun Meranti & Pucuk Ubi


Sewaktu singgah di gerai-gerai sayur di Bukit Kuching, kami singgah sekali di Pelosok Salai Batang Pinang Salai Lemak Cili Api. Ramai sungguh pelanggan yang datang. Kebanyakannya bukan dari kampung kami. Ada anggota RELA yang membantu meletak kenderaan. Kami beli:
  • Itik Salai Masak Lemak
  • Sambal Tahun
  • Belulang Masak Lemak dengan Nanas
  • Sambal Belacan & Ulam Daun Selom

Lauk-pauk dari Pelosok Salai Batang Pinang Salai Lemak Cili Api.



Lauk dari dapur:
  • Ayam Goreng Garam Kunyit
  • Ikan Cencaru Goreng
  • Keluban Daun Meranti & Pucuk Ubi
Belulang Masak Lemak Cili Padi dengan Nanas

Sambal Tahun

Itik Salai Lemak Cili Padi

Sewaktu hidangkan makanan, Amie minta maaf dengan Bonda sebab tidak ada daun kencur dalam keluban. Dari Kuala Selangor sampai ke Bukit Kuching, tak jumpa orang jual kencur.

Bonda kata:
Ada kencur  dalam pasu di belakang dapur di bawah paip. 

Allahu Akbar!
Punyalah jauh mencari kencur, rupanya ada di belakang dapur.

Oleh kerana semuanya sudah terhidang, makan sajalah. Kata Bonda dan Wak Niah, keluban daun meranti dan pucuk ubi sedap rasanya walaupun tanpa kencur.  Berkali-kali Bonda dan Wak Niah menambah dalam pinggan. Alhamdulillah. 

15 ulasan:

  1. Sedapnya menu2 kampung ni. Mesti bertambah makan ni.

    BalasPadam
  2. Meriahnya lauk!
    Alhamdulillah kena dgn selera bonda ye Kak Amie 👍🏻
    Sambal Tahu tu mcm masak lemak putih rupanya ye...

    BalasPadam
  3. Ana suka menu kampung mcm ni! sedapnyaaaaaa!

    BalasPadam
  4. Cluband memanlah nak kena ada daun centcure

    BalasPadam
  5. Hidangan lauk pauknya tu sungguh menyelerakan.

    BalasPadam
  6. Mesti sedap pasal ada isi ikan tu kan. Eh, sy pulak kecur tengok lauk-pauk dihidang Kak Amie hari ni.

    BalasPadam
  7. tgk lauk2 masak lemak ni
    terus kecurrr

    BalasPadam
  8. Kisah ni memang relatable, kadang-kadang jauh kita cari sesuatu, tapi rupanya ada depan mata. Paling penting, keluban tetap sedap walau tanpa kencur, sampai yang makan pun menambah berkali-kali. Memang betul, air tangan kita ni yang buatkan masakan istimewa!

    BalasPadam
  9. Laaa belakang rumah je ada daun nya. Sedap semuanya yang Kak Amie masak. Lauk di kedai Pelosok Salai pun sedap semua nampak nya.

    BalasPadam
  10. punya lah susah cari, rupanya blkg rumah je. hehee.. semua lagi kelihatan menyelerakan

    BalasPadam
  11. Hahahahah kencur itu memang sedaaaap kan kak Amie. Kalo di sini kencur biasa banyak dipakai di masakan orang Sunda (Jawa barat). Saya sendiri paliiiing suka kencur dicampur ke sambal. Ada aroma khas.

    Malah beberapa orang yg kuat lidahnya, suka mengunyah kencur begitu saja.

    Saya belum berani macam tuh 🤣. Harus digiling dan dicampur dengan bahan yg lain dulu

    BalasPadam
  12. Dah lama tak buat keluban kak.... kalau dana buat keluban tak guna belacan kak tapi bilis goreng je... tapi kencur tu wajib ada baru seger gitu baunya... buat teringin buat keluban je tau akak ni

    BalasPadam
  13. setalam lauk yg sedap masakan kampung

    BalasPadam
  14. Semua sedap tu masakan kampung.
    Ada jual eh sambal tahun kat sana, kat sini tak pernah jumpa lagi.

    Aisey.... kencur dok belakang dapur je 😁
    Takde kencur mungkin kita boleh namakan kerabu je, Melayu sikit 😅

    BalasPadam
  15. waduh juadahnya enak-enak semuanya. Keluban tanpa kencur tak kick tapi air tangan amie kick sangat sambal menambah-nambah bonda makan. Alhamdulillah

    BalasPadam