Pages

Isnin, 27 Januari 2025

Minum Petang di Kala Hujan

Bismillahirrahmanirrahim.
Selangor hujan! Sepanjang perjalanan dari Georgetown cuaca cerah, tapi sampai di Rawang langit mendung. Hujan turun tetapi tidak lebat. Apabila sampai Ijok menghala ke Parit Mahang, nampak air bertakung di bawah pokok kelapa sawit. Masuk kampung, parit penuh dengan air. Sampai rumah, Wak Niah kata kelmarin dan malam tadi hujan lebat!

Kalau hujan dan sejuk pula, apa kita hendak buat?
Sudah tentulah petang yang dingin begini hirup kopi dan mencari kudap-kudapan sambil duduk bersembang di anjung rumah. 

Jemputlah minum petang bersama kami.
Tapi kita sembang minum petang dari minggu lepas, hari Selasa .... ahaks!

Besan kami kirim Tuna Steak in Spring Water. Kata Aseeyah, ayahandanya baru balik dari Maldives. Tuna Steak in Spring Water ini antara oleh-oleh yang dibawa dari sana. Alhamdulillah, panjang oleh-olehnya sampai ke kampung.

Sandwich Tuna

Sebenarnya Amie sediakan sandwich tuna untuk sarapan pagi esoknya. Jadi Amie siapkan sebelah petang, dan akan simpan dalam peti sejuk. Encik Suami pula tidak sabar hendak makan. Jadi, teruslah Amie potong dan hidangkan. Intinya seadanya sahaja. Hendak tambah daun salad, tak jumpalah pula di pasar raya di Sungai Buluh. Tambahkan sahajalah isi tuna dengan mayonis, bawang besar cincang, hirisan timun dan tomato. Amie tambahkan cili sos, secubit garam dan perahkan lemon.

Tuna Steak in Spring Water


Tuna Steak in Spring Water


Ada banyak buah di dapur. Amie hiriskan buah mangga, pisang kaki dan buah peach. Minumannya pula, kopi Tenom. Ketika itu Adik Chah dan suaminya datang ke rumah. Kami minum petang bersama.


Pada hari yang lain, kalau Amie rajin Amie akan ikut Encik Suami jalan-jalan cari kudapan petang. Sebenarnya tak berapa rajin hendak keluar sebab malas hendak bersiap. Encik Suami pula jenis tak berapa tahu hendak memilih makanan untuk dibeli...hiks! Kalau dipesan beli karipap, itu sajalah yang dibeli dan dibawa pulang. Sampai rumah pandai pula cerita ada kuih itu, ada kuih ini tapi tak dibeli pula!

Kuih-kuih di bawah ini dibeli sewaktu Amie ikut bersama Encik Suami jalan-jalan keliling kampung.


Popia Inti Pergedil Ayam & Daging

Tauhu Sumbat

Sukanya kita dapat beli tauhu sumbat. Teringat zaman sekolah rendah, selalu beli di kantin. Zaman dulu sekeping lima sen sahaja. Sekarang sekeping 80 sen.

Kuih Mini Apam Balik

Murtabak Daging


Punten

Tak Jawa namanya kalau tak makan punten dengan sambal cili padi hijau! Tapi Bonda kata, beza sangat rasa punten dulu dengan punten sekarang. Punten dulu terasa lemaknya. Punten sekarang rasa apa ya emak?


Cucu cicit kalau datang ke rumah Bonda memang akan berulang-ulang makan keropok yang memang tersedia di atas meja ruang tamu. Ada sahaja keropok dan kerepek yang di bawa oleh adik-adik atau kakak-kakak Amie. Kali ini Amie sediakan keropok yang dibawa dari Sabah.

Keropok Amplang Sotong Pedas

Keropok Amplang Ikan

Keropok Belinjo Sira Pedas Manis


Keropok Belinjo Sira Gula Merah

Tart Creme Brulee

Pagi tadi singgah sarapan di Hentian Gunung Semanggol. Selepas makan singgah di Harolds Bread pula. Mana tahu rasa lapar dalam perjalanan bolehlah makan tart dalam kereta. Sengaja beli banyak, dan bawa sedikit ke rumah. 


Bolehlah buat minum petang. 


Jemput minum sama!

11 ulasan:

  1. Sedap2 semua menu minum petang. Teringin nak makan punten tu.

    BalasPadam
  2. Minum petang di kala hujan memang nikmat, tambah pula dengan sandwich tuna dan kuih-muih yang nampak sedap.

    BalasPadam
  3. Gombak pun hujan hari ni...
    Memang layan ni segala macam kuih muih sedap² belaka.
    Punten tu Sy belum pernah cuba.

    BalasPadam
  4. mcm2 menu utk minum petang...punten br 1st time mkn aritu kwn opis bw....amplang tu smlm bos blk dr sabah belikan juga

    BalasPadam
  5. Sandwich menggoda gitu... mana boleh tunggu esok 😅
    Menarik tu punten ada dijual sebelah petang. Biasa jumpa pagi je.
    Pastries kat Harolds Bread memang sentiasa jadi pilihan kami. Dah jadi acara wajib singgah membeli huhu..

    BalasPadam
  6. Nampak dah banyak kali Kak Amie tulis, 'malas nak bersiap'. Tapi yg best rajin pulak tu buat macam2 makanan lain, sedap2 plak tu.

    BalasPadam
  7. Memori, pernah meniaga di Bazar Ramadhan jual tahu sumbat tu dulu. Tapi sos macam kuah kacang.

    BalasPadam
  8. JD ingin buat sandwich tuna lah kan 😍😍😍😍😍. Saya memang paliiiiing suka dengan sandwich isian ikan. Ntah itu tuna, salmon. Tak usah makan nasi seharian pun tak apa 😄.

    Kalo kerupuk2 di atas saya juga suka. Amplang pun di Kalimantan banyak. Makanya tiap suami tugas ke kantor CIMB di Kalimantan, pasti oleh2 yg saya minta hanya amplang 😄. Bisa habis cepat kalo itu

    BalasPadam
  9. Terus rasa nak buat Sandwich jugak la...best betul makanan tu semua...SA ada beli tauhu, cadang nak buat tauhu sumbat..ntah bila la jadinya tu

    BalasPadam